Bersenam dan makan makanan seimbang

Untuk sihat dan kekalkan berat badan, kena amalkan pemakanan sihat disamping senaman yang berterusan.

Monday, October 29, 2012

Apa Yang Kita Makan Tentukan Kesihatan Diri

TIDAK dinafikan setiap individu mahu kesihatan mereka berada pada tahap optimum, sama ada dari segi fizikal atau mental. Namun cara hidup yang semakin pantas, sibuk dan sentiasa mengejar masa menyebabkan ramai hilang fokus hingga mengabaikan diri demi mencapai kejayaan yang bersifat materialistik. Walaupun wang yang dicari, ia bukan penyelesaian kepada segala persoalan hidup dan apabila kesihatan merosot, kualiti hidup juga merudum hingga menyebabkan seseorang itu menjadi murung. Kesihatan mental dan fizikal saling berkait rapat. Kedua-duanya...

Tuesday, October 9, 2012

Kebaikan Susu Ibu : Elak Alahan

ALAHAN terhadap makanan di kalangan kanak-kanak kecil bukan masalah baru, malah perangkaan menunjukkan masalah berkenaan semakin meningkat di negara membangun di rantau Asia Pasifik. Menurut Pertubuhan Alahan Dunia (WAO), antara 30 hingga 40 peratus daripada masyarakat dunia kini terjejas akibat satu jenis keadaan alahan atau lebih.Sekiranya gaya berkenaan berterusan meningkat tanpa sebarang langkah pencegahan, 50 peratus rakyat Malaysia dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya satu jenis alahan menjelang 2020. Pakar Pediatrik Alahan,...

Monday, October 8, 2012

7 Ancaman Utama Kesihatan Wanita

BERDASARKAN kajian didapati ancaman besar terhadap kesihatan wanita sebenarnya boleh dicegah. Dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri, tiada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab ini. Mungkin ramai tidak sedar, menjaga kesihatan yang menjadi harta paling berharga dalam hidup kita adalah satu amanah kerana ia membolehkan kita menjalankan tugasan harian termasuk bekerja, menguruskan rumah tangga dan menjalankan ibadat dengan lebih baik. Memang tidak dapat dinafikan, wanita lebih peka dalam menjaga kesihatan. Namun ia perlu...

Serat Epal Pengikat Lemak

KITA bukan tidak biasa dengan epal malah ia boleh didapati di mana saja, baik di pasar raya mahupun di pasar malam. Harganya juga berpatutan, bergantung kepada jenis dan asal usul epal. Manfaatnya kepada kesihatan memang diperakui ramai cuma ramai kurang mengambil tahu khasiat buah ini. Jika masih kurang percaya, berikut beberapa fakta mengenai epal: Penyelidik menyarankan epal sebaiknya dimakan begitu saja. Kajian membandingkan...

Friday, July 13, 2012

Info Pemakanan : Tentang Koko, Teh Herba dan Susu

Koko Lebih Baik Daripada Teh Penyelidik dari University Hospital of Cologne di Jerman telah melakukan ulangkaji terhadap 10 ujian yang telah diterbitkan sejak tahun 1966 iaitu ujian untuk melihat perubahan pada tekanan darah antara pengambilan koko dengan teh. Penyelidik ini mendapati pengambilan makanan yang tinggi kandungan koko mampu merendahkan tekanan darah manakala pegambilan teh tidak memberikan apa-apa kesan. Bahan yang ada pada koko iaitu 'polyphenol' dan 'procyanids' dipercayai lebih membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berbanding...

Tuesday, July 10, 2012

Kaedah Simpan Madu Dengan Baik

Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja dan kaya dengan khasiat tetapi madu juga boleh digunakan didalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Meskipun ia dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya.  Berikut diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya, ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak hilang manfaatnya.  Jangan biarkan madu disimpan...

Tips Cegah Bau Mulut (Halitosis)

Bau mulut atau 'halitosis' merupakan masalah umum yang sering berlaku di kalangan orang dewasa. 'Halitosis' ini biasanya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria di mulut. Namun demikian ada beberapa penyebab lain yang membuatkan mulut berbau iaitu seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, mulut kering, sisa makanan tertinggal di celah-celah gigi, sinusitis dan 'pneumonia'. Dalam sesetengah kes, bau mulut merupakan petanda bahawa ada masalah kesihatan lain yang lebih serius. Oleh itu, bagaimana bau mulut dapat diatasi? Memandangkan bau mulut...

Monday, July 9, 2012

6 Kuasa Semulajadi Untuk Kulit

Penjagaan kulit badan terutamanya kulit wajah dengan menggunakan sumber semulajadi seperti tumbuhan, herba, buah-buahan dan makanan. Pastinya tidak salah untuk mencuba dan kosnya juga lebih murah. Berikut adalah 6 kuasa semulajadi untuk kesihatan kulit : 1.    Kuasa Lidah BuayaLumurkan pati lidah buaya asli ke seluruh wajah bagi mengatasi kekeringan kulit. Patinya kaya dengan kuasa menyegar dan mampu menyejukkan kulit dengan bahan pelembab semulajadinya. 2.    Nikmat Mandian Susu Buat TubuhMandian susu adalah cara paling efektif...

