Bersenam dan makan makanan seimbang

Untuk sihat dan kekalkan berat badan, kena amalkan pemakanan sihat disamping senaman yang berterusan.

Bersenam bersama rakan-rakan

Bersenam dan bersukan bersama rakan-rakan lebih menarik dan bersemangat daripada bersenam bersendirian.

Hadiri kelas aerobik dengan tunjuk ajar Instructor bertauliah

Hadiri kelas aerobik dengan tujuk ajar instructor bertauliah akan menjadikan senaman anda lebih teratur dan berkesan.

Mendaftar Di Gym

Jika ada duit lebih, elok juga mendaftarkan diri di Gym kerana disini terdapat kelengkapan senaman yang lengkap dengan penunjukajar dan jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Anda akan kurus lebih cepat disini.

Berumur tetap amalkan gaya hidup sihat

Walaupun sudah berumur, tetapi ini tidak akan membataskan dan menjadi alasan untuk anda bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Showing posts with label fitness. Show all posts
Showing posts with label fitness. Show all posts

Sunday, November 14, 2010

Tips Tingkatkan Metabolisme Badan

Tidak kira berapa umur anda, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme iaitu melalui : 

1.    Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan, proses metabolisme memerlukan tenaga daripada makanan. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.

2.    Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga. 

3.     Pastikan anda mengambil sarapan pagi. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam slelepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

4.    Ambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik daripada karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu mengekalkan dan membina jisim otot.

5.     Minum banyak air kosong iaitu sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

Friday, November 12, 2010

Hentikan Amalan Salah Ketika Bersenam

Anda selalu bersenam,tp malangkan berat badan anda tetap maintain & x turun-turun pun..pasti anda tertanya-tanya kenapa jd begitu dan rasa putus asa kan?ini mungkin kerana anda mengamalkan amalan yg salah ketika bersenam. Berikut adalah antara amalan-amalan salah & yang x patut anda lakukan ketika bersenam :

1.     Berenang Sambil Bersembang

Bagaimana anda mampu melakukan kedua-duanya sekali? Menurut Kate Furre, seorg jurulatih renang..untuk melengkapkan satu sesi senaman renang dengan berkesan memerlukan anggaran masa 20minit. Namun masa ini perlulah tanpa sebarang gangguan, jauh sekali untuk bersembang. Berenang dgn tahap pemfokusan yg lebih akan membuatkan renang anda menjadi lebih bermakna dan berkesan. Jadi elakkan bersembang, ok....

2.     Berlapar Sebelum Bersenam

Bersenam dengan perut lapar akan hanya menurunkan minat dan fokus anda untuk bersenam dengan lebih seronok. Sebaiknya makanlah sedikit makanan yg agak ringan seperti sepotong buah dan jus segar 30 mnt sebelum memulakan senaman. Tanpa makanan ini fokus anda bukan hanya terpesong malah anda juga sebenarnya langsung tiada tenaga untuk meneruskan senaman. Menurut Anita Bean, pakar diet sukan, tubuh yang lemah tanpa sebarang makanan akan hanya melemahkan otot semasa latihan. Malah ia juga membuatkan keseronokan anda untuk bersenam hilang sama sekali. Keadaan "tidak seronok" ini juga akan menjadikan alasan anda untuk tidak bersenam pada masa akan datang.

3.     Tiada Aktiviti Pemanasan Badan

Akibat terlalu ghairah melihat air dalam kolam renag, anda terus terjun sahaja tanpa melakukan sebarang warm up. Pastinya ia bukan satu tindakan bijak. Ini akan hanya membuatkan anda lebih mudah terdedah kepada kekejangan otot atau kecederaan kecil kerana otot anda berada dalam keadaan tidak sedia. Ambillah masa anda 10 hingga 15 minit untuk lakukan warm up agar senaman anda lebih seronok dan berkesan.

