Bersenam dan makan makanan seimbang

Untuk sihat dan kekalkan berat badan, kena amalkan pemakanan sihat disamping senaman yang berterusan.

Bersenam bersama rakan-rakan

Bersenam dan bersukan bersama rakan-rakan lebih menarik dan bersemangat daripada bersenam bersendirian.

Hadiri kelas aerobik dengan tunjuk ajar Instructor bertauliah

Hadiri kelas aerobik dengan tujuk ajar instructor bertauliah akan menjadikan senaman anda lebih teratur dan berkesan.

Mendaftar Di Gym

Jika ada duit lebih, elok juga mendaftarkan diri di Gym kerana disini terdapat kelengkapan senaman yang lengkap dengan penunjukajar dan jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Anda akan kurus lebih cepat disini.

Berumur tetap amalkan gaya hidup sihat

Walaupun sudah berumur, tetapi ini tidak akan membataskan dan menjadi alasan untuk anda bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Monday, October 29, 2012

Apa Yang Kita Makan Tentukan Kesihatan Diri

TIDAK dinafikan setiap individu mahu kesihatan mereka berada pada tahap optimum, sama ada dari segi fizikal atau mental. Namun cara hidup yang semakin pantas, sibuk dan sentiasa mengejar masa menyebabkan ramai hilang fokus hingga mengabaikan diri demi mencapai kejayaan yang bersifat materialistik. Walaupun wang yang dicari, ia bukan penyelesaian kepada segala persoalan hidup dan apabila kesihatan merosot, kualiti hidup juga merudum hingga menyebabkan seseorang itu menjadi murung. Kesihatan mental dan fizikal saling berkait rapat. Kedua-duanya perlu bergerak seiringan kerana sekiranya mental tidak sihat, ia akan memberi kesan negatif kepada fizikal dan begitu juga sebaliknya.

Perangkaan di negara maju seperti Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat menunjukkan kes bunuh diri banyak berlaku. Ini terjadi apabila wujud masalah mental akibat pengurusan minda yang tertutup, harapan tinggi yang tidak tercapai serta tekanan hidup yang mendorong perbuatan negatif itu.

Antara faktor yang menyumbang kepada kes bunuh diri semakin meningkat adalah masalah pengangguran, ekonomi, kemurungan dan tekanan daripada masyarakat sekeliling.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail berkata, minda adalah bahagian yang paling penting pada tubuh dan sekiranya ia tidak dijaga, pemikiran seseorang menjadi bercelaru hingga menyebabkannya gagal mengurus diri serta hidup dengan baik.

Apabila mental menjadi tidak sihat termasuk mengalami tekanan akibat masalah hidup seperti putus cinta, bergaduh dengan rakan atau bercerai, hormon menjadi tidak seimbang hingga ia kelihatan pada kulit.

"Kulit boleh timbul ruam dan kering akibat hormon yang bercelaru disebabkan tekanan pada minda. Kadangkala kita ingatkan kulit kering kerana tidak sapu losen tetapi sebenarnya ia terjadi kerana stres.

"Apabila mental tidak stabil, perubahan pada tubuh dapat dilihat dengan nyata, antaranya fizikal menjadi tidak terurus, rambut kusut atau kulit kering," katanya.

Beliau berkata, sebaliknya juga akan berlaku apabila seseorang gembira dan berfikiran positif, mindanya akan tenang membuatkan hormon menjadi stabil, seterusnya kulit kelihatan cantik dan berseri-seri.

Selain pemakanan yang teratur dan seimbang, kesihatan fizikal seseorang turut mempunyai hubung kait yang rapat dengan mindanya hinggakan pemikiran yang negatif mampu dilihat pada perubahan fizikal yang mungkin menjadi tidak bermaya dan kulit kusam.

Menurutnya, pemakanan turut menyumbang kepada kesihatan diri. Apabila seseorang itu mengambil pemakanan banyak karbohidrat, tubuh akan menjadi lesu fizikal dan ia memberi kesan secara tidak langsung pada minda.

Begitu juga apabila seseorang mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dalam diet, ia akan membuatkan diri menjadi terlalu aktif dan mungkin mudah naik marah.

"Makanan sememangnya mempunyai hubung kait dengan kesihatan mental kerana ia memberi kesan kepada kesihatan fizikal. Nutrien makanan seperti zat besi dan protein memberi kesan pada tubuh.

"Setiap makanan yang diambil mempengaruhi tubuh. Oleh itu, untuk mendapat mental yang sihat, pemakanan juga perlu dijaga kerana minda memerlukan zat daripada pemakanan yang disalurkan ke dalam tubuh," katanya.

Dr Khaidzir berkata, seseorang itu perlu menjaga kesihatan mentalnya dalam usaha memelihara kesihatan dirinya secara menyeluruh termasuk mengambil pendekatan sentiasa berfikiran positif walaupun berhadapan dengan cabaran.

Menurutnya, setiap orang perlu mengetahui keupayaan diri masing-masing supaya mereka dapat mengawal diri mereka daripada melakukan perkara tidak sepatutnya.

"Seseorang itu tidak seharusnya suka menyalahkan pihak lain, sebaliknya menerima sebarang dugaan yang datang dengan hati yang terbuka, reda dan tenang kerana ia boleh menjaga kesihatan mental diri mereka.

"Mereka juga perlu tahu kaedah untuk mengawal diri sendiri kerana minda yang tidak tenang akan menyebabkan seseorang berasa penat dan mudah diserang penyakit, mudah meracau selain sukar menerima gurau senda rakan," katanya.

Beliau berkata, minda perlu sentiasa positif dan menerima dugaan serta cabaran hidup dengan hati terbuka, seterusnya membuatkan seseorang memperoleh kesihatan mental yang baik.

Bagi orang Islam pula, mereka perlu menjaga solat dan sentiasa berdoa dalam usaha memperoleh ketenangan diri, seterusnya dapat menjalani hidup dengan lebih gembira.

"Selain positif dan menikmati setiap saat hidup dengan gembira, manusia perlu berkawan dan tidak seharusnya berseorangan. Ini kerana seseorang perlu berkongsi apa yang ada dalam hatinya termasuk susah senang demi minda yang sihat.

"Seseorang juga digalakkan terbabit dalam kegiatan riadah dan aktiviti yang mampu menyibukkan diri mereka, berkawan dengan ramai orang selain mempunyai hobi bagi membuatkan minda mereka sentiasa bekerja dan berfikir.

"Ada kata-kata hikmah yang mengatakan, minda yang kosong mudah dimasuki syaitan dan ada kebenaran pada ayat itu. Oleh itu, kita perlu sibukkan diri dengan perkara berfaedah," katanya.


