Tuesday, November 16, 2010

Info Pemakanan : Khasiat Pudina, Labu, Petai dan Bawang Merah

PUDINA BANTU PENGHADAMAN

Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga 'Labiatae'. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Di antara jenis pudina yang terdapat di seluruh dunia seperti 'Mentha spicata-moroc-can' yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, 'Mentha xsmithiana-rubra' yang digunakan dalam manisan dan minuman, 'Mentha aquatica' untuk merawat cirit-birit, 'Mentha arvensis', sejenis pudina Jepun yang boleh mlegakan selsema dan menghilangkan rasa loya dan 'Mentha x piperita-crispa' yang boleh menjauhkan tikus. Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan 'flatulens'. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan untuk mengeluarkan peluh.

LABU TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL

Tahukah anda bahawa buah labu tidak mengandungi kolestrol dan 90 peratus kandungannya adalah air? Bukan itu sahaja malah ia kaya dengan vitamin betakarotina yang bertindak sebagai agen antioksidaan yang dapat mengelak daripada radikal bebas, salah satu penyebab kanser. Tekstur buah labu biasanya padat, renyah dan berasa manis, serta banyak mengandungi air dan mempunyai isi yang berwarna merah atau kuning. Biji buah labu mengandungi galian besi dan magnesium, yang sangat penting untuk kesihatan organ peranakan wanita selain kelenjar prostat lelaki. Di Eropah dan Amerika, biji labu merah popular sebagai ubat pencegah gangguan prostat.

PETAI BUKAN SEBARANG ULAM

Mungkin ramai warga kota yang tidak menggemari petai kerana bimbang baunya busuk. Namun, tahukah anda bahawa petai merupakan ulam yang kaya dengan khasiat. Buah petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain. Ia juga mengandungi 11% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2, C dan niasin. Kandungan nutrisi biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Petai yang sudah kecut tidak elok serta kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan traditional masyarakat Melayu, biji petai dipercayai dapat membantu merawat penyakit hati, buah pinggang, kencing manis dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kekacingan.

KEBAIKAN BAWANG MERAH

Pengunaan bawang merah dalam masakan seakan satu keperlua wajib. Bagi kebanyakkan orang, ia mampu membangkitkan kelazatan makanan itu. Bawang merah atau nama saintifiknya 'Allium cepa L' kaya dengan pelbagai vitamin termasuk vitain B1 (thiamin), B2 (riboflavin) dan C (asid askorbik). Menurut maklumat dari buku Indigenous Drugs of India, bawang merah yang dimakan mentah atau diminum jusnya boleh mengurangkan asid di dalam perut, mengubati bengkak payu dara, kegatalan dan melegakan saraf serta banyak lagi. Jus bawang merah jika diminum boleh mengatasi masalah kitaran haid yang tidak teratur dan mengubati cirit-birit. Jus bawang ini juga terkenal kerana kegunaannya sebagai bahan antiseptik. Ini termasuklah melegakan sakit dan inflamasi atau radang seperti apabila berlaku kulit melecur akibat terbakar.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...