tag:blogger.com,1999:blog-14939601821315727202024-03-13T04:20:37.157-07:00Weight Loss And FitnessA collections of tips, articles and video about weight loss, fitness, diet, info pemakanan, koleksi petua, senaman, tip kurus, kecantikan dan sebagainya.FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.comBlogger37125tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-60258689285646945452013-09-21T04:19:00.000-07:002013-09-21T04:19:54.235-07:00Tips Elakkan Diserang Sakit Jantung

PENYAKIT jantung sememangnya dikenali sebagai salah satu punca
kematian di seluruh dunia. Di Amerika Syarikat, penyakit ini dikenal
pasti sebagai punca utama, selain mencatat jumlah kematian tinggi di
Kanada. Malaysia juga tidak terkecuali dan pengambilan makanan yang tidak
seimbang disifatkan membuka langkah kepada ramai penduduk negara ini
mengalaminya meskipun pada usia muda.
Sebelum menyenaraikan bahan makanan yang perlu dan tidak sepatutnya
diambil dalam usaha memastikan diet seimbang, beri perhatian pada satu
perkara pastikan jantung sihat dan jantung yang sihat tidak akan dapat
berfungsi dengan baik jika sistem organ lain pula bermasalah.

Jantung yang baik dapat memastikan kesihatan tubuh dan minda andai
keseluruhan sistem dalaman berfungsi dengan lancar. Sistem saraf, sistem
pernafasan, sistem perkumuhan dan saluran darah adalah antara bahagian
yang perlu sentiasa dititikberatkan kerana saling berkait rapat dengan
keadaan jantung yang sihat.

Pengambilan sayuran yang banyak, selain makanan yang memiliki asid
lemak omega-3 serta vitamin C kompleks dalam diet harian sudah memadai
bagi mengelakkan diri terlantar di hospital.

Berikut beberapa sumber makanan lain yang baik untuk kesihatan jantung, yang bukan saja murah, tapi mudah didapati:

Emping oat

Mulakan hari anda dengan semangkuk emping oat yang kaya dengan asid
lemak omega-3, folat dan kalium. Makanan yang kaya serat ini juga dapat
menurunkan kadar kolesterol, di samping membantu mengelakkan arteri
daripada tersumbat.

Pilih oat kasar atau organik berbanding dalam pek segera kerana ia
mengandungi lebih banyak serat dan tambahkan perisa dengan pisang, kiwi
atau strawberi.

Ikan salmon

Kaya dengan asid lemak omega-3, salmon secara efektif membantu
mengurangkan tekanan darah dan menghindarkan saluran darah tersumbat.
Cuba senaraikan ikan salmon sekurang-kurangnya dua hidangan dalam
seminggu, yang mana dapat membantu mengurangkan risiko serangan jantung.

Salmon juga mengandungi karotenoid astaksantin, iaitu antioksidan
penuh. Jika bukan peminat salmon, pilih ikan lain seperti tuna, sardin,
kembung atau ikan hering.

Avokado

Tambahkan sedikit avokado dalam sandwic atau salad sebagai sumber
lemak sihat dalam diet anda. Padat dengan lemak monotaktepu, avokado
dapat membantu mengurangkan kolesterol buruk (atau dikenali LDL)
sementara meningkatkan jumlah kolesterol baik (dipanggil HDL) dalam
tubuh.

Avokado juga membuatkan penyerapan karotenoid lain khususnya beta karotena dan likopena - yang penting untuk kesihatan jantung.

Minyak zaitun

Kaya dengan lemak monotaktepu, minyak zaitun merendahkan tahap kolesterol LDL dan mengurangkan risiko mendapat penyakit jantung.

Keputusan daripada Kajian Tujuh Negara, yang melihat kejadian
penyakit kardiovaskular di seluruh dunia, menunjukkan bahawa lelaki di
Crete, Greece mempunyai kecenderungan untuk mendapat paras kolesterol
tinggi, tapi tidak ramai yang meninggal dunia akibat penyakit jantung
kerana diet mereka memberi tumpuan kepada lemak sihat yang ditemui dalam
minyak zaitun.

Gunakan minyak zaitun jenis virgin atau extra-virgin dan gunakannya bagi menggantikan mentega ketika memasak.

Kacang

Kacang walnut penuh dengan asid lemak omega-3, selain badam dan
kacang makadamia yang sarat dengan mono serta lemak politaktepu.

Selain itu, pengambilan kekacang dapat meningkatkan serat dalam
diet. Seperti minyak zaitun, bahan makanan ini adalah sumber besar untuk
lemak sihat.

Jadikan pengambilan kekacang sebagai snek berbanding mengambil makanan ringan yang penuh dengan bahan perisa dan pewarna.

Buah beri

Beri biru, raspberi dan strawberi - apa saja yang anda suka - penuh
dengan khasiat antiradang yang membantu mengurangkan risiko penyakit
jantung dan barah.

Beri ini juga baik untuk kesihatan sistem pembuluh darah.

Kacang legum

Kacang kuda, dal dan kacang hitam kaya dengan asid lemak omega-3. Selain itu, ia memberikan khasiat kalsium dan serat larut.

Bayam

Bayam boleh membantu mengekalkan degupan jantung normal disebabkan khasiat lutein, folat, kalium dan serat.

Tapi apa jua sayuran dapat memberikan rangsangan pada jantung anda.
Kajian Pakar Kesihatan memeriksa lebih 15,000 lelaki tanpa penyakit
jantung selama 12 tahun dan mendapati mereka yang makan
sekurang-kurangnya dua setengah hidangan sayuran setiap hari berupaya
mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 25 peratus, berbanding
dengan mereka yang tidak mengambil sayuran.

Setiap hidangan tambahan pula mengurangkan risiko sehingga 17 peratus.

Soya

Soya dikatakan membantu mengurangkan kolesterol dan disebabkan ia
rendah lemak tepu, ia sumber protein yang baik untuk kesihatan jantung.

Pilih sumber semula jadi soya seperti kacang edamame, tempe atau tauhu organik.

Susu soya pula adalah tambahan yang baik kepada semangkuk emping oat atau bijirin gandung.

Elakkan soya yang diproses kerana mengandungi garam tambahan yang boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.

Sumber Artikel : Harian Metro

FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-17187709094491897112013-09-19T22:34:00.000-07:002013-09-19T22:34:17.232-07:00Info Pemakanan : Minyak Ikan dan Snek Panggung Wayang

Minyak Ikan Beri Kebaikan Kepada Pesakit Diabetes

Para penyelidik dari Norwegian University of Science and Technology di Norway berjaya menemui kesan supplimen minyak ikan terhadap lipoprotein darah pada 26 orang pesakit diabetes jenis 2. Pesakit yang terlibat dengan kajian ini telah diminta untuk mengambil diantara suplemen minyak ikan dan juga minyak jagung. Selepas sembilan minggu, saiz dan konsentrasi lipoprotein ini telah diukur. Terbukti pengambilan minyak ikan yang tinggi berjaya mengurangkan saiz dan kepekatan lipoprotein dan dalam masa yang sama merendahkan kepekaan insulin. Hasil kajian ini telah disiarkan secara 'online' di European Journal of Cinical Nutrian pada 28 Februari 2007.

KEJUTAN KALORI : Apakah Yang Terkandung Didalam Snek Panggung Wayang

Bertih jagung sudah dianggap sebagai gandum penuh. Oleh itu, ia turut mengandungi pelbagai khasiat penting termasuklah vitamin B dan serat. Inilah antara snek berkhasiat yang dijual di panggung wayang. Tetapi jika ia disaluti dengan mentega dan karamel, semuanya tidak sesihat yang disangka lagi. Food Guide Pyramid mengandaikan tiga cawan bertih jagung sebagai satu hidangan. Tetapi bertih jagung saiz besar yang sering anda beli dalam set 'value combo' yang mengandungi 170 auns bertih jagung itu mempunyai jumlah sekurang-kurangnya 21 cawan. Dalam kiraan mudah, kalori yang anda ambil ialah 1500 dan ia masih banyak walaupun anda berkongsi dengan rakan anda!

FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-41042904704491247482012-10-29T20:47:00.000-07:002012-10-29T20:47:38.511-07:00Apa Yang Kita Makan Tentukan Kesihatan Diri

TIDAK dinafikan setiap individu mahu kesihatan mereka berada pada
tahap optimum, sama ada dari segi fizikal atau mental. Namun cara hidup
yang semakin pantas, sibuk dan sentiasa mengejar masa menyebabkan ramai
hilang fokus hingga mengabaikan diri demi mencapai kejayaan yang
bersifat materialistik. Walaupun wang yang dicari, ia bukan penyelesaian kepada segala
persoalan hidup dan apabila kesihatan merosot, kualiti hidup juga
merudum hingga menyebabkan seseorang itu menjadi murung. Kesihatan mental dan fizikal saling berkait rapat. Kedua-duanya
perlu bergerak seiringan kerana sekiranya mental tidak sihat, ia akan
memberi kesan negatif kepada fizikal dan begitu juga sebaliknya.

Perangkaan di negara maju seperti Korea Selatan, Jepun dan Amerika
Syarikat menunjukkan kes bunuh diri banyak berlaku. Ini terjadi apabila
wujud masalah mental akibat pengurusan minda yang tertutup, harapan
tinggi yang tidak tercapai serta tekanan hidup yang mendorong perbuatan
negatif itu.

Antara faktor yang menyumbang kepada kes bunuh diri semakin
meningkat adalah masalah pengangguran, ekonomi, kemurungan dan tekanan
daripada masyarakat sekeliling.

Pakar Psikologi Kanak-Kanak dan Remaja Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Khaidzir Ismail berkata, minda adalah
bahagian yang paling penting pada tubuh dan sekiranya ia tidak dijaga,
pemikiran seseorang menjadi bercelaru hingga menyebabkannya gagal
mengurus diri serta hidup dengan baik.

Apabila mental menjadi
tidak sihat termasuk mengalami tekanan akibat masalah hidup seperti
putus cinta, bergaduh dengan rakan atau bercerai, hormon menjadi tidak
seimbang hingga ia kelihatan pada kulit.

"Kulit boleh timbul
ruam dan kering akibat hormon yang bercelaru disebabkan tekanan pada
minda. Kadangkala kita ingatkan kulit kering kerana tidak sapu losen
tetapi sebenarnya ia terjadi kerana stres.

"Apabila mental tidak
stabil, perubahan pada tubuh dapat dilihat dengan nyata, antaranya
fizikal menjadi tidak terurus, rambut kusut atau kulit kering," katanya.

Beliau berkata, sebaliknya juga akan berlaku apabila seseorang gembira
dan berfikiran positif, mindanya akan tenang membuatkan hormon menjadi
stabil, seterusnya kulit kelihatan cantik dan berseri-seri.

Selain pemakanan yang teratur dan seimbang, kesihatan fizikal seseorang
turut mempunyai hubung kait yang rapat dengan mindanya hinggakan
pemikiran yang negatif mampu dilihat pada perubahan fizikal yang mungkin
menjadi tidak bermaya dan kulit kusam.