Cara mendapat minda yang sihat:

  • Tahu keupayaan diri sendiri
  • Mengambil pemakanan seimbang
  • Berfikiran terbuka
  • Berfikir secara positif
  • Reda dengan dugaan
  • Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah
  • Beriadah
  • Berkawan dengan ramai orang
  • Bersolat dan berdoa
  • Kongsi perasaan


    Kesan mental tidak tenang:
  • Kulit menjadi kering dan kusam
  • Timbul ruam
  • Hormon bercelaru
  • Penampilan kusut
  • Mudah tersinggung
  • Mudah penat
  • Mudah diserang penyakit

  • Sumber Artikel : Harian Metro

    Tuesday, October 9, 2012

    Kebaikan Susu Ibu : Elak Alahan

    ALAHAN terhadap makanan di kalangan kanak-kanak kecil bukan masalah baru, malah perangkaan menunjukkan masalah berkenaan semakin meningkat di negara membangun di rantau Asia Pasifik. Menurut Pertubuhan Alahan Dunia (WAO), antara 30 hingga 40 peratus daripada masyarakat dunia kini terjejas akibat satu jenis keadaan alahan atau lebih.Sekiranya gaya berkenaan berterusan meningkat tanpa sebarang langkah pencegahan, 50 peratus rakyat Malaysia dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya satu jenis alahan menjelang 2020.

    Pakar Pediatrik Alahan, Bahagian Alahan dan Imunologi Hospital Royal Children, Melbourne, Dr Ralf Heine, berkata peningkatan terkini itu pada asalnya memberi kesan kepada masyarakat Barat, tetapi ia kini semakin jelas di negara membangun seperti rantau Asia Pasifik.

    Keadaan itu sesuatu yang membimbangkan kerana kanak-kanak kecil lebih mudah terdedah kepada penyakit alahan dan kebanyakan masalah alahan berlaku pada dua tahun pertama kehidupan.
    “Saya menyarankan ibu bapa untuk mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar alahan dan lakukan langkah pencegahan dalam berhadapan dengan masalah alahan kanak-kanak.

    “Strategi pencegahan alahan kini menjadi keutamaan dalam kesihatan awam selari dengan peningkatan terbaru alahan terhadap sesetengah jenis makanan dan penyakit kulit ekzema,” katanya.

    Antara strategi pemakanan yang efektif adalah kepentingan memberikan susu badan kerana ia mempunyai faedah dalam menentang keadaan alahan melalui cara menggalakkan toleransi oral.

    Kumpulan pakar pediatrik juga mengesyorkan kepentingan bercerai susu dan pemakanan dalam mengurangkan masalah alahan selain peranan penting probiotik dan prebiotik bagi mencegah kewujudan masalah alahan di kalangan kanak-kanak.

    Beliau berkata, masalah alahan semakin meningkat, tetapi risikonya mungkin berbeza mengikut rantau seiring dengan kesedaran yang semakin meningkat di kalangan masyarakat.

    “Ibu bapa dan semua golongan yang bekerja dengan kanak-kanak termasuk penjaga, pengasuh, guru dan pakar perubatan perlu diberi kesedaran dan pengetahuan mengenai maklumat terkini alahan memandangkan ada kes yang tidak wujud 20 tahun lalu, tetapi kini semakin meningkat,” katanya.

    Ibu bapa perlu dididik dengan tanda amaran alahan supaya dapat mengenal pasti sekiranya anak mereka mengalami masalah berkenaan.

    Dr Heine berkata, masalah kulit ekzema yang selalunya wujud pada tahun pertama kanak-kanak boleh memberi petunjuk wujudnya alahan terhadap sesetengah makanan.
    Contohnya, timbul ruam pada kulit anak dalam tempoh satu jam selepas diberi susu atau makanan dan kesan itu berlaku setiap kali selepas diberi minuman atau makanan yang sama.

    Katanya, jika keadaan itu berlaku, ibu bapa perlu membawa anak berjumpa pakar pediatrik alahan bagi menjalani ujian darah dan kulit. Sekumpulan kecil makanan seperti telur, susu lembu, soya, gandum, kacang tanah, kekacang, ikan dan kerang mempunyai kadar alahan yang tinggi pada kanak-kanak iaitu sehingga 95 peratus.

    “Kanak-kanak boleh menjadi alah kepada mana-mana makanan itu kerana kandungan protein di dalamnya sukar untuk dicerna oleh perut mereka.

    “Namun mengelak terus daripada mengambil kumpulan makanan itu boleh meningkatkan risiko alahan lalu pendekatan terbaru adalah memperkenalkan makanan berkenaan sebelum usia kanak-kanak setahun dalam kuantiti yang sedikit dengan pengawasan pakar pediatrik.

    “Ibu bapa tidak digalakkan melakukannya sendiri, tetapi merujuk serta dipantau oleh pakar bagi mengelak risiko alahan yang teruk,” katanya.

    Beliau berkata, jika salah seorang ibu atau bapa mempunyai alahan terhadap makanan, kemungkinan anak mengalami alahan juga meningkat, tetapi sekiranya ibu dan bapa ada alahan, anak mempunyai 70 peratus risiko mengalami alahan yang sama.

    Katanya, jika hanya ibu yang ada alahan, risiko anak untuk mendapat alahan adalah antara 50 hingga 60 peratus dan meningkat sekiranya ibu dan bapa mempunyai masalah ekzema atau asma.

    Namun jika hanya bapa atau adik-beradik lain ada alahan, maka kanak-kanak itu mempunyai risiko paling rendah untuk terkena alahan makanan.

    “Tetapi gaya terkini menunjukkan walaupun di kalangan keluarga yang tidak merekodkan sebarang alahan, ada kanak-kanak yang mengalami alahan pada makanan dan ia semakin meningkat. Oleh itu, kesedaran perlu dipertingkatkan dan bukan hanya tertumpu kepada populasi berisiko tinggi,” katanya.

    Dr Heine berkata, ada sesetengah makanan didapati kini semakin kerap menyebabkan alahan dan semakin sukar dihadamkan tubuh seterusnya membuatkan gaya alahan juga semakin berubah.

    Lebih menarik, melahirkan anak secara pembedahan Caesarean juga boleh meningkatkan risiko alahan anak kepada makanan antara 30 hingga 40 peratus. Ini kerana ia menghalang mereka daripada melalui saluran peranakan yang mempunyai bakteria baik yang memasuki perut dan merangsang sistem pertahanan badan mereka.

    Beliau berkata, sebaliknya jika perut anak dimasuki bakteria yang salah, ia akan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada masalah risiko alahan yang meningkat pada masa depan.

    “Pendedahan pertama terhadap bakteria baik pada perut penting kerana ia dapat merangsang sistem imun tubuh kanak-kanak dan melindunginya daripada masalah alahan.