4.     Senaman Keras Di Minggu Pertama

Semangat anda yang berkobar-kobar untuk bersenam di gymnasium memang bagus. Tetapi jangan pula terlebih "gaya" sehingga sanggup ke gim 6 kali seminggu. Usahlah memaksa tubuh terlampau keras kerana bimbang bebanannya tidak mampu anda ikuti. Sudahnya otot anda kekejangan, tubuh pula berada dalam keadaan tertekan. Hal ini pastinya tidak sihat untuk anda... " Mulakan perlahan-lahan secara berperingkat dan mengikut kemampuan tubuh anda. Sebaiknya selangkan waktu untuk tubuh berehat"..kata Simon Waterson, instruktor gymnasium (",)

5.     Pakaian Tidak Sesuai

Mungkin senaman anda menjadi kurang "enaknya" kerana pemilihan pakaian yg tidak kena dgn senaman yg anda lakukan. Pakaian yg terlalu ketat misalnya kurang selesa untuk tubuh. Kasut umpamanya begitu penting dalam satu-satu aktiviti. Jika salah kelak kaki anda akan mengundang padah. Usah menang gaya dalam bersenam jika kualiti senaman anda belum tentu baiknya. Pilihan jenis fabrik kapas mahupun kain fabrik pastinya membuatkan tubuh anda lebih selesa untuk bergerak aktif.

6.     Telefon Bimbit Sebagai Teman

Elakkan bersenam dengan telefon bimbit masih disisi. Sebaiknya matikan saja telefon bimbit anda. Apa akan anda perolehi sambil treadmill berjalan dgn sebelah tangan lagi bergayut di telefon. Pastinya keadaan ini akan hanya mengurangkan fokus pada latihan senaman anda. Lebih buruk lagi panggilan telefon yg mengundang emosi, langsung senaman anda menjadi tidak sempurna. Sudahnya semua aktiviti anda sia-sia belaka.

7.     Tidak Melakukan Senaman Dengan Betul

Anda takut-takut untuk melakukan sesuatu senaman dengan betul. Inilah salahnya. Sebaiknya anda melakukan satu-satu senaman itu dgn betul agar seluruh anggota badan bergerak, barulah kesannya namapak ditubuh. Berjoging tetapi menahan rentak joging akan haya membuatkan tubuh anda sakit keesokkan harinya. Lepaskan tubuh semahu mungkin dan kekalkan berjoging dgn baik. Pastinya dgn cara yg betul tubuh anda tidak lagi sakit.

MEMAKSIMUMKAN SENAMAN

Jika anda sudah tahu apa salahnya pd senaman anda, sebaiknya beberapa fakta yg tersenarai di bawah ini anda boleh jadikan panduan untuk kekal sihat sambil "enjoy" untuk bersenam pd masa akan datang.

  • Sebaiknya ambil masa sekurang-kurangnya 20 minit setiap hari untuk melakukan senaman dgn tahap pemfokusan yg jitu. Elakkan sebarang gejala mahupun perkara yg boleh mengganggu tahap pemfokusan anda. Melakukan aktiviti kardio (melibatkn penggunaan mesin) misalnya memerlukan tahap pemfokusan yg lebih dan tepat, kelak tubuh anda memberikan impak yg kurang menyenangkan.
  • Aktiviti warm up paling utama. Tidak kira apa jenis aktiviti sukan sekalipun, warm up mesti dilakukan. Ambil masa 10 mnt hingga 15 mnt untuk meregangkan semua anggota tubuh. Aktiviti ini membolehkan otot dn keseluruhan tubuh berada dalam keadaan sedia untuk bersenam.
  • Tumpukan sasaran pd kawasan otot besar kerana ia membakar lebih banyak kalori. Jika langkahnya sempurna, anda mampu mencapai kadar metabolisme yg lebih tinggi.
  • Ketika anda baru berjinak-jinak di gymnasium, sebaiknya elakkan waktu bersenam yg terlalu lama sehingga melebihi satu jam. Ia dikira sebagai "memaksa" tubuh untuk melakukan sesuatu yg bukan tahapnya. 10 minit sehari sudah memadai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...