Saturday, November 13, 2010

Panduan Pemilihan Air Yang Dibotolkan

Kadangkala, anda tentunya keliru dengan terdapat pelbagai jenis air yang dibotolkan di pasaran. Berikut adalah beberapa panduan yang boleh anda ikuti dalam memastikan anda memilih minuman yang betul:

1.     Kenalpasti warna penutup botol. Warna biru adalah dikhaskan untuk air mineral dan air mata air semulajadi manakala penutup putih adalah untuk air botol selain daripada kedua-dua jenis itu. Pelabelan ini telah diterima pakai oleh International Bottled Water Association (IBWA) dan persatuan lain yang terlibat dalam pengeluaran air yang dibotolkan di seluruh dunia. Pada kebiasaannya, air mineral dan air mata air semulajadi lebih mahal daripada air lain yang dibotolkan.

2.     Jangan terpedaya dengan label yang menarik atau reputasi sesuatu pengusaha. Baca label dengan teliti termasuklah kandungan mineral (jika ada), analisis kimia yang dilakukan, lokasi punca air tersebut selain daripada alamat pengusaha jika perlu dihubungi.

3. Pastikan botol bersih secara keseluruhannya dan anda berhak menolak air minuman tersebut jika ianya kotor atau tidak bermutu. Selain itu, anda perlu memastikan bahawa botol tersebut bersih terutamanya pada bahagian penutupnya.

4. Pastikan penutup botol tidak terbuka sewaktu ianya dibeli. Ini adalah untuk memastikan bahawa ianya tidak tercemar dengan bahan asing yang tidak diingini.

5. Mempunyai nombor kelulusan oleh pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan. Jika terdapat keraguan, pengguna boleh menghubungi pihak tersebut untuk mendapatkan kepastian.

6. Mempunyai tarikh luput. Setiap produk makanan dan minuman diwajibkan mempunyai tarikh luput. Jika tiada tarikh luput diletakkan pada botol tersebut, maka sebagai pengguna, anda seharusnya menolak produk tersebut.

7. Jangan terpedaya dengan dakwaan bahawa air yg dibotolkan mempunyai khasiat tertentu untuk merawat penyakit. Ini adalah kerana sesetengah pengusaha yang tidak bertanggungjawab itu melabelkan produknya berkhasiat bertujuan untuk mengaut untung yang berlipat kali ganda.

8. Pastikan air minuman yang dibeli diletakkan di ruang kedai yang jauh dari sebarang punca haba atau cahaya matahari. ini adalah kerana pendedahan kepada faktor ini berkemungkinan akan mengurangkan kualiti air minuman tersebut.

9. Apabila melancong keluar negara, cuba dapatkan minuman yang ditambah dengan gas karbon dioksida kerana bakteria tidak dapat hidup dalam air yang mengandungi gas tersebut dan seterusnya mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan air.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...