Thursday, November 18, 2010

Metabolisme Diet & Bagaimana Memulakan Diet?

Apa itu "Metabolisme Diet"?

"Metabolisme diet" menekankan konsep jika anda makan benda yang perlu dengan kuantiti yang secukupnya pada waktu yang sesuai, pasti anda mampu merangsang metabolisme tubuh dan berjaya menurunkan berat badan. Syarat utama, cukupkan bekalan air dalam tubuh sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan utamakan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berherba dalam tempoh mengamalkann diet ini.

Bagaimana Memulakan Diet?

Bagi memastikan sesuatu yang dilakukan itu berjaya, cara bagaimana ia bermula adalah amat penting sekali. Ketika memulakan program diet anda, pastikan anda makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari untuk tiga hingga tujuh hari. Selama tempoh ini, cuba kurangkan pengambilan makanan berat seperti nasi dan makanan tinggi lemak serta berminyak. Ini adalah tempoh paling penting untuk menyediakan tubuh anda aagr mampu membakar lemak dengan lebih cepat dan berkesan. Tubuh anda dikehendaki menyerap makanan yang sihat sahaja dalam tempoh ini. Selepas tempoh ini, barulah anda boleh merancang menu yang bersesuaian untuk diet anda kerana tubuh anda sudah bersedia untuk mengasingkan apa yang perlu dan tidak untuk tubuh.

Apa Menunya?

Mulakan hari pertama diet anda dengan secawan teh atau kopi pada sebelah pagi. Pastikan ianya kurang gula atau hanya campurkan gula diet. Bagi makan tengah hari, nikamati dua biji telur separuh masak bersama semangkuk sup bayam. Nikmati segelas jus buah-buahan dan dau potong kuih atau muffin untuk minum petang. Sudahi menu anda dengan semangkuk salad buah-buahan bersama sos rendah lemak dan beberapa hirisan daging atau ayam bakar tanpa lemak. Pastikan anda minum segelas susu rendah lemak sebelum tidur kerana kandungan protein di dalam susu sangat baik untuk pembentukan otot. Begitulah rutin pemakanan yang perlu anda amalkan sekurang-kurangnya untuk tiga bulan sebelum mendapat hasilnya. Nampak macam susah je nak lakukan kan? Tp bak kata ustazah kat TV tu,lupa lak nama dia..."Anda buat, anda dapat"...

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...