Saturday, January 22, 2011

10 Panduan Makanan - Wajib Makan Setiap Hari

Macam-macam jenis cara sudah dilakukan. Berdiet pun sudah, bersenam apatah lagi. Hasilnya mengecewakan apabila membelek tubuh sendiri di hadapan cermin. Tidak ada yang berkurang, malahan lapisan minyak bertambah!! Bagaimana ya?? 

1. Mungkin sukar untuk anda mempercayainya, namun bagi mendapatkan semua khasiat yang diperlukan tubuh, anda harus makan lebih dari 40 jenis makanan. Itulah kenyataannya!! Walaupun begitu, ia bukan alasan untuk anda makan tanpa henti dan mengambil makanan yang bukan-bukan. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memperbagaikan pilihan menu seperti roti, sayur-sayuran, produk tenusu, daging, ikan, buah-buahan dan apa saja makanan kaya protein. Makanan-makanan sihat seperti ini baik untuk memberikan kekebalan dan tenaga dalam tubuh mengikut khasiat yang terdapat didalamnya. Namun, elakkan pengambilannya secara berlebihan terutamanya makanan berkarbohidrat tinggi kerana ia berpotensi untuk menaikkan berat badan seseorang. 

2. Ambil nasi, bijirin dan sayur-sayuran dalam menu harian anda. Walaupun ia tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak terutamanya nasi, namun anda masih memerlukannya untuk tenaga tubuh. Jika anda tidak mahu makan nasi, gantikan ia dengan roti mahupun mi dan pasta. 

3. Jika tubuh anda terlalu kurus pun tidak baik juga. Anda cenderung mendapat penyakit Osteoporosis kerana kekurangan kalsium. Untuk menambah kalsium dalam tubuh, ambillah susu setiap hari. Minum sekurang-kurangnya dua gelas sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur. Anda juga boleh mengamalkan produk tenusu seperti keju kerana ia mengandungi kasein dan fosfat yang tinggi. Selain melindungi tulang, gigi anda juga akan menjadi lebih sihat. Selain itu, anda boleh mengambil makanan yang tinggi zat besi seperti sayur bayam

4. Jika anda mengambil set makanan yang lengkap, pastikan kuantitinya seimbang. Jangan pula pencuci mulut melebihi sajian utama. Katakan anda mengambil daging sebagai lauk dan andaikan kuantitinya adalah tiga aun, ambil pula sepotong dua buah untuk menyokong set makanan tadi. Daging yang kaya dengan protein dan buah sebagai penyumbang gula semula jadi dalam tubuh akan memberi anda tenaga untuk tempoh masa yang lama. 

5. Kurangkan pengambilan gula dan garam. Ketika memasak, gantikan santan dengan susu rendah lemak. Selain lebih sihat, ia juga kaya dengan kalsium dan protein.

6. Sementara menunggu waktu makan, perut menyanyi minta diisi. Ia tidak menjadi masalah, anda boleh mengambil sebarang snek ringan sebelum itu. Ingat!! Bukan makanan ringan ya, tapi snek sihat. Snek yang dimaksudkan adalah seperti biskut bijirin, kacang tanpa garam atau buah-buahan kering. Buah-buahan kering sebagai contoh, masih kaya dengan khasiat asalnya seperti kismis. 

7. Ayam goreng memang enak. Namun, ia bukanlah makanan yang baik kerana tinggi kandungan minyak dan bahan pengawet di dalamnya. Katakan anda masih mahu mengambilnya, tidak menjadi masalah. Makanlah sedikit atau berkongsi dengan rakan anda. Kempunan pun tidak, sakit pun tidak!!

8. Hari-hari makan makanan sihat pun tidak seronok juga. Anda boleh makan apa saja yg anda mahu hari ni, tp berjanjilah utk makan secara sihat keesokan harinya. Cara paling baik untuk makan makanan tidak sihat adalah dengan mengambil banyak jenis makanan tetapi cukup sekadar merasanya sedikit saja. Dengan itu, anda akan lebih puas kerana dapat makan semuanya!!
9. Mungkin tidak pernah terlintas sekalipun untuk anda menikmati avokado. Tahukah anda, avokado mempunyai rasa manis yang enak dan ia merupakan sumber tenaga paling mudah boleh anda amalkan. Makan ia bersama buah-buahan lain beserta madu. Jangan tambah sirap gula ketika menikmati avokado kerana ia akan menghilangkan khasiat sebenar buah ini. 

10. Makan taugeh memang baik. Ia mengandungi kandungan estrogen yang berfungsi untuk menguatkan dan mengekalkan kepadatan tulang. Selain itu juga, kandungan kalium dalam taugeh berfungsi untuk memerangi serangan jantung. Mengamalkan taugeh dapat mengelakkan kanser dan kesakitan ketika seseorang wanita itu datang haid

(Sumber : Majalah Rapi)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...