    “Oleh itu, ibu perlu mengelak meminta untuk melahirkan anak mereka melalui pembedahan hanya untuk kemudahan mereka sebaliknya ia hanya dilakukan atas alasan yang betul, sekiranya benar-benar perlu dan membabitkan nyawa kedua-duanya,” katanya.

    Ramai juga ibu bapa semakin berminat mengambil tahu mengenai risiko alahan dan semakin ramai ibu yang bermotivasi untuk memberi anak mereka susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan pertama.

    Ibu bapa juga perlu sedar mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil untuk mengelak anak mereka terdedah kepada alahan dengan memulakan pendidikan awal dan mencari sebanyak mungkin maklumat bagi mendidik diri sendiri.

    Menurutnya, di New York, Amerika Syarikat, terdapat kajian yang menggunakan perubatan tradisional Cina dalam mencari penyelesaian kepada masalah alahan walaupun ketika ini tiada ubat yang dapat mengelak atau menyembuhkan alahan.

    Oleh itu, mencegah lebih baik daripada merawat selain penyediaan rawatan lebih baik dan sempurna serta bertemu dengan pakar perubatan terlatih bagi mendapatkan rawatan kerana alahan juga dikategorikan sebagai penyakit kronik.

    “Ia tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi boleh dikawal jika diuruskan dengan baik dan dijaga daripada terdedah kepada faktor yang mencetuskan alahan.
    Ibu bapa yang mempunyai masalah asma, ekzema dan demam alergi perlu merawat penyakit mereka dengan berkesan,” katanya.

    Dr Heine berkata, penggunaan probiotik iaitu bakteria baik juga didapati dapat merangsang sistem imun tubuh seterusnya mampu mengurangkan masalah kulit seperti ekzema pada kanak-kanak.

    Beliau menyarankan wanita mengandung mengambil langkah mengurangkan risiko anak mereka terkena alahan iaitu dengan mengambil probiotik sepanjang kehamilan, suplemen minyak ikan dan menghindar daripada merokok.

    Selepas melahirkan pula, katanya wanita disaran untuk memberikan susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama, tidak memberikan anak makanan yang berisiko tinggi dan mampu mencetuskan alahan serta memperkenalkan makanan tambahan daripada semua kumpulan makanan secara sedikit dan perlahan-lahan.

    Rujukan : Artikel Harian Metro 30/09/2012

    Monday, October 8, 2012

    7 Ancaman Utama Kesihatan Wanita

    BERDASARKAN kajian didapati ancaman besar terhadap kesihatan wanita sebenarnya boleh dicegah. Dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri, tiada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab ini. Mungkin ramai tidak sedar, menjaga kesihatan yang menjadi harta paling berharga dalam hidup kita adalah satu amanah kerana ia membolehkan kita menjalankan tugasan harian termasuk bekerja, menguruskan rumah tangga dan menjalankan ibadat dengan lebih baik. Memang tidak dapat dinafikan, wanita lebih peka dalam menjaga kesihatan. Namun ia perlu dipertingkatkan kerana tugas dan tanggungjawab wanita kini lebih besar dan mencabar.

    Berdasarkan statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), ada tujuh ancaman utama kepada kesihatan wanita. Mari kita sama-sama belajar cara untuk mengurangkan risiko ancaman ini.

    1. Sakit jantung - Sakit jantung bukan penyakit lelaki saja walaupun jarang kedengaran wanita diserang penyakit ini. Sebelum menopaus, hormon wanita melindungi kita daripada serangan penyakit jantung tetapi selepas putus haid, risiko untuk mendapat penyakit ini sama seperti lelaki.

    Jadi ambillah langkah pencegahan dari sekarang supaya kita tidak termasuk dalam statistik rakyat Malaysia yang mendapat serangan jantung. Antara yang boleh dilakukan ialah:

  • Berhenti merokok jika anda merokok. Ada banyak kaedah terkini yang boleh membantu anda berhenti. Pergilah ke mana-mana klinik berhenti merokok atau minta doktor rujukkan anda kepada pakar yang sentiasa bersedia membantu anda berhenti merokok.
  • Amalkan pemakanan sihat - Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan makanan mengandungi banyak lemak, gula dan garam.
  • Kawal penyakit anda dengan baik terutama tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dan kencing manis.
  • Bersenam - Ini sangat penting. Bersenamlah sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari, empat atau lima kali seminggu. Jika dapat dilakukan setiap hari, kesannya lebih baik.
  • Kekalkan berat badan yang sihat. Penambahan berat badan akan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.
  • Hadkan pengambilan alkohol, terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah, namun lebih baik jika ia dihentikan terus.
  • Tangani tekanan. Luangkan masa untuk belajar kaedah menguruskan tekanan dengan cara yang sihat dan menggembirakan.


    2. Kanser - Walaupun secara umumnya punca sebenar kanser tidak diketahui tetapi ada pelbagai cara yang boleh diambil untuk mengurangkan risikonya.
  • Jangan merokok. Merokok adalah faktor penting yang boleh mendekatkan anda dengan kanser. Pada masa sama, cuba elakkan menjadi perokok sekunder (tidak merokok tetapi kerap terdedah kepada asap rokok).
  • Kerap bersenam. Pilih senaman yang anda suka. Ia bukan saja boleh menjadi terapi minda malah mampu mengawal berat badan. Ada pakar berkata penurunan berat badan secara tidak langsung mengurangkan risiko kanser.
  • Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Lindungi kulit daripada cahaya matahari yang terik.
  • Menyusukan anak. Penyusuan badan dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara.
  • Ambil langkah pencegahan dengan menjalani ujian pemeriksaan seperti mamogram dan lumuran Pap.


    3. Strok - Ada sesetengah faktor risiko strok tidak boleh dikawal seperti sejarah keluarga, umur dan keturunan. Namun faktor lain boleh dikawal contohnya:
  • Kawal penyakit anda. Jika anda ada masalah tekanan darah tinggi atau kolesterol tinggi, ambil ubat mengikut jadual. Jika ada kencing manis, pastikan paras gula berada dalam julat normal.
  • Jangan merokok. Jika anda merokok, berusaha untuk berhenti.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan paling penting - kerap bersenam.
  • Pelajari tanda awal strok dan kongsi maklumat ini dengan ahli keluarga serta rakan baik. Minta ahli keluarga dan rakan segera membawa anda ke hospital jika anda menunjukkan tanda strok.


    4. Penyakit saluran pernafasan bawah kronik - Dalam erti kata lain, ada masalah dengan paru-paru anda. Ini termasuk bronkitis dan emfisema. Jadi, ambillah langkah untuk menjaga kesihatan paru-paru dengan:
  • Tidak merokok
  • Hindari tempat yang banyak pencemaran (kimia dan udara)
  • Cegah jangkitan saluran pernafasan dengan kaedah paling mudah - mencuci tangan dengan baik.