Menurutnya, pemakanan
turut menyumbang kepada kesihatan diri. Apabila seseorang itu mengambil
pemakanan banyak karbohidrat, tubuh akan menjadi lesu fizikal dan ia
memberi kesan secara tidak langsung pada minda.

Begitu juga
apabila seseorang mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula yang
tinggi dalam diet, ia akan membuatkan diri menjadi terlalu aktif dan
mungkin mudah naik marah.

"Makanan sememangnya mempunyai hubung
kait dengan kesihatan mental kerana ia memberi kesan kepada kesihatan
fizikal. Nutrien makanan seperti zat besi dan protein memberi kesan pada
tubuh.

"Setiap makanan yang diambil mempengaruhi tubuh. Oleh
itu, untuk mendapat mental yang sihat, pemakanan juga perlu dijaga
kerana minda memerlukan zat daripada pemakanan yang disalurkan ke dalam
tubuh," katanya.

Dr Khaidzir berkata, seseorang itu perlu
menjaga kesihatan mentalnya dalam usaha memelihara kesihatan dirinya
secara menyeluruh termasuk mengambil pendekatan sentiasa berfikiran
positif walaupun berhadapan dengan cabaran.

Menurutnya, setiap
orang perlu mengetahui keupayaan diri masing-masing supaya mereka dapat
mengawal diri mereka daripada melakukan perkara tidak sepatutnya.

"Seseorang itu tidak seharusnya suka menyalahkan pihak lain, sebaliknya
menerima sebarang dugaan yang datang dengan hati yang terbuka, reda dan
tenang kerana ia boleh menjaga kesihatan mental diri mereka.

"Mereka juga perlu tahu kaedah untuk mengawal diri sendiri kerana minda
yang tidak tenang akan menyebabkan seseorang berasa penat dan mudah
diserang penyakit, mudah meracau selain sukar menerima gurau senda
rakan," katanya.

Beliau berkata, minda perlu sentiasa positif
dan menerima dugaan serta cabaran hidup dengan hati terbuka, seterusnya
membuatkan seseorang memperoleh kesihatan mental yang baik.

Bagi
orang Islam pula, mereka perlu menjaga solat dan sentiasa berdoa dalam
usaha memperoleh ketenangan diri, seterusnya dapat menjalani hidup
dengan lebih gembira.

"Selain positif dan menikmati setiap saat
hidup dengan gembira, manusia perlu berkawan dan tidak seharusnya
berseorangan. Ini kerana seseorang perlu berkongsi apa yang ada dalam
hatinya termasuk susah senang demi minda yang sihat.

"Seseorang
juga digalakkan terbabit dalam kegiatan riadah dan aktiviti yang mampu
menyibukkan diri mereka, berkawan dengan ramai orang selain mempunyai
hobi bagi membuatkan minda mereka sentiasa bekerja dan berfikir.

"Ada kata-kata hikmah yang mengatakan, minda yang kosong mudah dimasuki
syaitan dan ada kebenaran pada ayat itu. Oleh itu, kita perlu sibukkan
diri dengan perkara berfaedah," katanya.

Cara mendapat minda yang sihat:

Tahu keupayaan diri sendiri

Mengambil pemakanan seimbang

Berfikiran terbuka

Berfikir secara positif

Reda dengan dugaan

Sibukkan diri dengan aktiviti berfaedah

Beriadah

Berkawan dengan ramai orang

Bersolat dan berdoa

Kongsi perasaan

Kesan mental tidak tenang:

Kulit menjadi kering dan kusam

Timbul ruam

Hormon bercelaru

Penampilan kusut

Mudah tersinggung

Mudah penat

Mudah diserang penyakit

Sumber Artikel : Harian Metro FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-32535247871202213902012-10-09T22:34:00.000-07:002012-10-09T22:34:34.504-07:00Kebaikan Susu Ibu : Elak Alahan

ALAHAN terhadap makanan di kalangan kanak-kanak kecil bukan masalah
baru, malah perangkaan menunjukkan masalah berkenaan semakin meningkat
di negara membangun di rantau Asia Pasifik. Menurut Pertubuhan Alahan Dunia (WAO), antara 30 hingga 40 peratus
daripada masyarakat dunia kini terjejas akibat satu jenis keadaan alahan
atau lebih.Sekiranya gaya berkenaan berterusan meningkat tanpa sebarang langkah
pencegahan, 50 peratus rakyat Malaysia dijangka akan mendapat
sekurang-kurangnya satu jenis alahan menjelang 2020.

Pakar Pediatrik Alahan, Bahagian Alahan dan Imunologi Hospital Royal
Children, Melbourne, Dr Ralf Heine, berkata peningkatan terkini itu
pada asalnya memberi kesan kepada masyarakat Barat, tetapi ia kini
semakin jelas di negara membangun seperti rantau Asia Pasifik.

Keadaan itu sesuatu yang membimbangkan kerana kanak-kanak kecil lebih
mudah terdedah kepada penyakit alahan dan kebanyakan masalah alahan
berlaku pada dua tahun pertama kehidupan.

“Saya menyarankan ibu bapa untuk mendapatkan nasihat perubatan
daripada pakar alahan dan lakukan langkah pencegahan dalam berhadapan
dengan masalah alahan kanak-kanak.

“Strategi pencegahan alahan kini menjadi keutamaan dalam kesihatan
awam selari dengan peningkatan terbaru alahan terhadap sesetengah jenis
makanan dan penyakit kulit ekzema,” katanya.

Antara strategi pemakanan yang efektif adalah kepentingan memberikan
susu badan kerana ia mempunyai faedah dalam menentang keadaan alahan
melalui cara menggalakkan toleransi oral.

Kumpulan pakar pediatrik juga mengesyorkan kepentingan bercerai susu
dan pemakanan dalam mengurangkan masalah alahan selain peranan penting
probiotik dan prebiotik bagi mencegah kewujudan masalah alahan di
kalangan kanak-kanak.

Beliau berkata, masalah alahan semakin meningkat, tetapi risikonya
mungkin berbeza mengikut rantau seiring dengan kesedaran yang semakin
meningkat di kalangan masyarakat.

“Ibu bapa dan semua golongan yang bekerja dengan kanak-kanak
termasuk penjaga, pengasuh, guru dan pakar perubatan perlu diberi
kesedaran dan pengetahuan mengenai maklumat terkini alahan memandangkan
ada kes yang tidak wujud 20 tahun lalu, tetapi kini semakin meningkat,”
katanya.

Ibu bapa perlu dididik dengan tanda amaran alahan supaya dapat mengenal pasti sekiranya anak mereka mengalami masalah berkenaan.

Dr Heine berkata, masalah kulit ekzema yang selalunya wujud pada
tahun pertama kanak-kanak boleh memberi petunjuk wujudnya alahan
terhadap sesetengah makanan.

Contohnya, timbul ruam pada kulit anak dalam tempoh satu jam selepas
diberi susu atau makanan dan kesan itu berlaku setiap kali selepas
diberi minuman atau makanan yang sama.

Katanya, jika keadaan itu berlaku, ibu bapa perlu membawa anak
berjumpa pakar pediatrik alahan bagi menjalani ujian darah dan kulit.
Sekumpulan kecil makanan seperti telur, susu lembu, soya, gandum, kacang
tanah, kekacang, ikan dan kerang mempunyai kadar alahan yang tinggi
pada kanak-kanak iaitu sehingga 95 peratus.

“Kanak-kanak boleh menjadi alah kepada mana-mana makanan itu kerana
kandungan protein di dalamnya sukar untuk dicerna oleh perut mereka.

“Namun mengelak terus daripada mengambil kumpulan makanan itu boleh
meningkatkan risiko alahan lalu pendekatan terbaru adalah memperkenalkan
makanan berkenaan sebelum usia kanak-kanak setahun dalam kuantiti yang
sedikit dengan pengawasan pakar pediatrik.

“Ibu bapa tidak digalakkan melakukannya sendiri, tetapi merujuk
serta dipantau oleh pakar bagi mengelak risiko alahan yang teruk,”
katanya.

Beliau berkata, jika salah seorang ibu atau bapa mempunyai alahan
terhadap makanan, kemungkinan anak mengalami alahan juga meningkat,
tetapi sekiranya ibu dan bapa ada alahan, anak mempunyai 70 peratus
risiko mengalami alahan yang sama.

Katanya, jika hanya ibu yang ada alahan, risiko anak untuk mendapat
alahan adalah antara 50 hingga 60 peratus dan meningkat sekiranya ibu
dan bapa mempunyai masalah ekzema atau asma.

Namun jika hanya bapa atau adik-beradik lain ada alahan, maka
kanak-kanak itu mempunyai risiko paling rendah untuk terkena alahan
makanan.

“Tetapi gaya terkini menunjukkan walaupun di kalangan keluarga yang
tidak merekodkan sebarang alahan, ada kanak-kanak yang mengalami alahan
pada makanan dan ia semakin meningkat. Oleh itu, kesedaran perlu
dipertingkatkan dan bukan hanya tertumpu kepada populasi berisiko
tinggi,” katanya.

Dr Heine berkata, ada sesetengah makanan didapati kini semakin kerap
menyebabkan alahan dan semakin sukar dihadamkan tubuh seterusnya
membuatkan gaya alahan juga semakin berubah.

Lebih menarik, melahirkan anak secara pembedahan Caesarean juga
boleh meningkatkan risiko alahan anak kepada makanan antara 30 hingga 40
peratus. Ini kerana ia menghalang mereka daripada melalui saluran
peranakan yang mempunyai bakteria baik yang memasuki perut dan
merangsang sistem pertahanan badan mereka.

Beliau berkata, sebaliknya jika perut anak dimasuki bakteria yang
salah, ia akan menyebabkan kanak-kanak lebih terdedah kepada masalah
risiko alahan yang meningkat pada masa depan.

“Pendedahan pertama terhadap bakteria baik pada perut penting kerana
ia dapat merangsang sistem imun tubuh kanak-kanak dan melindunginya
daripada masalah alahan.

“Oleh itu, ibu perlu mengelak meminta untuk melahirkan anak mereka
melalui pembedahan hanya untuk kemudahan mereka sebaliknya ia hanya
dilakukan atas alasan yang betul, sekiranya benar-benar perlu dan
membabitkan nyawa kedua-duanya,” katanya.

Ramai juga ibu bapa semakin berminat mengambil tahu mengenai risiko
alahan dan semakin ramai ibu yang bermotivasi untuk memberi anak mereka
susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan
pertama.

Ibu bapa juga perlu sedar mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu
diambil untuk mengelak anak mereka terdedah kepada alahan dengan
memulakan pendidikan awal dan mencari sebanyak mungkin maklumat bagi
mendidik diri sendiri.

Menurutnya, di New York, Amerika Syarikat, terdapat kajian yang
menggunakan perubatan tradisional Cina dalam mencari penyelesaian kepada
masalah alahan walaupun ketika ini tiada ubat yang dapat mengelak atau
menyembuhkan alahan.

Oleh itu, mencegah lebih baik daripada merawat selain penyediaan
rawatan lebih baik dan sempurna serta bertemu dengan pakar perubatan
terlatih bagi mendapatkan rawatan kerana alahan juga dikategorikan
sebagai penyakit kronik.

