Monday, November 15, 2010

Tips Diet 1

Berikut adalah tips-tips berguna bagi anda yang sedang berdiet..

1.  MINUM 500ML AIR KOSONG

Menurut Cathy Nonas dalam bukunya yang berjudul, 'Outwit Your Weight', minuman ini memang menyihatkan dan bebas kalori. Selain itu, ia juga dapat membantu penurunan berat badan. Minum sekitar 500ml air dapat meningkatkan metabolisme sampai 30 peratus selama 40 minit. Air kosong juga menahan rasa lapar di larut malam bagi 90 peratus pengamal diet.

2.   PERCEPATKAN PEMBAKARAN LEMAK

Minuman ini sudah menjadi kegemaran para pengamal diet. Kajian menunjukkan bahawa dengan lima cawan teh hijau (green tea) sehari, metabolisme akan meningkat sehingga lima peratus. Sebatian yang terdapat di dalam teh dapat mempercepatkan pembakaran lemak. Bagaimanapun, elakkan minuman ini di malam hari. Ini kerana ia masih mengandungi kafein walaupun tidak sebanyak kopi.

3.    SUSU TURUNKAN BERAT BADAN 70 PERATUS

Mungkin ada yang berpendapat, minuman ini adalah perosak diet anda. Nanti dulu!! University of Tennessee mengemukakan bahawa mereka yang mengambil susu pada setiap hari berjaya menurunkan berat badan 70 peratus lebih banyak daripada mereka yang tidak mengambil susu, walaupun pengambilan kalorinya sama.

4.    TRIK SEBELUM MAKAN

Agar program diet anda lebih berkesan, cuba lakukan cara ini. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan. Salah satu caranya, minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid amino. Kekurangan enzim dan asid amino di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman. Dengan merangsang pengeluaran enzim ini, setiap makanan yang diambil akan lebih mudah dihadam dan ini sedikit sebanyak membantu usaha anda untuk menurunkan berat badan.

5.    LAUK YANG MELANGSINGKAN

Tidak tahu memilih menu yang sesuai untuk makan tengahari? Apa kata anda nikmati ikan. Mereka yang memilih ikan ketika makan tengahari cenderung merasa kenyang berbanding mereka yang mengambil daging merah yang lain. Fakta ini diterbitkan dalam European Journal of Clinical Nutrition. Penelitian ini uga mendapati pemakan ikan cenderung mengambil lemak 11 peratus lebih rendah ketika makan malam, tetapi lebik merasa puas. Agar tetap rendah lemak, pastikan ikan tidak dimasak dengan santan atau digoreng dengan minyak.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...