    5. Penyakit Alzheimer - Meskipun tiada kaedah khusus untuk mencegahnya, tetapi pakar sependapat risikonya boleh dikurangkan melalui:
  • Kawal penyakit anda. Penyakit seperti tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis dikatakan boleh meningkatkan risiko mendapat Alzheimer.
  • Jangan merokok. Sesetengah kajian mendapati ada kaitan antara Alzheimer dengan rokok.
  • Bersenam, tidak kira apa bentuk senaman pun, semuanya boleh memberi manfaat.
  • Jaga kesihatan minda dan sosial dengan menyertai aktiviti kemasyarakatan, membaca, melakukan perkara yang mencabar fikiran termasuk mempelajari benda baru.


    6. Kemalangan - Kemalangan jalan raya juga disenaraikan sebagai ancaman utama kepada kesihatan wanita. Patuhi peraturan dan undang-undang jalan raya serta sentiasa berhati-hati ketika berada di jalan raya, sama ada anda memandu atau menggunakan kenderaan awam.


    7. Kencing manis - Ini penyakit yang sangat lazim di negara kita. Untuk mencegah kencing manis, amalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan selalu bersenam, khususnya bagi mereka yang ada sejarah keluarga menghidap penyakit ini.

    Jika anda sudah menghidapnya, ambillah langkah proaktif supaya paras gula anda berada dalam julat sihat kerana kencing manis yang tidak terkawal akan merosakkan saraf khususnya pada kaki dan mata. Selain itu, ia juga meningkatkan risiko mendapat sakit jantung dan mengalami kerosakan buah pinggang.

  • Sumber Artikel : Harian Metro

    Serat Epal Pengikat Lemak

    KITA bukan tidak biasa dengan epal malah ia boleh didapati di mana saja, baik di pasar raya mahupun di pasar malam. Harganya juga berpatutan, bergantung kepada jenis dan asal usul epal. Manfaatnya kepada kesihatan memang diperakui ramai cuma ramai kurang mengambil tahu khasiat buah ini.


    Jika masih kurang percaya, berikut beberapa fakta mengenai epal:



  • Penyelidik menyarankan epal sebaiknya dimakan begitu saja. Kajian membandingkan pengambilan epal dengan jus epal. Ia menunjukkan seseorang itu berasa kurang lapar dan lebih kepuasan apabila makan sebiji epal.

    Menariknya, makan epal bersaiz sederhana kira-kira 15 minit sebelum makan boleh mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 15 peratus semasa makan.

    Sebiji epal mengambil masa lebih lama untuk dikunyah manakala makan epal berserta kulitnya sekali menyumbang kepada pengambilan serat lebih tinggi.

    Jus epal lazimnya kurang tekstur dan serat berbanding sebiji epal biasa. Malah jus epal kebiasaan–nya ditambah dengan gula.

    Sebaiknya makan epal dalam bentuknya yang semula jadi.

  • Mengekalkan paras gula dalam darah.

    Dipenuhi phytonutrien, epal boleh membantu untuk mengekalkan paras gula darah yang menyihat–kan.

    Buah ini kaya dengan antioksidan yang membantu untuk mengurangkan penyerapan glukosa.

    Pectin di dalam epal pula membekalkan asid galacturonic kepada tubuh yang merendahkan keperluan badan terhadap insulin dan boleh membantu dalam menangani diabetes.

    Wanita yang makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari didapati 28 peratus berkurangan untuk mengalami diabetes jenis 2 berbanding mereka yang tidak makan epal.

  • Menggigit dan mengunyah epal boleh merangsang pengeluaran air liur di dalam mulut, mengurangkan kerosakan gigi dengan merendahkan tahap bakteria.




  • Saintis daripada Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika mendapati pengambilan epal boleh membantu untuk mengurangkan risiko kanser pankreas sehingga 23 peratus.

    Penyelidik di Universiti Cornell pula mendapati beberapa bahan triterpenoid yang diperoleh pada kulit epal mempunyai ciri menentang pertumbuhan sel kanser di dalam hati, usus dan payudara.





  • Mengurangkan kolesterol.

    Serat larut di dalam epal mengikat lemak di dalam usus seterusnya merendahkan paras kolesterol.

    Banyak kajian mengaitkan pengambilan serat larut yang tinggi dengan pembentukan perlahan plak yang kaya dengan kolesterol di dalam salur darah.

  • Menangani cirit-birit dan sembelit.

    Sama ada anda asyik membuang air atau langsung tidak boleh ke tandas, serat di dalam epal boleh membantu.

  • Mengawal berat badan.

    Kebanyakan masalah kesihatan dikaitkan dengan lebihan berat badan termasuk penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi serta diabetes jenis 2.

    Untuk menangani berat badan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan, doktor menyarankan pemakanan yang kaya dengan serat. Makanan yang kaya dengan serat boleh mengenyangkan tanpa mengambil terlau banyak kalori.

    Kajian di Brazil menunjukkan wanita yang makan tiga biji epal atau pear setiap hari mengalami pengurangan berat badan semasa berdiet berbanding wanita yang langsung tidak makan buah ini semasa berdiet.

  • Meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

    Epal merah mengandungi antioksidan digelar quercetin. Kajian terkini mendapati quercetin boleh membantu untuk merangsang sistem ketahanan tubuh terutama apabila kita dalam keadaan tertekan.

  • Bagus untuk mata.
    Walaupun kajian sebelum ini agak bercanggah, kajian jangka panjang terkini menyarankan mereka yang mengamalkan pemakanan kaya dengan buah-buahan yang mengandungi antioksidan seperti epal, kurang berisiko 10 hingga 15 peratus untuk menghadapi masalah katarak.

  • Perlindungan tulang.

    Penyelidik di Perancis mendapati sejenis flavanoid yang digelar phloridzin yang hanya didapati di dalam epal boleh melindungi wanita menopaus daripada osteoporosis dan boleh membantu untuk meningkatkan kepadatan tulang.

    Boron iaitu satu lagi kandungan epal, juga membantu untuk menguatkan tulang.

  • Ada kajian menunjukkan kanak-kanak mengalami asma yang minum jus epal setiap hari memberi kesan baik dalam menangani masalah kesihatan itu, berbanding kanak-kanak yang hanya minum jus epal sebulan sekali.

    Kajian lain mendapati kanak-kanak dilahirkan ibunya yang makan banyak epal semasa hamil, mempunyai kadar asma lebih rendah berbanding kanak-kanak dilahirkan ibu mereka yang kurang makan epal.