“Ia tidak boleh dipulihkan sepenuhnya, tetapi boleh dikawal jika
diuruskan dengan baik dan dijaga daripada terdedah kepada faktor yang
mencetuskan alahan.

Ibu bapa yang mempunyai masalah asma, ekzema dan demam alergi perlu merawat penyakit mereka dengan berkesan,” katanya.

Dr Heine berkata, penggunaan probiotik iaitu bakteria baik juga
didapati dapat merangsang sistem imun tubuh seterusnya mampu
mengurangkan masalah kulit seperti ekzema pada kanak-kanak.

Beliau menyarankan wanita mengandung mengambil langkah mengurangkan
risiko anak mereka terkena alahan iaitu dengan mengambil probiotik
sepanjang kehamilan, suplemen minyak ikan dan menghindar daripada
merokok.

Selepas melahirkan pula, katanya wanita disaran untuk memberikan
susu badan secara eksklusif sekurang-kurangnya untuk enam bulan pertama,
tidak memberikan anak makanan yang berisiko tinggi dan mampu
mencetuskan alahan serta memperkenalkan makanan tambahan daripada semua
kumpulan makanan secara sedikit dan perlahan-lahan.

Rujukan : Artikel Harian Metro 30/09/2012

FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-43242085857862485092012-10-08T22:40:00.000-07:002012-10-08T22:40:32.566-07:007 Ancaman Utama Kesihatan Wanita

BERDASARKAN kajian didapati ancaman besar terhadap kesihatan wanita
sebenarnya boleh dicegah. Dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri,
tiada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab ini. Mungkin ramai tidak sedar, menjaga kesihatan yang menjadi harta
paling berharga dalam hidup kita adalah satu amanah kerana ia
membolehkan kita menjalankan tugasan harian termasuk bekerja,
menguruskan rumah tangga dan menjalankan ibadat dengan lebih baik. Memang tidak dapat dinafikan, wanita lebih peka dalam menjaga
kesihatan. Namun ia perlu dipertingkatkan kerana tugas dan tanggungjawab
wanita kini lebih besar dan mencabar.

Berdasarkan statistik daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit
(CDC), ada tujuh ancaman utama kepada kesihatan wanita. Mari kita
sama-sama belajar cara untuk mengurangkan risiko ancaman ini.

1. Sakit jantung - Sakit jantung bukan penyakit lelaki saja
walaupun jarang kedengaran wanita diserang penyakit ini. Sebelum
menopaus, hormon wanita melindungi kita daripada serangan penyakit
jantung tetapi selepas putus haid, risiko untuk mendapat penyakit ini
sama seperti lelaki.

Jadi ambillah langkah pencegahan dari sekarang supaya kita tidak
termasuk dalam statistik rakyat Malaysia yang mendapat serangan jantung.
Antara yang boleh dilakukan ialah:

Berhenti merokok jika anda merokok. Ada banyak kaedah
terkini yang boleh membantu anda berhenti. Pergilah ke mana-mana klinik
berhenti merokok atau minta doktor rujukkan anda kepada pakar yang
sentiasa bersedia membantu anda berhenti merokok.

Amalkan pemakanan sihat - Lebihkan pengambilan
sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan makanan mengandungi banyak lemak,
gula dan garam.

Kawal penyakit anda dengan baik terutama tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dan kencing manis.

Bersenam - Ini sangat penting. Bersenamlah
sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit sehari, empat atau lima kali
seminggu. Jika dapat dilakukan setiap hari, kesannya lebih baik.

Kekalkan berat badan yang sihat. Penambahan berat badan akan meningkatkan risiko diserang penyakit jantung.

Hadkan pengambilan alkohol, terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah, namun lebih baik jika ia dihentikan terus.

Tangani tekanan. Luangkan masa untuk belajar kaedah menguruskan tekanan dengan cara yang sihat dan menggembirakan.

2. Kanser - Walaupun secara umumnya punca sebenar kanser
tidak diketahui tetapi ada pelbagai cara yang boleh diambil untuk
mengurangkan risikonya.

Jangan merokok. Merokok adalah faktor penting yang boleh
mendekatkan anda dengan kanser. Pada masa sama, cuba elakkan menjadi
perokok sekunder (tidak merokok tetapi kerap terdedah kepada asap
rokok).

Kerap bersenam. Pilih senaman yang anda suka. Ia bukan
saja boleh menjadi terapi minda malah mampu mengawal berat badan. Ada
pakar berkata penurunan berat badan secara tidak langsung mengurangkan
risiko kanser.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Lindungi kulit daripada cahaya matahari yang terik.

Menyusukan anak. Penyusuan badan dapat membantu mengurangkan risiko kanser payudara.

Ambil langkah pencegahan dengan menjalani ujian pemeriksaan seperti mamogram dan lumuran Pap.

3. Strok - Ada sesetengah faktor risiko strok tidak boleh
dikawal seperti sejarah keluarga, umur dan keturunan. Namun faktor lain
boleh dikawal contohnya:

Kawal penyakit anda. Jika anda ada masalah tekanan darah
tinggi atau kolesterol tinggi, ambil ubat mengikut jadual. Jika ada
kencing manis, pastikan paras gula berada dalam julat normal.

Jangan merokok. Jika anda merokok, berusaha untuk berhenti.

Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan paling penting - kerap bersenam.

Pelajari tanda awal strok dan kongsi maklumat ini dengan
ahli keluarga serta rakan baik. Minta ahli keluarga dan rakan segera
membawa anda ke hospital jika anda menunjukkan tanda strok.

4. Penyakit saluran pernafasan bawah kronik - Dalam erti kata
lain, ada masalah dengan paru-paru anda. Ini termasuk bronkitis dan
emfisema. Jadi, ambillah langkah untuk menjaga kesihatan paru-paru
dengan:

Tidak merokok

Hindari tempat yang banyak pencemaran (kimia dan udara)

Cegah jangkitan saluran pernafasan dengan kaedah paling mudah - mencuci tangan dengan baik.

5. Penyakit Alzheimer - Meskipun tiada kaedah khusus untuk mencegahnya, tetapi pakar sependapat risikonya boleh dikurangkan melalui:

Kawal penyakit anda. Penyakit seperti tekanan darah
tinggi, paras kolesterol tinggi, sakit jantung, strok dan kencing manis
dikatakan boleh meningkatkan risiko mendapat Alzheimer.

Jangan merokok. Sesetengah kajian mendapati ada kaitan antara Alzheimer dengan rokok.

Bersenam, tidak kira apa bentuk senaman pun, semuanya boleh memberi manfaat.

Jaga kesihatan minda dan sosial dengan menyertai aktiviti
kemasyarakatan, membaca, melakukan perkara yang mencabar fikiran
termasuk mempelajari benda baru.

6. Kemalangan - Kemalangan jalan raya juga disenaraikan
sebagai ancaman utama kepada kesihatan wanita. Patuhi peraturan dan
undang-undang jalan raya serta sentiasa berhati-hati ketika berada di
jalan raya, sama ada anda memandu atau menggunakan kenderaan awam.

7. Kencing manis - Ini penyakit yang sangat lazim di negara
kita. Untuk mencegah kencing manis, amalkan gaya hidup sihat dengan
menjaga pemakanan dan selalu bersenam, khususnya bagi mereka yang ada
sejarah keluarga menghidap penyakit ini.

Jika anda sudah menghidapnya, ambillah langkah proaktif supaya paras
gula anda berada dalam julat sihat kerana kencing manis yang tidak
terkawal akan merosakkan saraf khususnya pada kaki dan mata. Selain itu,
ia juga meningkatkan risiko mendapat sakit jantung dan mengalami
kerosakan buah pinggang.

Sumber Artikel : Harian Metro FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-86815167330011487832012-10-08T01:23:00.003-07:002012-10-08T09:14:23.372-07:00Serat Epal Pengikat Lemak

KITA bukan tidak biasa dengan epal malah ia boleh didapati di mana saja, baik di pasar raya mahupun di pasar malam. Harganya juga berpatutan, bergantung kepada jenis dan asal usul epal. Manfaatnya kepada kesihatan memang diperakui ramai cuma ramai kurang mengambil tahu khasiat buah ini.

Jika masih kurang percaya, berikut beberapa fakta mengenai epal:

Penyelidik menyarankan epal sebaiknya dimakan begitu saja.
Kajian membandingkan pengambilan epal dengan jus epal. Ia menunjukkan
seseorang
itu berasa kurang lapar dan lebih kepuasan apabila makan sebiji epal.

Menariknya, makan epal bersaiz sederhana kira-kira 15 minit sebelum
makan boleh mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 15 peratus semasa
makan.

Sebiji epal mengambil masa lebih lama untuk dikunyah manakala makan
epal berserta kulitnya sekali menyumbang kepada pengambilan serat lebih
tinggi.

Jus epal lazimnya kurang tekstur dan serat berbanding sebiji epal biasa. Malah jus epal kebiasaan–nya ditambah dengan gula.

Sebaiknya makan epal dalam bentuknya yang semula jadi.

Mengekalkan paras gula dalam darah.

Dipenuhi phytonutrien, epal boleh membantu untuk mengekalkan paras gula darah yang menyihat–kan.

Buah ini kaya dengan antioksidan yang membantu untuk mengurangkan penyerapan glukosa.

Pectin di dalam epal pula membekalkan asid galacturonic kepada
tubuh yang merendahkan keperluan badan terhadap insulin dan boleh
membantu dalam menangani diabetes.

Wanita yang makan sekurang-kurangnya sebiji epal sehari didapati 28
peratus berkurangan untuk mengalami diabetes jenis 2 berbanding mereka
yang tidak makan epal.

Menggigit dan mengunyah epal boleh merangsang pengeluaran
air liur di dalam mulut, mengurangkan kerosakan gigi dengan merendahkan
tahap bakteria.

Saintis daripada Persatuan Penyelidikan Kanser Amerika mendapati pengambilan epal boleh membantu untuk mengurangkan risiko kanser pankreas sehingga 23 peratus.

Penyelidik di Universiti Cornell pula mendapati beberapa bahan
triterpenoid yang diperoleh pada kulit epal mempunyai ciri menentang
pertumbuhan sel kanser di dalam hati, usus dan payudara.

Mengurangkan kolesterol.

Serat larut di dalam epal mengikat lemak di dalam usus seterusnya merendahkan paras kolesterol.

Banyak kajian mengaitkan pengambilan serat larut yang tinggi dengan
pembentukan perlahan plak yang kaya dengan kolesterol di dalam salur
darah.

Menangani cirit-birit dan sembelit.

Sama ada anda asyik membuang air atau langsung tidak boleh ke tandas, serat di dalam epal boleh membantu.

Mengawal berat badan.

Kebanyakan masalah kesihatan dikaitkan dengan lebihan berat badan
termasuk penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi serta diabetes
jenis 2.

Untuk menangani berat badan dan meningkatkan kesihatan secara
keseluruhan, doktor menyarankan pemakanan yang kaya dengan serat.
Makanan yang kaya dengan serat boleh mengenyangkan tanpa mengambil
terlau banyak kalori.

