Friday, November 12, 2010

5 Sebab Kenapa Gagal Kuruskan Badan

Rasanya azam menurunkan berat badan sudah dibuat lima tahun sudah. Malangnya, setiap kali anda memijak mesin penimbang, jarumnya masih di angka sama. Mengapa susah benar jarum itu nak beranjak ke belakang? Jangan salahkan jarum, salahkan diri anda sendiri. Untuk mencapai berat badan idaman, anda tidak boleh kekal dengan apa yang sedang anda lalui sekarang.

Kalau sarapan pagi anda masih lagi diisi dengan nasi lemak, makan tengah hari dengan set burger keju McDonalds dan makan malam anda pula lengkap dengan lauk pauk Thai, wajarkah anda kecoh-kecoh berat masih tidak turun?Itu belum dikira lagi dgn bbrp stok kudap-kudapan yg ada di laci pejabat dan di dalam peti sejuk di rumah. Jom kenali beberapa punca mengapa anda masih gagal menurunkan berat badan. Selepas itu, anda nilaikan sendiri. Ingin kekal dgn keadaan sekarang atau ingi berubah...

1.     TEKANAN
Asal tertekan sahaja, anda mula terfikir utk ke Tesco dan Giant untuk memborong snek kegemaran. Kalu boleh satu troli ingin di isi dgn coklat, kerepek kentang, keju, minuman berkarbonat, kek dan entah apa-apalah lagi. Hello..Itu tandanya anda kalah dgn diri anda sendiri. Tekanan sepatutnya diatasi dgn cara yg lebih bijak dan sihat bukannya dgn cara merosakan diri sendiri. Sudah berapa kali anda menyesal setelah menghabiskan dua biji burger daging akibat tertekan? Setelah kekenyangan baru nak sedar...dah xde maknanya lagi (",)

Penyelesaian : 
Kenal pasti punca yg menyebabkan anda tertekan. Tidak salah memilih makanan sebagai terapi tetapi lihat dulu APA yg anda makan. Apa salahnye anda ubati rasa sedih dengan menghirup secawan teh hijau panas?? Untuk memperkayakan aromanya, letakkan sehiris lemon di dalamnya. Nah!! anda bukan saja boleh melegakan fikiran, bahkan khasiat teh hijau itu sendiri diakui mampu menurunkan berat badan. Ha..kan dua dalam satu tu...

2.      RAKAN-RAKAN
Rakan-rakan sering merosakkan plan diet anda?Pantang masa terluang, telefon anda kerap berdering dan rakan-rakan rupanya sudah menunggu anda di restoren mamak berhampiran. Itu belum dikira dgn mengajak anda berkelah, BBQ, parti hari jadi, menonton wayang (pasti ada agenda makan-makan selepasnya), beriadah dan sebagainya. Kalau ditolak, nanti anda dikatakan tidak "cool" pulak. Itu dikira baik kerana kadangkala anda dikutuk kerana ingi berdiet. Sudahnya, anda cuma mengunci mulut dan terus memilih juadah yg dasyat2 agar merek puas hati. Soalnya, hati anda pula bagaimana??

Penyelesaian
Persahabatan ada sempadanya. Tahukah anda, kalau rakan-rakan tahu anda sedang berdiet, pasti salah seorang dr mereka akan mensabotaj diet anda walaupun secara tidak sengaja. Sebaiknya, usah memberitau sesiapapun hasrat anda ingin menurunkan berat badan. Tidak salah keluar makan dengan mereka, tapi pandai-pandailah anda memilih menu yang sihat dan seimbang. Walaupun sedang makan di restoren makanan segera, anda masih boleh memilih salad dan diet soda. Secara tidak langsung, mereka akan lebih menghormati prnsip anda sebaik sahaja melihat menu pesanan anda. Kalau sepanjang hari itu anda makan dan makan, tolaklah pelawaan rakan untuk keluar makan lagi pada waktu lewat tengah malam. Anda mesti 'selfish' sedikit. Jangan menuruti permintaan anda membuta tuli. Mana yg anda lebih sayang, diri rakan atau diri anda sendiri?? Tak mahukah anda menjadi paling langsing dan cantik di kalangan mereka??

