Sunday, November 14, 2010

Tips Tingkatkan Metabolisme Badan

Tidak kira berapa umur anda, beberapa cara boleh dilakukan untuk meningkatkan kembali paras metabolisme iaitu melalui : 

1.    Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 1,000 kalori setiap hari. Seperti badan, proses metabolisme memerlukan tenaga daripada makanan. Jika anda mengamalkan diet kurang daripada 1,000 kalori sehari, secara automatik badan memperlahankan kadar metabolisme untuk menjimatkan tenaga.

2.    Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga. 

3.     Pastikan anda mengambil sarapan pagi. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam slelepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.

4.    Ambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisme lebih baik daripada karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu mengekalkan dan membina jisim otot.

5.     Minum banyak air kosong iaitu sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar metabolisme, proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...