Kajian di Brazil menunjukkan wanita yang makan tiga biji epal atau
pear setiap hari mengalami pengurangan berat badan semasa berdiet
berbanding wanita yang langsung tidak makan buah ini semasa berdiet.

Meningkatkan sistem ketahanan tubuh.

Epal merah mengandungi antioksidan digelar quercetin. Kajian
terkini mendapati quercetin boleh membantu untuk merangsang sistem
ketahanan tubuh terutama apabila kita dalam keadaan tertekan.

Bagus untuk mata.

Walaupun kajian sebelum ini agak bercanggah, kajian jangka panjang
terkini menyarankan mereka yang mengamalkan pemakanan kaya dengan
buah-buahan yang mengandungi antioksidan seperti epal, kurang berisiko
10 hingga 15 peratus untuk menghadapi masalah katarak.

Perlindungan tulang.

Penyelidik di Perancis mendapati sejenis flavanoid yang digelar
phloridzin yang hanya didapati di dalam epal boleh melindungi wanita
menopaus daripada osteoporosis dan boleh membantu untuk meningkatkan
kepadatan tulang.

Boron iaitu satu lagi kandungan epal, juga membantu untuk menguatkan tulang.

Ada kajian menunjukkan kanak-kanak mengalami asma yang
minum jus epal setiap hari memberi kesan baik dalam menangani masalah
kesihatan itu, berbanding kanak-kanak yang hanya minum jus epal sebulan
sekali.

Kajian lain mendapati kanak-kanak dilahirkan ibunya yang makan
banyak epal semasa hamil, mempunyai kadar asma lebih rendah berbanding
kanak-kanak dilahirkan ibu mereka yang kurang makan epal.

Sumber Artikel : Akhbar Harian Metro (07/10/2012) FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-80036274422565890062012-07-13T22:34:00.000-07:002012-07-13T22:34:29.477-07:00Info Pemakanan : Tentang Koko, Teh Herba dan Susu
Koko Lebih Baik Daripada Teh

Penyelidik dari University Hospital of Cologne di Jerman telah melakukan ulangkaji terhadap 10 ujian yang telah diterbitkan sejak tahun 1966 iaitu ujian untuk melihat perubahan pada tekanan darah antara pengambilan koko dengan teh. Penyelidik ini mendapati pengambilan makanan yang tinggi kandungan koko mampu merendahkan tekanan darah manakala pegambilan teh tidak memberikan apa-apa kesan. Bahan yang ada pada koko iaitu 'polyphenol' dan 'procyanids' dipercayai lebih membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berbanding 'flavonoids' yang ada pada teh. Kajian ini telah diterbitkan dalam Achives of Internal Medicine pada April 2007.

Teh Herba Semasa Hamil

Ada sesetengah teh herba selamat untuk diambil semasa hamil. Ini termasuklah kulit buah-buahan sitrus, halia, lemon, kulit oren dan juga 'rose hip'. Walaubagaimanapun, ada teh herba yang mengandungi bahan farmasological yang diketahui mampu mengganggu kandungan. Teh 'chamomile' misalnya diyakini boleh menimbulkan kesan buruk pada uterus. Oleh itu, pengambilan teh ini sangat dilarang. Oleh sebab terlalu banyak teh herba yang dijual di pasaran dan tidak ada polisi khas untuk mengklasifikasikannya, lebih baik ibu hamil mengambilnya secara berkadar atau lebih tepat, usah ambil langsung.

Minum Susu Atasi Rambut Gugur

Rambut terhasil daripada protein keratin. Jadi tidak hairanlah jika protein daripada produk tenusu mampu menyokong pertumbuhan rambut. Kebanyakkan susu diperkayakan dengan Vitamin A. Inilah vitamin penting untuk mengelakkan rambut gugur kerana masalah rambut gugur sebenarnya berpunca daripada kekurangan Vitamin A.
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-20185176321935818732012-07-10T23:23:00.000-07:002012-07-10T23:23:04.821-07:00Kaedah Simpan Madu Dengan Baik
Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja dan kaya dengan khasiat tetapi madu juga boleh digunakan didalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Meskipun ia dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya.

Berikut diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya, ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak hilang manfaatnya.

Jangan biarkan madu disimpan di tempat terbuka, apatah lagi di udara yang lembab. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.

Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutup ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan

Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik disimpan ditempat sejuk dan dingin.

Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.

Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu mudah menyerap bau-bauan di sekelilingnya.

FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-45588327278159022482012-07-10T07:22:00.000-07:002012-07-10T07:22:51.479-07:00Tips Cegah Bau Mulut (Halitosis)
Bau mulut atau 'halitosis' merupakan masalah umum yang sering berlaku di kalangan orang dewasa. 'Halitosis' ini biasanya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria di mulut. Namun demikian ada beberapa penyebab lain yang membuatkan mulut berbau iaitu seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, mulut kering, sisa makanan tertinggal di celah-celah gigi, sinusitis dan 'pneumonia'. Dalam sesetengah kes, bau mulut merupakan petanda bahawa ada masalah kesihatan lain yang lebih serius. Oleh itu, bagaimana bau mulut dapat diatasi? Memandangkan bau mulut selalunya disebabkan oleh masalah pada mulut, sangat membantu jika anda mengunjungi doktor gigi untuk memastikan penyebabnya. Jangan sesekali merawatnya sendiri. Ini akan memburukkan keadaan. Bagaimanapun, langkah-langkah berikut boleh membantu anda menghindarkan diri daripada masalah mulut berbau :

Selain memberus gigi, penting untuk membersihkan celah-celah gigi dengan 'dental floss'

Gunakan pembersih lidah dan berus lidah hingga ke bahagian belakang (pangkal lidah)

Gunakan formula ubat kumur yang disarankan doktor atau beli d farmasi. Waktu terbaik menggunakannya adalah sebelum tidur.

Banyakkan minum air tetapi hidari minum terlalu banyak kopi

Bersihkan mulut setelah mengambil produk susu, ikan dan daging

Makanlah sayuran kaya serat dalam keadaan segar

Tidak ada salahnya bila anda berkumur-kumur setelah makan. Apabila anda tidak memberus gigi, berkumurlah dengan air bersih

Kunjungi doktor gigi secara teratur dan bersihkan gigi secara professional iaitu setiap enam bulan sekali

Hindari makanan yang berbau menyengat misalnya bawang putih, bawang merah, petai dan lain-lain.

FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-31590303299592286142012-07-09T21:00:00.001-07:002012-07-09T21:00:03.308-07:006 Kuasa Semulajadi Untuk Kulit
Penjagaan kulit badan terutamanya kulit wajah dengan menggunakan sumber semulajadi seperti tumbuhan, herba, buah-buahan dan makanan. Pastinya tidak salah untuk mencuba dan kosnya juga lebih murah. Berikut adalah 6 kuasa semulajadi untuk kesihatan kulit :

1. Kuasa Lidah Buaya

Lumurkan pati lidah buaya asli ke seluruh wajah bagi mengatasi kekeringan kulit. Patinya kaya dengan kuasa menyegar dan mampu menyejukkan kulit dengan bahan pelembab semulajadinya.

2. Nikmat Mandian Susu Buat Tubuh

Mandian susu adalah cara paling efektif untuk merawat kekeringan kulit tubuh. Resipinya mudah iaitu hanya tambahkan susu tepung asli bersama minya badam dan titisan madu ke dalam mandian air suam. Rendamkan tubuh selama 30 minit dan lakukan sebanyak tiga kali seminggu.

3. Hadiahkan Kulit Secawan Teh

Minuman teh herba seperti 'chamomile' dan pudina mampu membantu mencantikkan tekstur kulit dari dalam.

4. Bijiran Oat vs Bintik Hitam?

Cuba dulu, baru ketahui pemenangnya! Campurkan bijiran oat bersama dengan sedikit perahan pati lemon dan minyak zaitun. Kacau sehingga sebati. Kemudian, jadikan bancuhan itu sebagai scrub wajah. Bilas dengan air suam. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu secara konsisten bagi melihat hasilnya!

5. Pati Lemon Kurangkan Kesan Kulit Berminyak

Campurkan dua sudu besar pati lemon ke dalam air suam dan beberapa titis cuka. Kemudian, rendam dan perah kapas wajah kedalamnya sebelum disapu pada wajah. Biarkan wajah kering seketika sebelum menggunakan sebarang produk wajah atau kosmetik yang lain. Amalan ini dapat membantu mengurangkan kesan kulit wajah berminyak malah turut membantu mengurangkan masalah kekerapan berpeluh.

6. Herba Untuk Wajah

Campurkan satu sudu besar herba 'saffron' bersama dua sudu besar madu. Kacau hingga sebati dan sapukan pada wajah. Ia dapat membantu mengurangkan kesan bintik hitam pada wajah.
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-86768718596937083372012-07-08T22:51:00.000-07:002012-07-08T22:51:01.204-07:00Langkah-Langkah Mengatasi Resdung
Bagi yang mempunyai penyakit resdung, pastinya sangat menggangu kehidupan seharian anda kan? Berikut adalah beberapa langkah untuk mengatasi resdung. Diharap serba sedikit dapat membantu anda.

Elakkan membela haiwan berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab

Elakkan menggunakan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut daripada bahan sintetik (tiruan)

Elakkan menggunakan bantal dan tilam daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung bantal dan tilam dengan air panas bagi membunuh pijat atau serangga kira-kira dua kali seminggu.

Gunakan pembersih hampagas yang mempunyai penapis yang baik

Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada fabrik berbulu

Berhati-hati bagi anda yang tidur di katil bawah (katil bertingkat) kerana anda akan menyedut segala habuk daripada tilam atas.

Selalu basuh tuala dan pakaian sehingga bersih dan segar

Simpan pakaian di dalam almari tertutup dan elak penggunaan langsir yang berat

Gunakan kain lembab untuk membersihkan barangan dan peralatan rumah

Gunakan penutup hidung ketika membersihkan rumah.

FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-558300843403093082012-07-04T23:22:00.000-07:002012-07-04T23:22:06.338-07:00Tip Perolehi Kulit Sihat
Keadaan kesihatan kulit sebenarnya mencerminkan keadaan kesihatan tubuh seseorang. Kulit perlu dijaga dan dirawat untuk mengekalkan kesegaran, kelembapan dan kesihatan. Caranya tidaklah sesukar yang disangka, ia boleh dijaga dengan amalan-amalan sihat setiap hari.

1. Perbanyakkan minum air. Dengan meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, boleh mengelakkan dihidrasi yang mengakibatkan hilangnya kelembapan kulit.

2.  Bersihkan wajah. Hal ini wajib dilakukan. Bersihkanlah kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari, setiap pagi dan malam sebelum tidur. Setelah itu, sapukan penyegar untuk membuang minyak, habuk, kotoran dan sisa solekan yang tertinggal.

3. Sesuaikan produk pelembab dengan jenis kulit. Jangan sembarangan menggunakan pelembab kerana keadaan kulit anda menentukan khasiat akhir formula yang dimiliki oleh pelembab itu sendiri.