3.     KEKASIH
Kalau sudah berdating, memang tidak sah kalau tiada acara makan-makan. Maklumlah, hati sedang gembira. Apa sahaja yg dilakukan bersama-sama kekasih perlu dilalui sebaik-baiknya. Apabila si dia memesan stik kegemaran, anda pun tak ingin kalah memesan menu serupa. Bimbang dikata tak pandai menikmati makanan Barat pula. Kalau dia mengajak anda ke restoren pula, menu Nasik Goreng Kampung, Telur Dadar/Telur Mata, Jus Carrot Susu dan cili potong dah berlegar-legar di minda anda. Berhentilah berfantasi. Dengan dia anda makan, dgn kawan-kawan anda makan, bahkan kalau tinggal sendirian pun anda amakn. Jadi, salah siapakah lemak-lemah itu masih kekal di tubuh anda?

Penyelesaian:
Berterus teranglah dengan kekasih anda. Bahawasanya anda sedang berdiet bukan untuk sape-sape pun, untuk dia jugak. Kalau anda cantik, dia juga yg bangga. Kalau anda langsing, dia juga yg merasa (hehehe...lepas kawin aje tau). Betul x? Lelaki kalau disogokkan dgn kecantikan, dia pasti setuju. Perempuan pun same kan?Dapakan sokongan darinya. Percayalah, selepas melihat kesungguhan anda ingin berdiet, dia pasti akan lebih faham dan mengerti. Mungkin dating anda selepas ini kerap berakhir di restoren makanan sihat!!. Alah, apela sgt mengunya isi ikan stim tu..(walau anda benci akan rasanya..hehehe) asalkan duduk berdua-duaan dengan si dia kan?? tak gitu??

4.     KELUARGA
Walaupun sukar diakui, memang masakan ibu kerap mengagalkan misi diet anda. Tidak kiralah anda pulang ke kampung atau ibu yg berkunjung ke rumah anda. Sambal tumis udang, masak lemak daging salai, ayam masak merah, kari ikan, kek coklat puding roti dan berbagai-bagai lagi hidanagn yg sering menggugat hasrat diet anda. Selain tidak sampai hati mengecewakan selera anda sendiri yg sering merindukan masakan ibu. Sudahnya, anda terus makan dan makan dan makan...

Penyelesaian:
Tiada sesiapa menghalang anda untuk menikmati masakan ibu. Setiap orang akan memartabatkan masakan ibu mereka sebagai masakan yang paling sedap walaupun pernah makan di hampir segenap pelusuk dunia sekalipun. Makanlah tetapi secara ala kadar. Hendak lebih mudah, anda boleh beritahu ibu tentang hasrat anda untuk berdiet. Ibu pasti paham. Besar kemungkinan, dia akan menyediakan hidangan sihat setiap kali bertemu anda. Kalau ibu menghalang anda berdiet, anda jangan pula merajuk tak mahu makan pulak k..Jamahlah kesemua makanan iu, tetapi dalam kualiti kawalan. Kalau masih tidak berjaya, makan sahaja apa yang ada. Tetapi, pastikan anda "berpuasa" sehari selepasnya untuk membetulkan jumlah kalori dan lemak yang sudah masuk semalamnya.

5.     RASA MAKANAN
Anda sering keliru dengan rasa makanan. Anda menganggap makanan tidak sihat lebih sedap daripada makanan sihat. Sebab itulah anda seakan malas berdiet kerana makanannya tidak sedap. Buat apa penat-penat menahan selera kalau tidak ada 'reward' pada diri sendiri. Logik jugak kan?

Penyelesaian:
Sebenarnya, semua makanan ada baik dan buruknya. Jangan kecilkan ruang minda anda. Makanan berdiet itu tidak setakat salad, roti gandum, beras perang dan makanan kukus, bakar dan panggang shaja. anda boleh menikmati ayam goreng, keju, coklat, aiskrim, kerepek kentang dan apa saje yg anda suka tanpa rasa bersalah. Tapi dengan syarat, makan sedikit dan jangan di ambil terlalu kerap. Dalam masa yang sama, pastikan anda bijak mengatur menu agar kesemua khasiat makanan diambil dalam kadar yang seimbang. Misalnya anda teringin untuk menikmati pizza pepperoni, usah gandingkan dengan minuman berkarbonat. Segelas air suam sudah memadai. Dan nikmatilah pizza itu sahaja. Kalau teringin untuk menjamah lasagna, tiramisu, roasted chicken atau spageti, hari lain saje la eh. Pandai-pandailah mengawal diet anda sendiri. sesuai untuk

Semoga lepas nie anda mampu untuk menurunkan berat badan yang merisaukan tu k...

(Olahan dr artikel Majalah Rapi)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...