  • Sumber Artikel : Akhbar Harian Metro (07/10/2012)

    Friday, July 13, 2012

    Info Pemakanan : Tentang Koko, Teh Herba dan Susu

    Koko Lebih Baik Daripada Teh

    Penyelidik dari University Hospital of Cologne di Jerman telah melakukan ulangkaji terhadap 10 ujian yang telah diterbitkan sejak tahun 1966 iaitu ujian untuk melihat perubahan pada tekanan darah antara pengambilan koko dengan teh. Penyelidik ini mendapati pengambilan makanan yang tinggi kandungan koko mampu merendahkan tekanan darah manakala pegambilan teh tidak memberikan apa-apa kesan. Bahan yang ada pada koko iaitu 'polyphenol' dan 'procyanids' dipercayai lebih membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berbanding 'flavonoids' yang ada pada teh. Kajian ini telah diterbitkan dalam Achives of Internal Medicine pada April 2007.

    Teh Herba Semasa Hamil

    Ada sesetengah teh herba selamat untuk diambil semasa hamil. Ini termasuklah kulit buah-buahan sitrus, halia, lemon, kulit oren dan juga 'rose hip'. Walaubagaimanapun, ada teh herba yang mengandungi bahan farmasological yang diketahui mampu mengganggu kandungan. Teh 'chamomile' misalnya diyakini boleh menimbulkan kesan buruk pada uterus. Oleh itu, pengambilan teh ini sangat dilarang. Oleh sebab terlalu banyak teh herba yang dijual di pasaran dan tidak ada polisi khas untuk mengklasifikasikannya, lebih baik ibu hamil mengambilnya secara berkadar atau lebih tepat, usah ambil langsung. 

    Minum Susu Atasi Rambut Gugur

    Rambut terhasil daripada protein keratin. Jadi tidak hairanlah jika protein daripada produk tenusu mampu menyokong pertumbuhan rambut. Kebanyakkan susu diperkayakan dengan Vitamin A. Inilah vitamin penting untuk mengelakkan rambut gugur kerana masalah rambut gugur sebenarnya berpunca daripada kekurangan Vitamin A

    Tuesday, July 10, 2012

    Kaedah Simpan Madu Dengan Baik

    Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja dan kaya dengan khasiat tetapi madu juga boleh digunakan didalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Meskipun ia dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya. 

    Berikut diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya, ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak hilang manfaatnya. 

    • Jangan biarkan madu disimpan di tempat terbuka, apatah lagi di udara yang lembab. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
    • Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutup ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan
    • Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik disimpan ditempat sejuk dan dingin. 
    • Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
    • Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu mudah menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

    Tips Cegah Bau Mulut (Halitosis)

    Bau mulut atau 'halitosis' merupakan masalah umum yang sering berlaku di kalangan orang dewasa. 'Halitosis' ini biasanya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria di mulut. Namun demikian ada beberapa penyebab lain yang membuatkan mulut berbau iaitu seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, mulut kering, sisa makanan tertinggal di celah-celah gigi, sinusitis dan 'pneumonia'. Dalam sesetengah kes, bau mulut merupakan petanda bahawa ada masalah kesihatan lain yang lebih serius. Oleh itu, bagaimana bau mulut dapat diatasi? Memandangkan bau mulut selalunya disebabkan oleh masalah pada mulut, sangat membantu jika anda mengunjungi doktor gigi untuk memastikan penyebabnya. Jangan sesekali merawatnya sendiri. Ini akan memburukkan keadaan. Bagaimanapun, langkah-langkah berikut boleh membantu anda menghindarkan diri daripada masalah mulut berbau :

    1. Selain memberus gigi, penting untuk membersihkan celah-celah gigi dengan 'dental floss'
    2. Gunakan pembersih lidah dan berus lidah hingga ke bahagian belakang (pangkal lidah)
    3. Gunakan formula ubat kumur yang disarankan doktor atau beli d farmasi. Waktu terbaik menggunakannya adalah sebelum tidur.
    4. Banyakkan minum air tetapi hidari minum terlalu banyak kopi
    5. Bersihkan mulut setelah mengambil produk susu, ikan dan daging
    6. Makanlah sayuran kaya serat dalam keadaan segar
    7. Tidak ada salahnya bila anda berkumur-kumur setelah makan. Apabila anda tidak memberus gigi, berkumurlah dengan air bersih
    8. Kunjungi doktor gigi secara teratur dan bersihkan gigi secara professional iaitu setiap enam bulan sekali
    9. Hindari makanan yang berbau menyengat misalnya bawang putih, bawang merah, petai dan lain-lain.

    Monday, July 9, 2012

    6 Kuasa Semulajadi Untuk Kulit

    Penjagaan kulit badan terutamanya kulit wajah dengan menggunakan sumber semulajadi seperti tumbuhan, herba, buah-buahan dan makanan. Pastinya tidak salah untuk mencuba dan kosnya juga lebih murah. Berikut adalah 6 kuasa semulajadi untuk kesihatan kulit :

    1.    Kuasa Lidah Buaya
    Lumurkan pati lidah buaya asli ke seluruh wajah bagi mengatasi kekeringan kulit. Patinya kaya dengan kuasa menyegar dan mampu menyejukkan kulit dengan bahan pelembab semulajadinya.

    2.    Nikmat Mandian Susu Buat Tubuh
    Mandian susu adalah cara paling efektif untuk merawat kekeringan kulit tubuh. Resipinya mudah iaitu hanya tambahkan susu tepung asli bersama minya badam dan titisan madu ke dalam mandian air suam. Rendamkan tubuh selama 30 minit dan lakukan sebanyak tiga kali seminggu. 

    3.    Hadiahkan Kulit Secawan Teh
    Minuman teh herba seperti 'chamomile' dan pudina mampu membantu mencantikkan tekstur kulit dari dalam.

    4.    Bijiran Oat vs Bintik Hitam?
    Cuba dulu, baru ketahui pemenangnya! Campurkan bijiran oat bersama dengan sedikit perahan pati lemon dan minyak zaitun. Kacau sehingga sebati. Kemudian, jadikan bancuhan itu sebagai scrub wajah. Bilas dengan air suam. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu secara konsisten bagi melihat hasilnya!

    5.    Pati Lemon Kurangkan Kesan Kulit Berminyak
    Campurkan dua sudu besar pati lemon ke dalam air suam dan beberapa titis cuka. Kemudian, rendam dan perah kapas wajah kedalamnya sebelum disapu pada wajah. Biarkan wajah kering seketika sebelum menggunakan sebarang produk wajah atau kosmetik yang lain. Amalan ini dapat membantu mengurangkan kesan kulit wajah berminyak malah turut membantu mengurangkan masalah kekerapan berpeluh.

    6.    Herba Untuk Wajah
    Campurkan satu sudu besar herba 'saffron' bersama dua sudu besar madu. Kacau hingga sebati dan sapukan pada wajah. Ia dapat membantu mengurangkan kesan bintik hitam pada wajah.