4.  Elakkan sinar matahari terus ke kulit. Kulit yang terdedah kepada sinar matahari secara langsung dalam jangka waktu tertentu akan menyebabkan gangguan kulit seperti kedutan, belang, bintik hitam dan kanser kulit.

5.  Jangan ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat pakar kulit. Pendapat dan pandangan pakar kulit akan menyelamatkan keadaan kulit anda.

6. Jaga pola makan yang sihat. Pengambilan makanan yang seimbang dan cukup zatnya membantu menyihatkan kulit. Makanan bergoreng atau berminyak dan yang dibakar sedikit sebanyak merangang zat karsinogen yang menyebabkan proses radikat bebas pada tubuh yang akhirnya akan menyebabkan penuaan pra matang.
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-47166805422933980762012-07-03T23:21:00.000-07:002012-07-03T23:21:38.226-07:00Kenapa Duduk Lama Kemudian Bangun Je Rasa Pening dan Gelap?
Ketika sedang duduk mengemas barang-barang yang tidak berguna di bawah meja, tiba-tiba anda dipanggil berjumpa dengan ketua anda. Anda bangun secara tiba-tiba dan tidak semena-mena anda berasa pening dan pandangan menjadi gelap?Jika anda sering mengalami keadaan demikian, berhati-hatilah. Ini kerana, risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kegagalan jantung.

Keadaan yang dikenali dengan istilah hipotensi ortostatik ini biasanya berlaku penurunan tekanan darah secara tiba-tiba. Hasil penemuan didapati melalui kajian yang dilakukan terhadap 12,000 orang responden di empat wilayah Amerika yang berusia di antara 45 - 54 tahun.

Dari hasil penyelidikan yang dilakukan selama 17 tahun ini. didapati hampir 11 peratus orang memiliki gejala hipotensi ortostatik pada awal penyelidikan. Sementara itu, mereka yang tidak memiliki hipotensi ortostatik, hanya empat peratus sahaja yang mengembangkan masalah kegagalan jantung. Hubungan di antara hipotensi ortostatik dan kegagalan jantung dilihat jelas di antara orang yang berusia diantara 45 - 55 tahun.

Penyelidik mengakui tidak tahu bagaimana hipotensi ortostatik boleh menyebabkan kegagalan jantung. Namun hasil daripada perbincangan mereka, kesemuanya sepakat mengatakan bahawa hipotensi ortostatik dan tekanan darah tinggi penyebab risiko kegagalan jantung melalui jalur yang sama. "Contohnya seperti ketika hipertensi berlaku ketika orang yang sedang tidur" ujar Dr. Christine DeLong Jones dari University of North Carolina, Chapel Hill.
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-55673352944036533672012-07-02T20:17:00.000-07:002012-07-02T20:17:18.716-07:00Penyakit Gout : Punca, Pencetus dan Kaedah Rawatan
Gout adalah salah satu bentuk artritis yang tertua sekali dan merupakan di antara penyakit yang makanan menjadi punca utamanya. Kemunculan gout sering terjadi secara tiba-tiba dan bukannya beransur-ansur seperti kebanyakkan penyakit yang lain. Gout boleh berlaku hanya dalam jangka waktu semalaman terutamanya setelah anda memakan sesuatu yang menjadi kepantangan bagi pesakit gout. Sendi yang terkena itu biasanya amat sakit apabila disentuh, sehingga berat sehelai kain cadar pada kaki pun terasa perit.

PUNCA GOUT

Gout terjadi apabila terdapat timbunan asid urik di dalam tubuh seseorang. Timbunan asid urik dalam darah sebenarnya merupakan proses semulajadi dalam manusia yang sihat sebagai produk pemecahan pelbagai proses kimia.

Pada kebiasaannya, badan seseorang akan membuangkan asid urik lebihan melalui buah pinggang ke dalam air kencing. Jika buah pinggang seseorang tidak berfungsi dengan baik, asid urik di dalam badan akan menimbuni dan berkumpul di dalam sendi atau kulit. Keadaan ini dikenali sebagai "hiperurikemia", dimana terdapat terlalu banyak asid urik di dalam darah. Hiperurikemia juga boleh terjadi apabila badan terlebih mengeluarkan asid urik. Ini meningkatkan faktor risiko tersendiri untuk diserang gout akut.

Serangan pertama gout biasanya terjadi pada ibu jari kaki atau sendi bunion. Jika ini tidak dirawat, serangan pertama mungkin dirasai selama satu hingga dua minggu. Selepas serangan pertama, serangan berikutnya akan berlaku selepas beberapa bulan atau tahun. Jika ia dibiarkan tidak dirawat, serangan akan menjadi lebih kerap, dirasai lebih lama dan melibatkan sendi lain. Selepas masa berlalu, pergelangan kaki, kaki, lutut, siku dan tangan mungkin juga diserang. Lama-kelamaan, serangan berulang ini mungkin mengakibatkan kerosakan sendi, ketidakupayaan dan juga kelumpuhan.

PENCETUS GOUT

Serangan gout biasanya dikaitkan dengan faktor berikut :

Minum minuman beralkohol secara berlebihan

Terlebih makan makanan yang tinggi kandungan purina

Kecederaan ringan pada sendi

Kurang minum air

Mengamalkan diet kilat

Penyusutan air dalam tubuh disebabkan oleh pengambilan minuman yang bersifat diuretik.

KAEDAH RAWATAN

Semasa Diserang

Ubatan anti-radang bukan steroid (NSAID) baisanya digunakan untuk mengawal sakit dan bengkak. Kebiasaannya, ubatan ini efektif dalam masa dua hari dan diambil untuk jangka masa pendek sahaja.

'Colchicine' telah digunakan selama lebih daripada 100 tahun untuk mengubati keradangan yang disebabkan oleh gout dan selalunya ubatan ini aktif untuk jangka masa 24 jam

'Cortisteroid' digunakan dalam keadaan serangan teruk dan disuntik terus ke sendi untuk mendapatkan kelegaan segera. Segala bentuk pemberian ubatan dan rawatan perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu

Penjagaan Jangka Panjang

Kawal berat badan. Berat badan berlebihan akan mengganggu keupayaan tubuh menguraikan asid urik.

Elak minuman beralkohol terutamanya bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap gout

Elakkan makanan pencetus gout seperti ikan sardin, ikan bilis, ginjal, hati atau organ dalaman haiwan yang lain, daging merah terutamanya daging kambing dan makanan laut terutamanya udang dan ketam.

Sentiasa pastikan anda minum air putih yang cukup iaitu sekurang-kurangnya dua liter air sehari.

FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-43754664758820423372012-07-01T21:29:00.000-07:002012-07-01T21:29:39.780-07:00Makanan Berdasarkan Jenis Kulit Wajah
Bagaimana caranya untuk memilih makanan mengikut jenis kulit iaitu kulit kering, berminyak dan sensitif? Berikut disenaraikan panduan yang boleh diikuti dalam memilih makanan yang sesuai mengikut jenis kulit masing-masing:

Kulit Kering

Lazimnya, kulit kering agak kasar permukaannya. Untuk melembutkannya, penambahan kandungan vitamin A adalah penting kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan mengurangkan cela. Selain daripada mengamalkan pengambilan bayam dan lobak merah, produk tenusu (seperti mentega, keju dan susu), kekacang serta biji-bijian adalah sumber baik Vitamin A.

Pun begitu, makanan pedas atau berempah akan menyerap lembapan pada kulit dan menjadikannya kasar. Jesteru, elakkan memakan makanan pedas dan berempah ini selain makanan yang masin atau terlalu banyak daging. Daging mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan ia menggunakan peredaran darah semasa proses pencernaan tersebut. Hal ini seterusnya akan mengakibatkan kekurangan ketahanan badan.

Banyakkan pengambilan air dan buah-buahan. Antara 50% hingga 70% badan kita mengandungi air dan kekurangannya akan mengakibatkan kemunculan kedutan pada wajah atau menampakkannya lebih ketara.

Kulit Berminyak

Vitamin B adalah makanan terbaik untuk mereka yang memiliki kulit berminyak. Daging lembu dan hati kambing adalah contoh makanan yang mengandungi Vitamin B selain belut, rumpai laut, susu, keju, kuning telur dan nasi.

Elakkan pengambilan lemak dan gula yang banyak kerana ia tidak baik untuk kulit yang berminyak. Makanan bergoreng, biskut, coklat atau gula-gula juga akan memburukkan lagi masalah jerawat pada kulit.

Amalkan gaya hidup yang sederhana iaitu tidur dan makan dengan baik. Kulit berminyak biasanya didapati berdasarkan genetik, tetapi dalam kebanyakkan kes, ia berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak seimbang, stress atau kurang tidur.

Kulit Sensitif

Pisang, telur, susu, sebahagian daging, ikan dan hati adalah antara makanan yang efektif untuk kulit sensiif. Manakala makanan yang terlalu pedas hanya akan merangsang dan membuatkan kulit berasa panas.

Meminum teh herba seperti schizandra atu teh buah Cina lycium yang mengandungi bioflavanoid kerana ia berperanan menguatkan saluran darah dan sangat baik untuk mereka yang lemah kapilarinya.
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-16170938408159248702012-07-01T03:35:00.001-07:002012-07-01T03:36:37.752-07:00Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil
Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya vitamin B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.

Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan tenaga baik untuk janin mahupun ibu hamil sendiri. Sementara asid folik yang juga terdapat dalam susu soya bermanfaat untuk mencegah berlakunya kelainan atau kecacatan dalam kandungan.

Sebagai sumber zat gizi, susu soya memiliki sejumlah manfaat bagi kesihatan tubuh anda selama proses kehamilan. Hanya mengandungi protein unggul - itulah sebabnya susu soya boleh menjadi sumber protein bagi ibu hamil vegetarian. Tidak mengandungi laktosa - apabila anda tidak mampu mencerna laktosa maka susu soya adalah jalan penyelesaiannya.

Tidak mengandungi hormon seperti susu lembu maka ia tidak berisiko untuk mengganggu kerja sistem hormon ibu hamil mahupun janin anda. Banyak mengandungi isoflavon - khasiat yang merupakan fitoestrogen ini berfungsi membantu menurunkan kadar kolestrol. selain itu unsur ini juga membantu memperkecilkan risiko terkena kanser, antaranya adalah kanser payudara.

Salah satu sumber kalsium - susu soya yang tersedia di apsaran umumnya diperkaya dengan kalsium boleh menjadi sumber keperluan kalsium yang sangat penting ketika hamil. Kalsium diperlukan untuk membina tulang dan gigi yang kuat, pembentukan otot, jantung, sistem saraf, pembekuan darah dan pelbagai aktiviti enzim.

Jangan Minum Berlebihan

Segala yang berlebihan pastinya akan kehilangan manfaatnya. Begitu juga kalau mengambil susu soya. Kandungan unsur estrogen di dalam susu soya iaitu isoflavon dikatakan dapat menekan penghasilan hormon tiroid, khususnya bila diambil sehingga 40 miligram sehari.