Sunday, July 8, 2012

Langkah-Langkah Mengatasi Resdung

Bagi yang mempunyai penyakit resdung, pastinya sangat menggangu kehidupan seharian anda kan? Berikut adalah beberapa langkah untuk mengatasi resdung. Diharap serba sedikit dapat membantu anda. Elakkan membela haiwan berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab Elakkan menggunakan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut daripada bahan sintetik (tiruan) Elakkan menggunakan bantal dan tilam daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung bantal dan tilam dengan air panas bagi membunuh pijat atau serangga kira-kira dua...

Wednesday, July 4, 2012

Tip Perolehi Kulit Sihat

Keadaan kesihatan kulit sebenarnya mencerminkan keadaan kesihatan tubuh seseorang. Kulit perlu dijaga dan dirawat untuk mengekalkan kesegaran, kelembapan dan kesihatan. Caranya tidaklah sesukar yang disangka, ia boleh dijaga dengan amalan-amalan sihat setiap hari. 1.   Perbanyakkan minum air. Dengan meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, boleh mengelakkan dihidrasi yang mengakibatkan hilangnya kelembapan kulit.  2.   Bersihkan wajah. Hal ini wajib dilakukan. Bersihkanlah kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari,...

Tuesday, July 3, 2012

Kenapa Duduk Lama Kemudian Bangun Je Rasa Pening dan Gelap?

Ketika sedang duduk mengemas barang-barang yang tidak berguna di bawah meja, tiba-tiba anda dipanggil berjumpa dengan ketua anda. Anda bangun secara tiba-tiba dan tidak semena-mena anda berasa pening dan pandangan menjadi gelap?Jika anda sering mengalami keadaan demikian, berhati-hatilah. Ini kerana, risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kegagalan jantung. Keadaan yang dikenali dengan istilah hipotensi ortostatik ini biasanya berlaku penurunan tekanan darah secara tiba-tiba. Hasil penemuan didapati melalui kajian yang dilakukan terhadap...

Monday, July 2, 2012

Penyakit Gout : Punca, Pencetus dan Kaedah Rawatan

Gout adalah salah satu bentuk artritis yang tertua sekali dan merupakan di antara penyakit yang makanan menjadi punca utamanya. Kemunculan gout sering terjadi secara tiba-tiba dan bukannya beransur-ansur seperti kebanyakkan penyakit yang lain. Gout boleh berlaku hanya dalam jangka waktu semalaman terutamanya setelah anda memakan sesuatu yang menjadi kepantangan bagi pesakit gout. Sendi yang terkena itu biasanya amat sakit apabila disentuh, sehingga berat sehelai kain cadar pada kaki pun terasa perit. PUNCA GOUT Gout terjadi apabila terdapat timbunan...

Sunday, July 1, 2012

Makanan Berdasarkan Jenis Kulit Wajah

Bagaimana caranya untuk memilih makanan mengikut jenis kulit iaitu kulit kering, berminyak dan sensitif? Berikut disenaraikan panduan yang boleh diikuti dalam memilih makanan yang sesuai mengikut jenis kulit masing-masing: Kulit Kering Lazimnya, kulit kering agak kasar permukaannya. Untuk melembutkannya, penambahan kandungan vitamin A adalah penting kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan mengurangkan cela. Selain daripada mengamalkan pengambilan bayam dan lobak merah, produk tenusu (seperti mentega, keju dan susu), kekacang serta biji-bijian...

Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil

Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya vitamin B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan. Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan...

Saturday, June 30, 2012

Tips Merawat Kecantikan Wajah

Semua orang baik lelaki mahupun perempuan pasti mementingkan kesihatan kulit wajah kan? Bagi perempuan, pelbagai produk digunakan dengan harapan agar kulit muka sentiasa sihat dan cantik. Bagi lelaki pula, ada yang seperti perempuan punya pelbagai produk khusus untuk rawatan muka dan untuk lelaki yang ala-ala maskulin gitu tetap juga menggunakan pencuci muka. Berikut adalah beberapa tips kecantikan kulit wajah yang boleh membantu anda mendapatkan kulit wajah yang cantik. Cuci Tangan Sebelum Menyentuh Wajah Faktor kebersihan sangat penting dalam...

Friday, June 29, 2012

Info Pemakanan : Makanan Ringan - Ketahui Baik dan Buruknya

Ingin bercuti ataupun sekadar bersiar-siar bersama keluarga dan teman-teman? Pastinya pelbagai jenis makanan ringan akan dibawa bersama sebagai kudap-kudapan tatkala bersantai. Pun begitu, tidak semua daripada makanan-makanan ini menyihatkan, apatah lagi mengenyangkan. Pengetahuan akan kepentingan kandungan dan khasiat dalam makanan-makanan yang diambil sememangnya sangat penting. Jesteru itu, sebelum singgah ke kedai untuk membeli makanan, apa kata ketahui terlebih dahulu apakah yang tersirat di sebalik makanan ini. 1.    ...

Thursday, June 28, 2012

Tolong Kuruskan Aku

Macammana nak kurus ye? Mesti ramai yang mengalami masalah yang sama. Bila badan dah makin membesar, makin susah nak dikuruskan kembali. Bila tengok gambar-gambar kenangan di zaman muda remaja 10 tahun yang lalu dan bila tengok keadaan diri sekarang memang menggerunkan. Dulu slim je. Maybe masa tu belajar kat Universiti, hari-hari bersukan. Pulak tu memang atlit sukan kolej kediaman dan juga Universiti lak tu. Memang kadar metabolisme sangat tinggi masa tu.  Makan banyak mana pun, tetap tak jadi lemak sebab dengan cepat makanan tu diproses....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...