Saturday, January 22, 2011

Bakar Kalori Dalam 1 Minit

Jom kita sama-sama bakar kalori & hidup lebih sihat. Hanya seminit sahaja diperlukan. Hehehe.

1.    Jus Kegemaran + Segelas Air
Lengkapkan jus kegemaran anda dengan segelas air. Ini kerana segelas air yang anda minum selepas menikmati jus kegemaran dapat menambahkan kalori yang terbakar. Dengan segelas air, ia mampu membakar 85 kalori lebih banyak. Bayangkan dalam masa setahun, anda dapat mengurangkan berat badan sebanyak 2.5kg dengan hanya menambahkan segelas air selepas minum jus buah.

2.    Bercakap di Telefon
Saat anda menerima panggilan telefon, sambil-sambilkan diri anda melakukan aktiviti lain seperti menyiapkan meja makan atau menyiram tanaman. Cara ini akan membakar kalori sebanyak 85 – 105 kalori.

3.    Teh Hijau Sebelum Senaman
Kandungan kafein yang terdapat dalam teh hijau akan membuatkan lemak dalam tubuh anda ‘membeku’. Malah ‘polypenol’ yang ada dalam teh hijau akan bekerjasama dengan kafein untuk membakar kalori. Peringatan! Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, cara ini tidak disarankan kerana kafein akan memburukkan lagi tekanan darah.

4.    Makan Tengahari Di Rumah
Dengan makan tengahari di luar rumah sebanyak 5 kali dalam seminggu akan membuatkan anda mengumpul lebih banyak kalori. Bayangkan, ketika anda makan tengahari diluar satu hari, badan anda telah mendapat 300 kalori. Jika anda membawa bekal untuk makan tengahari. Anda boleh menghitung jenis makanan yang dipilih dan jumlah kalori harian anda. Lagipun, membawa makanan sendiri  membuatkan anda lebih sihat.

5.    Taburan Biji Rami atau Bijirin
Seperti yang anda tahu, biji rami atau ‘flaxseed’ kaya dengan serat. Apabila mengambilnya, ia membuatkan anda jarang lapar dan menghadkan kemasukan kalori yang berlebihan dalam badan. Anda juga boleh taburkan biji rami di atas yogurt atau campuran dalam muffin.

6.    Ujian Darah Secara Rutin
Dengan melakukan pemeriksaan darah secara rutin, didapati 1 dari 12 wanita mengalami masalah tiroid yang rendah. Jadi, pemeriksaan darah penting untuk mengetahui status keseimbangan hormone dalam badan.

7.    Sentiasa Menelefon Kawan
Perasaan bosan pasti menjelma tatkala bersendirian dan tentu sekali makanan menjadi peneman. Untuk mengelakkan ini, telefonlah kawan-kawan rapat untuk berbual. Sekaligus menjauhkan anda daripada makan secara berlebihan akibat stress.

8.    Jogging
Joging membantu anda dalam membakar kalori. Kali ini, cuba tambahkan jarak yang selalu anda lakukan. Bukan sahaja pembakaran lemak banyak tetapi juga membuatkan tulang anda lebih kuat.

9.    Amalkan Sup
Hasil penelitian membuktikan dengan semangkuk sup berisi sayur-sayuran untuk hidangan tengahari akan membuatkan seseorang itu makan 20% lebih sedikit. Jadi, sesekali masukkan sup dalam menu sihat makan tengahari anda.

(Sumber : Majalah Rapi)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...