Selain itu, kajian juga ada menyebut bahawa pengambilan soya dalam bentuk tofu dan susu soya sebanyak dua kali seminggu selama 30 tahun akan mempercepatkan proses penuaan sel-sel otak (4 tahun lebih cepat) Pengambilan susu soya secara berlebihan juga dapat mengganggu penyerapan beberapa zat nutrisi. Ini terjadi akibat tingginya kadar unsur fitrat. Unsur ini akan menghalang penyerapan mineral dan penguraian protein.

(Sumber : Mingguan Wanita)
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-60000789468851199302012-06-30T10:02:00.000-07:002012-06-30T10:02:26.317-07:00Tips Merawat Kecantikan Wajah
Semua orang baik lelaki mahupun perempuan pasti mementingkan kesihatan kulit wajah kan? Bagi perempuan, pelbagai produk digunakan dengan harapan agar kulit muka sentiasa sihat dan cantik. Bagi lelaki pula, ada yang seperti perempuan punya pelbagai produk khusus untuk rawatan muka dan untuk lelaki yang ala-ala maskulin gitu tetap juga menggunakan pencuci muka. Berikut adalah beberapa tips kecantikan kulit wajah yang boleh membantu anda mendapatkan kulit wajah yang cantik.

Cuci Tangan Sebelum Menyentuh Wajah

Faktor kebersihan sangat penting dalam melakukan perawatan wajah. Bakteria boleh datang dari mana sahaja termasuklah dari tangan kita sendiri.

Sentiasa melakukan pembersihan kulit wajah pada waktu pagi dan malam. Wajah yang seharian beraktiviti tanpa kita sedari akan tercemar oleh bakteria ata kuman. Oleh itu, penting untuk melakukan pembersihan kulit wajah pada malam hari. Membersihkan wajah di pagi hari pula bertujuan untuk membersihkan wajah daripada lemak yang dikeluarkan tubuh semasa tidur di malam hari.

Lakukan urutan pada wajah di malam hari untuk merangsang peredaran pertukaran sel-sel pada kulit. Lakukan dengan penyegar untuk memberikan kesan relaksasi pada kulit setelah penat beraktiviti.

Untuk Kulit Kering

Tukar jenis produk perawatan kulit sesuai dengan cuaca dan gaya hidup anda

Mulakan dengan produk perawatan anti-penuaan dengan segera setelah petanda penuaan muncul. Hal ini kerap berlaku lebih cepat untuk kulit jenis ini (terutamanya di sekitar mata)

Elakkan mandi dengan air panas. Lebih baik jika anda menggunakan minyak mandian.

Untuk Kulit Sensitif

Hangatkan dahulu produk perawatan dengan menggenggamnya di tangan sebelum anda memakainya. Lakukan perawatan kulit tanpa menggosok.

Sebaik-baiknya, gunakan jari jemari bukannya kapas.

Untuk Kulit Berminyak

Lindungi kulit daripada sinaran matahari secara langsung dan penimbunan lemak di kulit wajah

Jangan memicit jerawat di wajah secara sembarangan

Lakukan rawatan pengelupasan pada wajah sekali hingga tiga kali seminggu

Untuk Kulit Separuh Usia

Pilih produk perawatan kulit anti penuaan yang sesuai dengan keadaan kulit, keperluan dan cuaca.

Kulit di leher, mata dan tangan anda boleh mencacatkan penampilan. Oleh itu, berikan perhatian yang lebih pada kulit bahagian ini.

Elakkan pendedahan cahaya matahari.

FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-10775043100010723292012-06-29T05:53:00.001-07:002012-06-29T05:53:23.404-07:00Info Pemakanan : Makanan Ringan - Ketahui Baik dan Buruknya
Ingin bercuti ataupun sekadar bersiar-siar bersama keluarga dan teman-teman? Pastinya pelbagai jenis makanan ringan akan dibawa bersama sebagai kudap-kudapan tatkala bersantai. Pun begitu, tidak semua daripada makanan-makanan ini menyihatkan, apatah lagi mengenyangkan.

Pengetahuan akan kepentingan kandungan dan khasiat dalam makanan-makanan yang diambil sememangnya sangat penting. Jesteru itu, sebelum singgah ke kedai untuk membeli makanan, apa kata ketahui terlebih dahulu apakah yang tersirat di sebalik makanan ini.

1. Makanan Masin

Kerepek kentang yang disaluti rempah masin mungkin sedap dimakan tatkala melalui perjalanan jauh ke tempat percutian. Namun, makanan seperti ini mempunyai kandungan nutrisi yang rendah dan tinggi sodium atau erti kata lain, tinggi kalori. Sekiranya anda menaiki kapal terbang sodium akan menahan cecair di dalam tubuh seterusnya menyebabkan kaki bengkak.

2. Minuman Soda/Berkarbonat

Jika anda memilih kapal terbang sebagai pengangkutan ke lokasi percutian, elakkan minuman soda atau berkarbonat. Ini kerana minuman sebegini akan menghasilkan gas di dalam tubuh. Perbezaan tekanan semasa berada di dalam udara akan membuatkan anda berasa mual dan kembung perut.

3. Makanan Masam

Kebanyakkan perhentian rehat dan rawat (R&R) di tepi lebuhraya ada menjual aneka buah-buahan masan seperti mangga, kedondong ataupun limau. Tahukah anda bahawa rasa masam pada buah-buahan ini akan meningkatkan kandungan asid dalam badan? Hal ini boleh mengakibatkan sakit perut.

4. Jus Manis

Jus yang manis mempunyai kandungan kalori tambahan. Ia berpotensi menambah pengambilan kalori harian melebihi sukatan yang sepatutnya. Sekiranya anda masih ingin meminum jus ini, memadailah dengan pengambilan satu gelas sahaja.

5. Coklat dan Gula-Gula

Pengambilan coklat dan gula-gula boleh meningkatkan kandungan kalori dalam badan. Selain itu, ia juga tidak baik untuk kesihatan gigi.

6. Minuman Kemasan

Minuman dalam kemasan lazimnya mempunyai kandungan gula dan kalori yang tinggi. Ia juga dihasilkan dengan bahan pengawet. Jesteru itu, kawallah kuantiti pengambilan minuman seperti itu.

Sumber : Majalah Rapi
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-12686168904598663692012-06-28T15:18:00.000-07:002012-06-28T15:18:25.948-07:00Tolong Kuruskan Aku
Macammana nak kurus ye? Mesti ramai yang mengalami masalah yang sama. Bila badan dah makin membesar, makin susah nak dikuruskan kembali. Bila tengok gambar-gambar kenangan di zaman muda remaja 10 tahun yang lalu dan bila tengok keadaan diri sekarang memang menggerunkan. Dulu slim je. Maybe masa tu belajar kat Universiti, hari-hari bersukan. Pulak tu memang atlit sukan kolej kediaman dan juga Universiti lak tu. Memang kadar metabolisme sangat tinggi masa tu.

Makan banyak mana pun, tetap tak jadi lemak sebab dengan cepat makanan tu diproses. Tapi, bila dah memasuki alam kerjaya nie, ari2 duduk buat keje pastu balik keje dah penat. Makan malam, tengok tv then tido. Esoknya buat aktiviti yang sama. So, bila nak bersukan dan keluarkan peluh? Sebab tu, perut yang flat sekarang nie dah macam mengandung enam bulan dah. Kadar metabolisme badan dah makin kurang. Semua yang dimakan tak dapat nak diproses dengan cepat lagi. Maka, dari sehari ke sehari makin bertambah tebal la lemak di badan. Sape nak dipersalahkan disini? Masih ingat lagi, enam bulan pertama mula bekerja duduk opis je dan kurang sangat bersukan. Bila timbang je badan, berat badan naik sampai 10kg. Amboi...amboi..amboi...bukan main cepat lagi naiknye. Patutla seluar dgn baju makin sempit. Ada orang cakap, bekas atlit memang begitu. Berhenti je bersukan terus dengan cepatnya berat badan naik. Rasanya memang betul kot..

Lepas tu mula la risau, beli produk kelangsingan badan, beli teh herba, tak cukup dengan tu tiap malam sapu pulak perut dengan krim halia+limau purut yang banyak dijual dipasaran tu. Tp, memang tak lama sbb hidup makin sibuk then berat badan pulak makin bertambah. Tinggal perhiasan jela jawabnye produk-produk perlangsingan badan tu. Semangat tak cukup kuat, kecekalan tak cukup tinggi. Maka, akhirnya pasrah dan berserah pada ketentuan Ilahi. Tp, bila semakin hari semakin gemuk dan semakin hari semakin tua. Mula risau balik. Sebab sedia tahu yang kegemukan boleh mengakibatkan banyak penyakit yang datang memberi salam. Tp, lemak dah makin liat dan sukar untuk dibakar lagi. Jadi, apa yang perlu aku lakukan? Senaman? Mm..sekejap je, then tinggal harapan. Macammana ye nak kurus dan kekal sihat? Owh...tolong kuruskan aku!!
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-11641433097506938692011-01-22T22:24:00.000-08:002011-01-22T22:24:53.983-08:0010 Panduan Makanan - Wajib Makan Setiap Hari
Macam-macam jenis cara sudah dilakukan. Berdiet pun sudah, bersenam apatah lagi. Hasilnya mengecewakan apabila membelek tubuh sendiri di hadapan cermin. Tidak ada yang berkurang, malahan lapisan minyak bertambah!! Bagaimana ya??

1. Mungkin sukar untuk anda mempercayainya, namun bagi mendapatkan semua khasiat yang diperlukan tubuh, anda harus makan lebih dari 40 jenis makanan. Itulah kenyataannya!! Walaupun begitu, ia bukan alasan untuk anda makan tanpa henti dan mengambil makanan yang bukan-bukan. Apa yang anda boleh lakukan adalah dengan memperbagaikan pilihan menu seperti roti, sayur-sayuran, produk tenusu, daging, ikan, buah-buahan dan apa saja makanan kaya protein. Makanan-makanan sihat seperti ini baik untuk memberikan kekebalan dan tenaga dalam tubuh mengikut khasiat yang terdapat didalamnya. Namun, elakkan pengambilannya secara berlebihan terutamanya makanan berkarbohidrat tinggi kerana ia berpotensi untuk menaikkan berat badan seseorang.

2. Ambil nasi, bijirin dan sayur-sayuran dalam menu harian anda. Walaupun ia tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak terutamanya nasi, namun anda masih memerlukannya untuk tenaga tubuh. Jika anda tidak mahu makan nasi, gantikan ia dengan roti mahupun mi dan pasta.

3. Jika tubuh anda terlalu kurus pun tidak baik juga. Anda cenderung mendapat penyakit Osteoporosis kerana kekurangan kalsium. Untuk menambah kalsium dalam tubuh, ambillah susu setiap hari. Minum sekurang-kurangnya dua gelas sehari iaitu pada awal pagi dan sebelum tidur. Anda juga boleh mengamalkan produk tenusu seperti keju kerana ia mengandungi kasein dan fosfat yang tinggi. Selain melindungi tulang, gigi anda juga akan menjadi lebih sihat. Selain itu, anda boleh mengambil makanan yang tinggi zat besi seperti sayur bayam.