    Sunday, July 8, 2012

    Langkah-Langkah Mengatasi Resdung

    Bagi yang mempunyai penyakit resdung, pastinya sangat menggangu kehidupan seharian anda kan? Berikut adalah beberapa langkah untuk mengatasi resdung. Diharap serba sedikit dapat membantu anda.

    • Elakkan membela haiwan berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
    • Elakkan menggunakan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut daripada bahan sintetik (tiruan)
    • Elakkan menggunakan bantal dan tilam daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung bantal dan tilam dengan air panas bagi membunuh pijat atau serangga kira-kira dua kali seminggu.
    • Gunakan pembersih hampagas yang mempunyai penapis yang baik
    • Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada fabrik berbulu
    • Berhati-hati bagi anda yang tidur di katil bawah (katil bertingkat) kerana anda akan menyedut segala habuk daripada tilam atas.
    • Selalu basuh tuala dan pakaian sehingga bersih dan segar
    • Simpan pakaian di dalam almari tertutup dan elak penggunaan langsir yang berat
    • Gunakan kain lembab untuk membersihkan barangan dan peralatan rumah
    • Gunakan penutup hidung ketika membersihkan rumah.

    Wednesday, July 4, 2012

    Tip Perolehi Kulit Sihat

    Keadaan kesihatan kulit sebenarnya mencerminkan keadaan kesihatan tubuh seseorang. Kulit perlu dijaga dan dirawat untuk mengekalkan kesegaran, kelembapan dan kesihatan. Caranya tidaklah sesukar yang disangka, ia boleh dijaga dengan amalan-amalan sihat setiap hari.

    1.   Perbanyakkan minum air. Dengan meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, boleh mengelakkan dihidrasi yang mengakibatkan hilangnya kelembapan kulit

    2.   Bersihkan wajah. Hal ini wajib dilakukan. Bersihkanlah kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari, setiap pagi dan malam sebelum tidur. Setelah itu, sapukan penyegar untuk membuang minyak, habuk, kotoran dan sisa solekan yang tertinggal. 

    3.    Sesuaikan produk pelembab dengan jenis kulit. Jangan sembarangan menggunakan pelembab kerana keadaan kulit anda menentukan khasiat akhir formula yang dimiliki oleh pelembab itu sendiri. 

    4.    Elakkan sinar matahari terus ke kulit. Kulit yang terdedah kepada sinar matahari secara langsung dalam jangka waktu tertentu akan menyebabkan gangguan kulit seperti kedutan, belang, bintik hitam dan kanser kulit.

    5.     Jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat pakar kulit. Pendapat dan pandangan pakar kulit akan menyelamatkan keadaan kulit anda. 

    6.     Jaga pola makan yang sihat. Pengambilan makanan yang seimbang dan cukup zatnya membantu menyihatkan kulit. Makanan bergoreng atau berminyak dan yang dibakar sedikit sebanyak merangang zat karsinogen yang menyebabkan proses radikat bebas pada tubuh yang akhirnya akan menyebabkan penuaan pra matang.

    Tuesday, July 3, 2012

    Kenapa Duduk Lama Kemudian Bangun Je Rasa Pening dan Gelap?

    Ketika sedang duduk mengemas barang-barang yang tidak berguna di bawah meja, tiba-tiba anda dipanggil berjumpa dengan ketua anda. Anda bangun secara tiba-tiba dan tidak semena-mena anda berasa pening dan pandangan menjadi gelap?Jika anda sering mengalami keadaan demikian, berhati-hatilah. Ini kerana, risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kegagalan jantung.

    Keadaan yang dikenali dengan istilah hipotensi ortostatik ini biasanya berlaku penurunan tekanan darah secara tiba-tiba. Hasil penemuan didapati melalui kajian yang dilakukan terhadap 12,000 orang responden di empat wilayah Amerika yang berusia di antara 45 - 54 tahun.

    Dari hasil penyelidikan yang dilakukan selama 17 tahun ini. didapati hampir 11 peratus orang memiliki gejala hipotensi ortostatik pada awal penyelidikan. Sementara itu, mereka yang tidak memiliki hipotensi ortostatik, hanya empat peratus sahaja yang mengembangkan masalah kegagalan jantung. Hubungan di antara hipotensi ortostatik dan kegagalan jantung dilihat jelas di antara orang yang berusia diantara 45 - 55 tahun. 

    Penyelidik mengakui tidak tahu bagaimana hipotensi ortostatik boleh menyebabkan kegagalan jantung. Namun hasil daripada perbincangan mereka, kesemuanya sepakat mengatakan bahawa hipotensi ortostatik dan tekanan darah tinggi penyebab risiko kegagalan jantung melalui jalur yang sama. "Contohnya seperti ketika hipertensi berlaku ketika orang yang sedang tidur" ujar Dr. Christine DeLong Jones dari University of North Carolina, Chapel Hill.

    Monday, July 2, 2012

    Penyakit Gout : Punca, Pencetus dan Kaedah Rawatan

    Gout adalah salah satu bentuk artritis yang tertua sekali dan merupakan di antara penyakit yang makanan menjadi punca utamanya. Kemunculan gout sering terjadi secara tiba-tiba dan bukannya beransur-ansur seperti kebanyakkan penyakit yang lain. Gout boleh berlaku hanya dalam jangka waktu semalaman terutamanya setelah anda memakan sesuatu yang menjadi kepantangan bagi pesakit gout. Sendi yang terkena itu biasanya amat sakit apabila disentuh, sehingga berat sehelai kain cadar pada kaki pun terasa perit.

    PUNCA GOUT

    Gout terjadi apabila terdapat timbunan asid urik di dalam tubuh seseorang. Timbunan asid urik dalam darah sebenarnya merupakan proses semulajadi dalam manusia yang sihat sebagai produk pemecahan pelbagai proses kimia.

    Pada kebiasaannya, badan seseorang akan membuangkan asid urik lebihan melalui buah pinggang ke dalam air kencing. Jika buah pinggang seseorang tidak berfungsi dengan baik, asid urik di dalam badan akan menimbuni dan berkumpul di dalam sendi atau kulit. Keadaan ini dikenali sebagai "hiperurikemia", dimana terdapat terlalu banyak asid urik di dalam darah. Hiperurikemia juga boleh terjadi apabila badan terlebih mengeluarkan asid urik. Ini meningkatkan faktor risiko tersendiri untuk diserang gout akut.

