Tuesday, November 16, 2010

Perlukah Makanan Khusus Untuk OTAK?

Anda pasti pernah melihat iklan komersial yang menjual 'vitamin untuk otak' atau 'suplemen khusus untuk otak'. Produk-produk yang diiklankan biasanya menjanjikan bahawa produk yang dijual dapat meningkatkan daya ingatan sehingga seseorang itu menjadi cerdik. Tetapi, adakah benar suplemen-suplemen tersebut dapat meningkatkan kemampuan otak? Atau benarkah otak memerlukan makanan khusus untuk meningkatkan kecerdasanya??

Memang benar, setiap makanan yang diambil memberi kesan kepada tubuh badan. Contohnya, jika anda mengambil gula secara berlebihan dalam makanan, ia boleh menyebabkan diabetes. Begitu juga dengan pengambilan kolestrol yang berlebihan, ia akan menyebabkan masalah jantung. Oleh itu, makanan turut mempunyai pengaruh pada otak.

Walaupun berat otak hanya dua peratus daripada berat badan keseluruhan, kalori yang digunakan setiap harinya boleh mencapai 30 peratus daripada jumlah keeluruhan. Biasanya tenaga yang diperlukan berasal dari karbohidrat. Ingin mengetahui corak pemakanan yang baik untuk kesihatan otak? Semak makluat berikut:

SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Sebenarnya, tidak perlu mencari jauh-jauh makanan untuk menjaga kemampuan otak. Cuma fikirkan satu perkataan ini iaitu, "WARNA". Umumnya, bahan makanan semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan yang memiliki warna terang adalah makanan yang diperlukan otak. Sayuran dan buah-buahan yang berwarna terang biasanya kaya akan vitamin, mineral dan zat-zat fitokimia yang dapat menjaya kesihatan otak dan meningkatkan kemampuan mental.

Salah satu buah-buahan yang dilaporkan memiliki daya meningkatkan kemampuan otak adalah beri biru. Kajian yang dijalankan di 'Human Nutrition Research Center for Aging' di Turfts Universiri, Boston mendapati bahawa beri biru memiliki satu khasiat yang dapat membantu mencegah hilangnya daya ingatan dan juga fungsi otak lainnya. Buah ini dikatakan dapat merangsang pertumbuhan neuron-neuron baru, sehingga membuat sel-sel otak lebih remaja sehingga daya kerja otak menjadi lebih baik.

Selain itu, beri biru juga memiliki kandungan antioksidan yang tinggi. Salah satu kajian di Kanada mengatakan bahawa jumlah kandungan antioksidan beri biru tiga kali lebih besar berbanding strawberi dan raspberi. Antioksidan berfungsi membantu tubuh badan melawan penyakit-penyakit dengan cara membasmi radikal-radikal bebas.

LEMAK

Lemak tidak selamanya menjadi musuh utama tubuh badan. Ini kerana, otak tetap memerlukan lemak untuk menjaga kesihatannya. Jenis lemak yang diperlukan oleh otak adalah lemak tidak tepu, terutamanya dikenali sebagai EPA dan DHA.

Ikan telah lama dikenalpasti sebagai sumber makanan yang baik untuk otak. Ikan-ikan yang memiliki minyak tinggi seperti salmon, tuna dan makarel boleh menjaga fungsi otak. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan lemak Omega-3 pada trimester terakhir proses kehamilan dapat membantu meningkatkan perkembangan otak dan mata pada janin. Apabila anda rajin mengambil dua gram kapsul minyak ikan setiap hari, anda bukan sahaja mendapat lemak Omega-3 untuk otak tetapi minyak ikan tersebut juga dapt menurunkan kadar kolestrol dan trigliserida dalam darah.

