Bersenam dan makan makanan seimbang
Untuk sihat dan kekalkan berat badan, kena amalkan pemakanan sihat disamping senaman yang berterusan.
Bersenam bersama rakan-rakan
Bersenam dan bersukan bersama rakan-rakan lebih menarik dan bersemangat daripada bersenam bersendirian.
Hadiri kelas aerobik dengan tunjuk ajar Instructor bertauliah
Hadiri kelas aerobik dengan tujuk ajar instructor bertauliah akan menjadikan senaman anda lebih teratur dan berkesan.
Mendaftar Di Gym
Jika ada duit lebih, elok juga mendaftarkan diri di Gym kerana disini terdapat kelengkapan senaman yang lengkap dengan penunjukajar dan jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Anda akan kurus lebih cepat disini.
Berumur tetap amalkan gaya hidup sihat
Walaupun sudah berumur, tetapi ini tidak akan membataskan dan menjadi alasan untuk anda bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Showing posts with label Tips kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Tips kehamilan. Show all posts
Friday, July 13, 2012
Info Pemakanan : Tentang Koko, Teh Herba dan Susu
Koko Lebih Baik Daripada Teh
Penyelidik dari University Hospital of Cologne di Jerman telah melakukan ulangkaji terhadap 10 ujian yang telah diterbitkan sejak tahun 1966 iaitu ujian untuk melihat perubahan pada tekanan darah antara pengambilan koko dengan teh. Penyelidik ini mendapati pengambilan makanan yang tinggi kandungan koko mampu merendahkan tekanan darah manakala pegambilan teh tidak memberikan apa-apa kesan. Bahan yang ada pada koko iaitu 'polyphenol' dan 'procyanids' dipercayai lebih membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berbanding 'flavonoids' yang ada pada teh. Kajian ini telah diterbitkan dalam Achives of Internal Medicine pada April 2007.
Teh Herba Semasa Hamil
Ada sesetengah teh herba selamat untuk diambil semasa hamil. Ini termasuklah kulit buah-buahan sitrus, halia, lemon, kulit oren dan juga 'rose hip'. Walaubagaimanapun, ada teh herba yang mengandungi bahan farmasological yang diketahui mampu mengganggu kandungan. Teh 'chamomile' misalnya diyakini boleh menimbulkan kesan buruk pada uterus. Oleh itu, pengambilan teh ini sangat dilarang. Oleh sebab terlalu banyak teh herba yang dijual di pasaran dan tidak ada polisi khas untuk mengklasifikasikannya, lebih baik ibu hamil mengambilnya secara berkadar atau lebih tepat, usah ambil langsung.
Minum Susu Atasi Rambut Gugur
Rambut terhasil daripada protein keratin. Jadi tidak hairanlah jika protein daripada produk tenusu mampu menyokong pertumbuhan rambut. Kebanyakkan susu diperkayakan dengan Vitamin A. Inilah vitamin penting untuk mengelakkan rambut gugur kerana masalah rambut gugur sebenarnya berpunca daripada kekurangan Vitamin A.
Sunday, July 1, 2012
Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil
Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya vitamin B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.
Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.
Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan. Hanya mengandungi protein unggul - itulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian. Tidak mengandungi laktosa - apabila anda tidak mampu mencerna laktosa maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.
Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda. Banyak mengandungi isoflavon - khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolestrol. selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.
Salah satu sumber kalsium - susu soya yang tersedia di apsaran umumnya diperkaya dengan kalsium boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.
Jangan Minum Berlebihan
Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.
Selain itu, kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4 tahun lebih cepat) Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitrat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.
(Sumber : Mingguan Wanita)
Subscribe to:
Posts (Atom)