    Serangan pertama gout biasanya terjadi pada ibu jari kaki atau sendi bunion. Jika ini tidak dirawat, serangan pertama mungkin dirasai selama satu hingga dua minggu. Selepas serangan pertama, serangan berikutnya akan berlaku selepas beberapa bulan atau tahun. Jika ia dibiarkan tidak dirawat, serangan akan menjadi lebih kerap, dirasai lebih lama dan melibatkan sendi lain. Selepas masa berlalu, pergelangan kaki, kaki, lutut, siku dan tangan mungkin juga diserang. Lama-kelamaan, serangan berulang ini mungkin mengakibatkan kerosakan sendi, ketidakupayaan dan juga kelumpuhan

    PENCETUS GOUT

    Serangan gout biasanya dikaitkan dengan faktor berikut :
    • Minum minuman beralkohol secara berlebihan
    • Terlebih makan makanan yang tinggi kandungan purina
    • Kecederaan ringan pada sendi
    • Kurang minum air
    • Mengamalkan diet kilat
    • Penyusutan air dalam tubuh disebabkan oleh pengambilan minuman yang bersifat diuretik.
    KAEDAH RAWATAN

    Semasa Diserang
    1. Ubatan anti-radang bukan steroid (NSAID) baisanya digunakan untuk mengawal sakit dan bengkak. Kebiasaannya, ubatan ini efektif dalam masa dua hari dan diambil untuk jangka masa pendek sahaja.
    2. 'Colchicine' telah digunakan selama lebih daripada 100 tahun untuk mengubati keradangan yang disebabkan oleh gout dan selalunya ubatan ini aktif untuk jangka masa 24 jam
    3. 'Cortisteroid' digunakan dalam keadaan serangan teruk dan disuntik terus ke sendi untuk mendapatkan kelegaan segera. Segala bentuk pemberian ubatan dan rawatan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu
    Penjagaan Jangka Panjang
    1. Kawal berat badan. Berat badan berlebihan akan mengganggu keupayaan tubuh menguraikan asid urik.
    2. Elak minuman beralkohol terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap gout
    3. Elakkan makanan pencetus gout seperti ikan sardin, ikan bilis, ginjal, hati atau organ dalaman haiwan yang lain, daging merah terutamanya daging kambing dan makanan laut terutamanya udang dan ketam.
    4. Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup iaitu sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

    Sunday, July 1, 2012

    Makanan Berdasarkan Jenis Kulit Wajah

    Bagaimana caranya untuk memilih makanan mengikut jenis kulit iaitu kulit kering, berminyak dan sensitif? Berikut disenaraikan panduan yang boleh diikuti dalam memilih makanan yang sesuai mengikut jenis kulit masing-masing:

    Kulit Kering

    Lazimnya, kulit kering agak kasar permukaannya. Untuk melembutkannya, penambahan kandungan vitamin A adalah penting kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan mengurangkan cela. Selain daripada mengamalkan pengambilan bayam dan lobak merah, produk tenusu (seperti mentega, keju dan susu), kekacang serta biji-bijian adalah sumber baik Vitamin A

    Pun begitu, makanan pedas atau berempah akan menyerap lembapan pada kulit dan menjadikannya kasar. Jesteru, elakkan memakan makanan pedas dan berempah ini selain makanan yang masin atau terlalu banyak daging. Daging mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan ia menggunakan peredaran darah semasa proses pencernaan tersebut. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan kekurangan ketahanan badan.

    Banyakkan pengambilan air dan buah-buahan. Antara 50% hingga 70% badan kita mengandungi air dan kekurangannya akan mengakibatkan kemunculan kedutan pada wajah atau menampakkannya lebih ketara.

    Kulit Berminyak

    Vitamin B adalah makanan terbaik untuk mereka yang memiliki kulit berminyak. Daging lembu dan hati kambing adalah contoh makanan yang mengandungi Vitamin B selain belut, rumpai laut, susu, keju, kuning telur dan nasi.

    Elakkan pengambilan lemak dan gula yang banyak kerana ia tidak baik untuk kulit yang berminyak. Makanan bergoreng, biskut, coklat atau gula-gula juga akan memburukkan lagi masalah jerawat pada kulit.

    Amalkan gaya hidup yang sederhana iaitu tidur dan makan dengan baik. Kulit berminyak biasanya didapati berdasarkan genetik, tetapi dalam kebanyakkan kes, ia berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang, stress atau kurang tidur. 

    Kulit Sensitif

    Pisang, telur, susu, sebahagian daging, ikan dan hati adalah antara makanan yang efektif untuk kulit sensiif. Manakala makanan yang terlalu pedas hanya akan merangsang dan membuatkan kulit berasa panas.

    Meminum teh herba seperti schizandra atu teh buah Cina lycium yang mengandungi bioflavanoid kerana ia berperanan menguatkan saluran darah dan sangat baik untuk mereka yang lemah kapilarinya.

    Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil

    Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya vitamin B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

    Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan

    Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan. Hanya mengandungi protein unggul - itulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian. Tidak mengandungi laktosa - apabila anda tidak mampu mencerna laktosa maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

    Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda. Banyak mengandungi isoflavon - khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolestrol. selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

    Salah satu sumber kalsium - susu soya yang tersedia di apsaran umumnya diperkaya dengan kalsium boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

    Jangan Minum Berlebihan

    Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.

    Selain itu, kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4 tahun lebih cepat)  Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitrat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.

    (Sumber : Mingguan Wanita)

    Saturday, June 30, 2012

    Tips Merawat Kecantikan Wajah

    Semua orang baik lelaki mahupun perempuan pasti mementingkan kesihatan kulit wajah kan? Bagi perempuan, pelbagai produk digunakan dengan harapan agar kulit muka sentiasa sihat dan cantik. Bagi lelaki pula, ada yang seperti perempuan punya pelbagai produk khusus untuk rawatan muka dan untuk lelaki yang ala-ala maskulin gitu tetap juga menggunakan pencuci muka. Berikut adalah beberapa tips kecantikan kulit wajah yang boleh membantu anda mendapatkan kulit wajah yang cantik.