4. Jika anda mengambil set makanan yang lengkap, pastikan kuantitinya seimbang. Jangan pula pencuci mulut melebihi sajian utama. Katakan anda mengambil daging sebagai lauk dan andaikan kuantitinya adalah tiga aun, ambil pula sepotong dua buah untuk menyokong set makanan tadi. Daging yang kaya dengan protein dan buah sebagai penyumbang gula semula jadi dalam tubuh akan memberi anda tenaga untuk tempoh masa yang lama.

5. Kurangkan pengambilan gula dan garam. Ketika memasak, gantikan santan dengan susu rendah lemak. Selain lebih sihat, ia juga kaya dengan kalsium dan protein.

6. Sementara menunggu waktu makan, perut menyanyi minta diisi. Ia tidak menjadi masalah, anda boleh mengambil sebarang snek ringan sebelum itu. Ingat!! Bukan makanan ringan ya, tapi snek sihat. Snek yang dimaksudkan adalah seperti biskut bijirin, kacang tanpa garam atau buah-buahan kering. Buah-buahan kering sebagai contoh, masih kaya dengan khasiat asalnya seperti kismis.

7. Ayam goreng memang enak. Namun, ia bukanlah makanan yang baik kerana tinggi kandungan minyak dan bahan pengawet di dalamnya. Katakan anda masih mahu mengambilnya, tidak menjadi masalah. Makanlah sedikit atau berkongsi dengan rakan anda. Kempunan pun tidak, sakit pun tidak!!

8. Hari-hari makan makanan sihat pun tidak seronok juga. Anda boleh makan apa saja yg anda mahu hari ni, tp berjanjilah utk makan secara sihat keesokan harinya. Cara paling baik untuk makan makanan tidak sihat adalah dengan mengambil banyak jenis makanan tetapi cukup sekadar merasanya sedikit saja. Dengan itu, anda akan lebih puas kerana dapat makan semuanya!!

9. Mungkin tidak pernah terlintas sekalipun untuk anda menikmati avokado. Tahukah anda, avokado mempunyai rasa manis yang enak dan ia merupakan sumber tenaga paling mudah boleh anda amalkan. Makan ia bersama buah-buahan lain beserta madu. Jangan tambah sirap gula ketika menikmati avokado kerana ia akan menghilangkan khasiat sebenar buah ini.

10. Makan taugeh memang baik. Ia mengandungi kandungan estrogen yang berfungsi untuk menguatkan dan mengekalkan kepadatan tulang. Selain itu juga, kandungan kalium dalam taugeh berfungsi untuk memerangi serangan jantung. Mengamalkan taugeh dapat mengelakkan kanser dan kesakitan ketika seseorang wanita itu datang haid.

(Sumber : Majalah Rapi)
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-19156354559605447852011-01-22T21:42:00.000-08:002011-01-22T21:43:38.356-08:00Bakar Kalori Dalam 1 MinitJom kita sama-sama bakar kalori & hidup lebih sihat. Hanya seminit sahaja diperlukan. Hehehe.

1. Jus Kegemaran + Segelas Air

Lengkapkan jus kegemaran anda dengan segelas air. Ini kerana segelas air yang anda minum selepas menikmati jus kegemaran dapat menambahkan kalori yang terbakar. Dengan segelas air, ia mampu membakar 85 kalori lebih banyak. Bayangkan dalam masa setahun, anda dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2.5kg dengan hanya menambahkan segelas air selepas minum jus buah.

2. Bercakap di Telefon

Saat anda menerima panggilan telefon, sambil-sambilkan diri anda melakukan aktiviti lain seperti menyiapkan meja makan atau menyiram tanaman. Cara ini akan membakar kalori sebanyak 85 – 105 kalori.

3. Teh Hijau Sebelum Senaman

Kandungan kafein yang terdapat dalam teh hijau akan membuatkan lemak dalam tubuh anda ‘membeku’. Malah ‘polypenol’ yang ada dalam teh hijau akan bekerjasama dengan kafein untuk membakar kalori. Peringatan! Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, cara ini tidak disarankan kerana kafein akan memburukkan lagi tekanan darah.

4. Makan Tengahari Di Rumah

Dengan makan tengahari di luar rumah sebanyak 5 kali dalam seminggu akan membuatkan anda mengumpul lebih banyak kalori. Bayangkan, ketika anda makan tengahari diluar satu hari, badan anda telah mendapat 300 kalori. Jika anda membawa bekal untuk makan tengahari. Anda boleh menghitung jenis makanan yang dipilih dan jumlah kalori harian anda. Lagipun, membawa makanan sendiri membuatkan anda lebih sihat.

5. Taburan Biji Rami atau Bijirin

Seperti yang anda tahu, biji rami atau ‘flaxseed’ kaya dengan serat. Apabila mengambilnya, ia membuatkan anda jarang lapar dan menghadkan kemasukan kalori yang berlebihan dalam badan. Anda juga boleh taburkan biji rami di atas yogurt atau campuran dalam muffin.

6. Ujian Darah Secara Rutin

Dengan melakukan pemeriksaan darah secara rutin, didapati 1 dari 12 wanita mengalami masalah tiroid yang rendah. Jadi, pemeriksaan darah penting untuk mengetahui status keseimbangan hormone dalam badan.

7. Sentiasa Menelefon Kawan

Perasaan bosan pasti menjelma tatkala bersendirian dan tentu sekali makanan menjadi peneman. Untuk mengelakkan ini, telefonlah kawan-kawan rapat untuk berbual. Sekaligus menjauhkan anda daripada makan secara berlebihan akibat stress.

8. Jogging

Joging membantu anda dalam membakar kalori. Kali ini, cuba tambahkan jarak yang selalu anda lakukan. Bukan sahaja pembakaran lemak banyak tetapi juga membuatkan tulang anda lebih kuat.

9. Amalkan Sup

Hasil penelitian membuktikan dengan semangkuk sup berisi sayur-sayuran untuk hidangan tengahari akan membuatkan seseorang itu makan 20% lebih sedikit. Jadi, sesekali masukkan sup dalam menu sihat makan tengahari anda.

(Sumber : Majalah Rapi) FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-84854628400048957662010-11-20T22:36:00.000-08:002010-11-20T22:37:16.366-08:00Counting Calories for Weight Loss
Undoubtedly, anyone who has attempted a fitness program with the purpose of losing weight has felt frustrated because the volume of work put in never seems to equal the amount of weight lost. There is a very simple explaination for this phenomenon: It all comes down to physics. There is a principle of physics called the law of thermodynamics. This basically states that energy (calories) can be stored or used. However, the calories that are put in will be of the same value when they are used or burned through exercise. Essentially, this is how weight gain and loss occurs. If more calories are taken in through the diet than are burned, weight is gained. Conversely, if more calories are burned than are taken in, weight is lost. Weight is maintained when the two are equal.

Practically speaking, this seems oversimplified. The problem is that it tends to be far easier to take in calories than it is to burn them. For example, one M&M candy holds the same number of calories that it takes the average person to walk the length of a football field. This means that about 17 M&Ms would demand walking one mile! To help you put this into perspective, we will help you do some math to more accurately estimate the difference between what you take in and what you burn. It will also help you create more realistic goals and expectations for your weight loss efforts through exercise.

It takes 3,500 calories burned to lose one pound of fat. This seems like a relatively large number, but it should be doable considering how hard exercise is, right? Wrong. Unfortunately, our bodies do not burn calories that fast. Below is a list of some common exercises and their net calorie values. Keep in mind that net calories burned means it is above and beyond the calories you would burn just sitting there thinking about exercising instead of actually doing it. The good news is that if you are doing weight-bearing exercise like walking or running, the more you weigh the more calories you will burn. This is due to the fact that you are moving your entire body weight against gravity. Activities like biking or swimming do not require moving the body weight against gravity, so the values are about the same regardless of a person’s weight. The flip side of this is that as you lose weight, it will take more effort and exercise to burn the same number of calories through walking and running. However, it should be a little easier since you will not be toting around as much weight.

To help you, we've provided a calculator for you to specifically determine your net calories burned for running or walking. As you calculate your net calorie burn, do not be discouraged. According to the law of thermodynamics mentioned above, if you burn 100 calories per mile walked, you would have to walk 35 miles to lose 1 pound of fat. Broken down this would be seven miles per day for five days. This does not imply that you should push yourself to crank out that many miles. It simply means that you should be patient and consistent with your program. Keep in mind that the math equation for weight loss takes both the caloric intake and the output into account. To get that difference of 3,500 calories, you can take in less while burning more. If you reduce calorie intake by 250 calories per day (about one bottle of cola) and burn 1,750 calories (walking about 3 miles, 6 days a week) you could lose one pound of fat in one week. In the course of a year, that would equal about 50 pounds! Smart and steady wins the race.

Net Calorie Burn for Common Exercises

* Running: about 700 calories per hour (for a 150-pound person)

* Walking (moderate pace): about 350 calories per hour (for a 150-pound person)

* Biking: about 281 calories per hour at 10 miles per hour

* Swimming (moderate pace): about 560 calories per hour

* Stair climber: about 450 calories per hour

* Weight lifting: about 250 calories per hour

* Elliptical trainer: about 770 calories per hour (for a 150-pound person)

Note : 1 pounds is equal to 0.45359237 kilogram.

(Article source : health.howstuffworks.com)
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-32027082960533154832010-11-18T20:50:00.000-08:002010-11-18T20:50:04.538-08:00Metabolisme Diet & Bagaimana Memulakan Diet?
Apa itu "Metabolisme Diet"?

"Metabolisme diet" menekankan konsep jika anda makan benda yang perlu dengan kuantiti yang secukupnya pada waktu yang sesuai, pasti anda mampu merangsang metabolisme tubuh dan berjaya menurunkan berat badan. Syarat utama, cukupkan bekalan air dalam tubuh sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan utamakan sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan berherba dalam tempoh mengamalkann diet ini.

Bagaimana Memulakan Diet?

Bagi memastikan sesuatu yang dilakukan itu berjaya, cara bagaimana ia bermula adalah amat penting sekali. Ketika memulakan program diet anda, pastikan anda makan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari untuk tiga hingga tujuh hari. Selama tempoh ini, cuba kurangkan pengambilan makanan berat seperti nasi dan makanan tinggi lemak serta berminyak. Ini adalah tempoh paling penting untuk menyediakan tubuh anda aagr mampu membakar lemak dengan lebih cepat dan berkesan. Tubuh anda dikehendaki menyerap makanan yang sihat sahaja dalam tempoh ini. Selepas tempoh ini, barulah anda boleh merancang menu yang bersesuaian untuk diet anda kerana tubuh anda sudah bersedia untuk mengasingkan apa yang perlu dan tidak untuk tubuh.

Apa Menunya?