SARAPAN PAGI

Sarapan adalah cara yang bagus untuk mengisi keperluan tenaga sepanjang hari. Bijiran dan susu adalah pilihan sarapan yang sangat baik kerana keduanya mengandungi mineral-mineral dan vitamin-vitamin yang juga dapat meningkatkan kemampuan memberi tumpuan. Untuk kanak-kanak sekolah, sarapan lengkap dengan susu, telur dan roti boleh membantu mengatasi rasa lapar, mencegah ingin menikmati makanan ringan dan juga menjaga daya berfikir agar mereka tetap cemerlang sepanjang waktu berada di sekolah.

GULA

Jangan musuhi gula secara total. Gula memang boleh menimbulkan banyak masalah kesihatan, namun hal ini berlaku apabila penggunaannya berlebihan dan membuat tubuh badan menjadi malas untuk makan makanan yang mengandungi khasiat-khasiat yang penting. Menjaga kadar gula darah yang stabil dapat meningkatkan daya perhatian daya belajar. Jadi, jika mula berasa lemah, segeralah menghisap gula-gula atau sumber gula yang lain. Gula dapat bekerja dengan segera di dalam tubuh, sehingga boleh menyegarkan apabila mulai lemah kerana kekurangan gula. Tetapi ingat, jangan diambil secara berlebihan.

KAFEIN

Secawan kopi membantu anda berfikir dan bekerja lebih cepat dan efisien. Bagaimanapun, pengambilan kafein yang terlalu banyak akan memberi kesan kesihatan sebaliknya. Kafein akan bertahan dalam sistem tubuh sehingga 15 jam. Secawan kopi atau setin minuman kola menjelang petang hari dapt menggangu waktu tidur pada pukul 9.00 malam, sehingga anda akan mengalami keletihan pada hari berikutnya. Kopi dan teh megandungi tanin yang dapat mengurangi khasiat zat besi pada otak sehngga 75 peratus. Setiap hari, cuba kawal pengambilan kopi hingga tiga cawan atau kurang daripada itu. Sebaiknya, minum kopi atau teh di antara waktu makan.

ZAT BESI

Zat besi membantu membawa oksigen ke sistem tubuh badan, termasuk otak. Jika zat besi mengalami penurunan, sistem tubuh badan juga akan kekurangan oksigen. Akibatnya, timbul keletihan, hilang memori, kurang konsentrasi, motivasi menurun, dan perhatian berkurang. Semua perkara ini akan mempengaruhi kualiti kerja seseorang. Wanita pra-menopaus memerlukan sekurang-kurangnya 15 mg zat besi setiap hari. Untuk mendapatkan zat besi, ambil lebih banyak makanan yang kaya dengan zat besi misalnya daging merah tanpa lemak, kekacang, sayuran berwarna hijau tua dan aprikot. Minum jus buah-buahan yang kaya vitamin C untuk mempercepatkan penyerapan zat besi ke dalam tubuh badan.

VITAMIN B

Vitamin B yang tidak mencukupi termasuk vitamin B1, B2, B6, B12 dan asid folat akan membuatkan otak kekurangan tenaga, Akibatnya anda akan mudah penat, mudah marah, hilang tumpuan dan ingatan dan jiwa menjadi terganggu. Untuk meningkatkan penyerapan vitamin B, ambil susu tanpa lemak, yogurt, pisang, makanan laut, gandum dan kacang hijau. Sebagai tambahan, anda juga boleh mengambil suplemen multivitamin dan mineral.

ANTIOKSIDAN

Otak menggunakan lebih banyak oksigen daripada jaringan tubuh yang lain. Hal ini mengakibatkan otak terdedah kepada radikal bebas setiap harinya dan ini boleh merosakkan sel-sel otak, Nasib baik, tubuh memiliki 'pasukan' antiradikal bebas yang terdiri daripada antioksidan. Termasuk di dalamnya adalah Vitamin C dan E. Antioksidan akan menyahaktifkan radikal bebas. agar pertahanan antioksidan semakin kuat, ambil lima hingga sembilan hidangan yang terdiri daripada strawberi, lobak merah, bayam, tembikai serta pelbagai buah-buahan dan sayuran berwarna lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...