    Cuci Tangan Sebelum Menyentuh Wajah

    • Faktor kebersihan sangat penting dalam melakukan perawatan wajah. Bakteria boleh datang dari mana sahaja termasuklah dari tangan kita sendiri.
    • Sentiasa melakukan pembersihan kulit wajah pada waktu pagi dan malam. Wajah yang seharian beraktiviti tanpa kita sedari akan tercemar oleh bakteria ata kuman. Oleh itu, penting untuk melakukan pembersihan kulit wajah pada malam hari. Membersihkan wajah di pagi hari pula bertujuan untuk membersihkan wajah daripada lemak yang dikeluarkan tubuh semasa tidur di malam hari.
    • Lakukan urutan pada wajah di malam hari untuk merangsang peredaran pertukaran sel-sel pada kulit. Lakukan dengan penyegar untuk memberikan kesan relaksasi pada kulit setelah penat beraktiviti.
    Untuk Kulit Kering

    • Tukar jenis produk perawatan kulit sesuai dengan cuaca dan gaya hidup anda
    • Mulakan dengan produk perawatan anti-penuaan dengan segera setelah petanda penuaan muncul. Hal ini kerap berlaku lebih cepat untuk kulit jenis ini (terutamanya di sekitar mata)
    • Elakkan mandi dengan air panas. Lebih baik jika anda menggunakan minyak mandian.
    Untuk Kulit Sensitif

    • Hangatkan dahulu produk perawatan dengan menggenggamnya di tangan sebelum anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok.
    • Sebaik-baiknya, gunakan jari jemari bukannya kapas. 
    Untuk Kulit Berminyak

    • Lindungi kulit daripada sinaran matahari secara langsung dan penimbunan lemak di kulit wajah
    • Jangan memicit jerawat di wajah secara sembarangan
    • Lakukan rawatan pengelupasan pada wajah sekali hingga tiga kali seminggu
    Untuk Kulit Separuh Usia

    • Pilih produk perawatan kulit anti penuaan yang sesuai dengan keadaan kulit, keperluan dan cuaca.
    • Kulit di leher, mata dan tangan anda boleh mencacatkan penampilan. Oleh itu, berikan perhatian yang lebih pada kulit bahagian ini.
    • Elakkan pendedahan cahaya matahari.

    Friday, June 29, 2012

    Info Pemakanan : Makanan Ringan - Ketahui Baik dan Buruknya

    Ingin bercuti ataupun sekadar bersiar-siar bersama keluarga dan teman-teman? Pastinya pelbagai jenis makanan ringan akan dibawa bersama sebagai kudap-kudapan tatkala bersantai. Pun begitu, tidak semua daripada makanan-makanan ini menyihatkan, apatah lagi mengenyangkan.

    Pengetahuan akan kepentingan kandungan dan khasiat dalam makanan-makanan yang diambil sememangnya sangat penting. Jesteru itu, sebelum singgah ke kedai untuk membeli makanan, apa kata ketahui terlebih dahulu apakah yang tersirat di sebalik makanan ini.

    1.     Makanan Masin

    Kerepek kentang yang disaluti rempah masin mungkin sedap dimakan tatkala melalui perjalanan jauh ke tempat percutian. Namun, makanan seperti ini mempunyai kandungan nutrisi yang rendah dan tinggi sodium atau erti kata lain, tinggi kalori. Sekiranya anda menaiki kapal terbang sodium akan menahan cecair di dalam tubuh seterusnya menyebabkan kaki bengkak.

    2.     Minuman Soda/Berkarbonat

    Jika anda memilih kapal terbang sebagai pengangkutan ke lokasi percutian, elakkan minuman soda atau berkarbonat. Ini kerana minuman sebegini akan menghasilkan gas di dalam tubuh. Perbezaan tekanan semasa berada di dalam udara akan membuatkan anda berasa mual dan kembung perut.

    3.    Makanan Masam

    Kebanyakkan perhentian rehat dan rawat (R&R) di tepi lebuhraya ada menjual aneka buah-buahan masan seperti mangga, kedondong ataupun limau. Tahukah anda bahawa rasa masam pada buah-buahan ini akan meningkatkan kandungan asid dalam badan? Hal ini boleh mengakibatkan sakit perut.

    4.     Jus Manis

    Jus yang manis mempunyai kandungan kalori tambahan. Ia berpotensi menambah pengambilan kalori harian melebihi sukatan yang sepatutnya. Sekiranya anda masih ingin meminum jus ini, memadailah dengan pengambilan satu gelas sahaja.

    5.    Coklat dan Gula-Gula

    Pengambilan coklat dan gula-gula boleh meningkatkan kandungan kalori dalam badan. Selain itu, ia juga tidak baik untuk kesihatan gigi.

    6.     Minuman Kemasan

    Minuman dalam kemasan lazimnya mempunyai kandungan gula dan kalori yang tinggi. Ia juga dihasilkan dengan bahan pengawet. Jesteru itu, kawallah kuantiti pengambilan minuman seperti itu.

    Sumber : Majalah Rapi

    Thursday, June 28, 2012

    Tolong Kuruskan Aku

    Macammana nak kurus ye? Mesti ramai yang mengalami masalah yang sama. Bila badan dah makin membesar, makin susah nak dikuruskan kembali. Bila tengok gambar-gambar kenangan di zaman muda remaja 10 tahun yang lalu dan bila tengok keadaan diri sekarang memang menggerunkan. Dulu slim je. Maybe masa tu belajar kat Universiti, hari-hari bersukan. Pulak tu memang atlit sukan kolej kediaman dan juga Universiti lak tu. Memang kadar metabolisme sangat tinggi masa tu. 

    Makan banyak mana pun, tetap tak jadi lemak sebab dengan cepat makanan tu diproses. Tapi, bila dah memasuki alam kerjaya nie, ari2 duduk buat keje pastu balik keje dah penat. Makan malam, tengok tv then tido. Esoknya buat aktiviti yang sama. So, bila nak bersukan dan keluarkan peluh? Sebab tu, perut yang flat sekarang nie dah macam mengandung enam bulan dah. Kadar metabolisme badan dah makin kurang. Semua yang dimakan tak dapat nak diproses dengan cepat lagi. Maka, dari sehari ke sehari makin bertambah tebal la lemak di badan. Sape nak dipersalahkan disini? Masih ingat lagi, enam bulan pertama mula bekerja duduk opis je dan kurang sangat bersukan. Bila timbang je badan, berat badan naik sampai 10kg. Amboi...amboi..amboi...bukan main cepat lagi naiknye. Patutla seluar dgn baju makin sempit. Ada orang cakap, bekas atlit memang begitu. Berhenti je bersukan terus dengan cepatnya berat badan naik. Rasanya memang betul kot..

    Lepas tu mula la risau, beli produk kelangsingan badan, beli teh herba, tak cukup dengan tu tiap malam sapu pulak perut dengan krim halia+limau purut yang banyak dijual dipasaran tu. Tp, memang tak lama sbb hidup makin sibuk then berat badan pulak makin bertambah. Tinggal perhiasan jela jawabnye produk-produk perlangsingan badan tu. Semangat tak cukup kuat, kecekalan tak cukup tinggi. Maka, akhirnya pasrah dan berserah pada ketentuan Ilahi. Tp, bila semakin hari semakin gemuk dan semakin hari semakin tua. Mula risau balik. Sebab sedia tahu yang kegemukan boleh mengakibatkan banyak penyakit yang datang memberi salam. Tp, lemak dah makin liat dan sukar untuk dibakar lagi. Jadi, apa yang perlu aku lakukan? Senaman? Mm..sekejap je, then tinggal harapan. Macammana ye nak kurus dan kekal sihat? Owh...tolong kuruskan aku!!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...