Mulakan hari pertama diet anda dengan secawan teh atau kopi pada sebelah pagi. Pastikan ianya kurang gula atau hanya campurkan gula diet. Bagi makan tengah hari, nikamati dua biji telur separuh masak bersama semangkuk sup bayam. Nikmati segelas jus buah-buahan dan dau potong kuih atau muffin untuk minum petang. Sudahi menu anda dengan semangkuk salad buah-buahan bersama sos rendah lemak dan beberapa hirisan daging atau ayam bakar tanpa lemak. Pastikan anda minum segelas susu rendah lemak sebelum tidur kerana kandungan protein di dalam susu sangat baik untuk pembentukan otot. Begitulah rutin pemakanan yang perlu anda amalkan sekurang-kurangnya untuk tiga bulan sebelum mendapat hasilnya. Nampak macam susah je nak lakukan kan? Tp bak kata ustazah kat TV tu,lupa lak nama dia..."Anda buat, anda dapat"...
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-9222228651900263572010-11-16T09:19:00.000-08:002010-11-16T09:19:36.587-08:00Perlukah Makanan Khusus Untuk OTAK?
Anda pasti pernah melihat iklan komersial yang menjual 'vitamin untuk otak' atau 'suplemen khusus untuk otak'. Produk-produk yang diiklankan biasanya menjanjikan bahawa produk yang dijual dapat meningkatkan daya ingatan sehingga seseorang itu menjadi cerdik. Tetapi, adakah benar suplemen-suplemen tersebut dapat meningkatkan kemampuan otak? Atau benarkah otak memerlukan makanan khusus untuk meningkatkan kecerdasanya??

Memang benar, setiap makanan yang diambil memberi kesan kepada tubuh badan. Contohnya, jika anda mengambil gula secara berlebihan dalam makanan, ia boleh menyebabkan diabetes. Begitu juga dengan pengambilan kolestrol yang berlebihan, ia akan menyebabkan masalah jantung. Oleh itu, makanan turut mempunyai pengaruh pada otak.

Walaupun berat otak hanya dua peratus daripada berat badan keseluruhan, kalori yang digunakan setiap harinya boleh mencapai 30 peratus daripada jumlah keeluruhan. Biasanya tenaga yang diperlukan berasal dari karbohidrat. Ingin mengetahui corak pemakanan yang baik untuk kesihatan otak? Semak makluat berikut:

SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Sebenarnya, tidak perlu mencari jauh-jauh makanan untuk menjaga kemampuan otak. Cuma fikirkan satu perkataan ini iaitu, "WARNA". Umumnya, bahan makanan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan yang memiliki warna terang adalah makanan yang diperlukan otak. Sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang biasanya kaya akan vitamin, mineral dan zat-zat fitokimia yang dapat menjaya kesihatan otak dan meningkatkan kemampuan mental.

Salah satu buah-buahan yang dilaporkan memiliki daya meningkatkan kemampuan otak adalah beri biru. Kajian yang dijalankan di 'Human Nutrition Research Center for Aging' di Turfts Universiri, Boston mendapati bahawa beri biru memiliki satu khasiat yang dapat membantu mencegah hilangnya daya ingatan dan juga fungsi otak lainnya. Buah ini dikatakan dapat merangsang pertumbuhan neuron-neuron baru, sehingga membuat sel-sel otak lebih remaja sehingga daya kerja otak menjadi lebih baik.

Selain itu, beri biru juga memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Salah satu kajian di Kanada mengatakan bahawa jumlah kandungan antioksidan beri biru tiga kali lebih besar berbanding strawberi dan raspberi. Antioksidan berfungsi membantu tubuh badan melawan penyakit-penyakit dengan cara membasmi radikal-radikal bebas.

LEMAK

Lemak tidak selamanya menjadi musuh utama tubuh badan. Ini kerana, otak tetap memerlukan lemak untuk menjaga kesihatannya. Jenis lemak yang diperlukan oleh otak adalah lemak tidak tepu, terutamanya dikenali sebagai EPA dan DHA.

Ikan telah lama dikenalpasti sebagai sumber makanan yang baik untuk otak. Ikan-ikan yang memiliki minyak tinggi seperti salmon, tuna dan makarel boleh menjaga fungsi otak. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan lemak Omega-3 pada trimester terakhir proses kehamilan dapat membantu meningkatkan perkembangan otak dan mata pada janin. Apabila anda rajin mengambil dua gram kapsul minyak ikan setiap hari, anda bukan sahaja mendapat lemak Omega-3 untuk otak tetapi minyak ikan tersebut juga dapt menurunkan kadar kolestrol dan trigliserida dalam darah.

SARAPAN PAGI

Sarapan adalah cara yang bagus untuk mengisi keperluan tenaga sepanjang hari. Bijiran dan susu adalah pilihan sarapan yang sangat baik kerana keduanya mengandungi mineral-mineral dan vitamin-vitamin yang juga dapat meningkatkan kemampuan memberi tumpuan. Untuk kanak-kanak sekolah, sarapan lengkap dengan susu, telur dan roti boleh membantu mengatasi rasa lapar, mencegah ingin menikmati makanan ringan dan juga menjaga daya berfikir agar mereka tetap cemerlang sepanjang waktu berada di sekolah.

GULA

Jangan musuhi gula secara total. Gula memang boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan, namun hal ini berlaku apabila penggunaannya berlebihan dan membuat tubuh badan menjadi malas untuk makan makanan yang mengandungi khasiat-khasiat yang penting. Menjaga kadar gula darah yang stabil dapat meningkatkan daya perhatian daya belajar. Jadi, jika mula berasa lemah, segeralah menghisap gula-gula atau sumber gula yang lain. Gula dapat bekerja dengan segera di dalam tubuh, sehingga boleh menyegarkan apabila mulai lemah kerana kekurangan gula. Tetapi ingat, jangan diambil secara berlebihan.

KAFEIN

Secawan kopi membantu anda berfikir dan bekerja lebih cepat dan efisien. Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak akan memberi kesan kesihatan sebaliknya. Kafein akan bertahan dalam sistem tubuh sehingga 15 jam. Secawan kopi atau setin minuman kola menjelang petang hari dapt menggangu waktu tidur pada pukul 9.00 malam, sehingga anda akan mengalami keletihan pada hari berikutnya. Kopi dan teh megandungi tanin yang dapat mengurangi khasiat zat besi pada otak sehngga 75 peratus. Setiap hari, cuba kawal pengambilan kopi hingga tiga cawan atau kurang daripada itu. Sebaiknya, minum kopi atau teh di antara waktu makan.

ZAT BESI

Zat besi membantu membawa oksigen ke sistem tubuh badan, termasuk otak. Jika zat besi mengalami penurunan, sistem tubuh badan juga akan kekurangan oksigen. Akibatnya, timbul keletihan, hilang memori, kurang konsentrasi, motivasi menurun, dan perhatian berkurang. Semua perkara ini akan mempengaruhi kualiti kerja seseorang. Wanita pra-menopaus memerlukan sekurang-kurangnya 15 mg zat besi setiap hari. Untuk mendapatkan zat besi, ambil lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi misalnya daging merah tanpa lemak, kekacang, sayuran berwarna hijau tua dan aprikot. Minum jus buah-buahan yang kaya vitamin C untuk mempercepatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh badan.

VITAMIN B

Vitamin B yang tidak mencukupi termasuk vitamin B1, B2, B6, B12 dan asid folat akan membuatkan otak kekurangan tenaga, Akibatnya anda akan mudah penat, mudah marah, hilang tumpuan dan ingatan dan jiwa menjadi terganggu. Untuk meningkatkan penyerapan vitamin B, ambil susu tanpa lemak, yogurt, pisang, makanan laut, gandum dan kacang hijau. Sebagai tambahan, anda juga boleh mengambil suplemen multivitamin dan mineral.

ANTIOKSIDAN

Otak menggunakan lebih banyak oksigen daripada jaringan tubuh yang lain. Hal ini mengakibatkan otak terdedah kepada radikal bebas setiap harinya dan ini boleh merosakkan sel-sel otak, Nasib baik, tubuh memiliki 'pasukan' antiradikal bebas yang terdiri daripada antioksidan. Termasuk di dalamnya adalah Vitamin C dan E. Antioksidan akan menyahaktifkan radikal bebas. agar pertahanan antioksidan semakin kuat, ambil lima hingga sembilan hidangan yang terdiri daripada strawberi, lobak merah, bayam, tembikai serta pelbagai buah-buahan dan sayuran berwarna lain.
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-1493960182131572720.post-4301740378078015202010-11-16T07:03:00.000-08:002010-11-16T07:03:07.357-08:00Info Pemakanan : Khasiat Pudina, Labu, Petai dan Bawang Merah
PUDINA BANTU PENGHADAMAN

Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga 'Labiatae'. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Di antara jenis pudina yang terdapat di seluruh dunia seperti 'Mentha spicata-moroc-can' yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, 'Mentha xsmithiana-rubra' yang digunakan dalam manisan dan minuman, 'Mentha aquatica' untuk merawat cirit-birit, 'Mentha arvensis', sejenis pudina Jepun yang boleh mlegakan selsema dan menghilangkan rasa loya dan 'Mentha x piperita-crispa' yang boleh menjauhkan tikus. Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan 'flatulens'. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan untuk mengeluarkan peluh.

LABU TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL

Tahukah anda bahawa buah labu tidak mengandungi kolestrol dan 90 peratus kandungannya adalah air? Bukan itu sahaja malah ia kaya dengan vitamin betakarotina yang bertindak sebagai agen antioksidaan yang dapat mengelak daripada radikal bebas, salah satu penyebab kanser. Tekstur buah labu biasanya padat, renyah dan berasa manis, serta banyak mengandungi air dan mempunyai isi yang berwarna merah atau kuning. Biji buah labu mengandungi galian besi dan magnesium, yang sangat penting untuk kesihatan organ peranakan wanita selain kelenjar prostat lelaki. Di Eropah dan Amerika, biji labu merah popular sebagai ubat pencegah gangguan prostat.

PETAI BUKAN SEBARANG ULAM

Mungkin ramai warga kota yang tidak menggemari petai kerana bimbang baunya busuk. Namun, tahukah anda bahawa petai merupakan ulam yang kaya dengan khasiat. Buah petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Ia juga mengandungi 11% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2, C dan niasin. Kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Petai yang sudah kecut tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan traditional masyarakat Melayu, biji petai dipercayai dapat membantu merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kekacingan.

KEBAIKAN BAWANG MERAH

Pengunaan bawang merah dalam masakan seakan satu keperlua wajib. Bagi kebanyakkan orang, ia mampu membangkitkan kelazatan makanan itu. Bawang merah atau nama saintifiknya 'Allium cepa L' kaya dengan pelbagai vitamin termasuk vitain B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan C (asid askorbik). Menurut maklumat dari buku Indigenous Drugs of India, bawang merah yang dimakan mentah atau diminum jusnya boleh mengurangkan asid di dalam perut, mengubati bengkak payu dara, kegatalan dan melegakan saraf serta banyak lagi. Jus bawang merah jika diminum boleh mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengubati cirit-birit. Jus bawang ini juga terkenal kerana kegunaannya sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah melegakan sakit dan inflamasi atau radang seperti apabila berlaku kulit melecur akibat terbakar.
FizwaNhttp://www.blogger.com/profile/11114856556180550720noreply@blogger.com0