Bersenam dan makan makanan seimbang
Untuk sihat dan kekalkan berat badan, kena amalkan pemakanan sihat disamping senaman yang berterusan.
Bersenam bersama rakan-rakan
Bersenam dan bersukan bersama rakan-rakan lebih menarik dan bersemangat daripada bersenam bersendirian.
Hadiri kelas aerobik dengan tunjuk ajar Instructor bertauliah
Hadiri kelas aerobik dengan tujuk ajar instructor bertauliah akan menjadikan senaman anda lebih teratur dan berkesan.
Mendaftar Di Gym
Jika ada duit lebih, elok juga mendaftarkan diri di Gym kerana disini terdapat kelengkapan senaman yang lengkap dengan penunjukajar dan jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Anda akan kurus lebih cepat disini.
Berumur tetap amalkan gaya hidup sihat
Walaupun sudah berumur, tetapi ini tidak akan membataskan dan menjadi alasan untuk anda bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Friday, July 13, 2012
Info Pemakanan : Tentang Koko, Teh Herba dan Susu
Koko Lebih Baik Daripada Teh
Penyelidik dari University Hospital of Cologne di Jerman telah melakukan ulangkaji terhadap 10 ujian yang telah diterbitkan sejak tahun 1966 iaitu ujian untuk melihat perubahan pada tekanan darah antara pengambilan koko dengan teh. Penyelidik ini mendapati pengambilan makanan yang tinggi kandungan koko mampu merendahkan tekanan darah manakala pegambilan teh tidak memberikan apa-apa kesan. Bahan yang ada pada koko iaitu 'polyphenol' dan 'procyanids' dipercayai lebih membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berbanding...
Tuesday, July 10, 2012
Kaedah Simpan Madu Dengan Baik
Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja dan kaya dengan khasiat tetapi madu juga boleh digunakan didalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Meskipun ia dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya.
Berikut diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya, ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak hilang manfaatnya.
Jangan biarkan madu disimpan...
Tips Cegah Bau Mulut (Halitosis)
Bau mulut atau 'halitosis' merupakan masalah umum yang sering berlaku di kalangan orang dewasa. 'Halitosis' ini biasanya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria di mulut. Namun demikian ada beberapa penyebab lain yang membuatkan mulut berbau iaitu seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, mulut kering, sisa makanan tertinggal di celah-celah gigi, sinusitis dan 'pneumonia'. Dalam sesetengah kes, bau mulut merupakan petanda bahawa ada masalah kesihatan lain yang lebih serius. Oleh itu, bagaimana bau mulut dapat diatasi? Memandangkan bau mulut...
Monday, July 9, 2012
6 Kuasa Semulajadi Untuk Kulit
Penjagaan kulit badan terutamanya kulit wajah dengan menggunakan sumber semulajadi seperti tumbuhan, herba, buah-buahan dan makanan. Pastinya tidak salah untuk mencuba dan kosnya juga lebih murah. Berikut adalah 6 kuasa semulajadi untuk kesihatan kulit :
1. Kuasa Lidah BuayaLumurkan pati lidah buaya asli ke seluruh wajah bagi mengatasi kekeringan kulit. Patinya kaya dengan kuasa menyegar dan mampu menyejukkan kulit dengan bahan pelembab semulajadinya.
2. Nikmat Mandian Susu Buat TubuhMandian susu adalah cara paling efektif...
Sunday, July 8, 2012
Langkah-Langkah Mengatasi Resdung
Bagi yang mempunyai penyakit resdung, pastinya sangat menggangu kehidupan seharian anda kan? Berikut adalah beberapa langkah untuk mengatasi resdung. Diharap serba sedikit dapat membantu anda.
Elakkan membela haiwan berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
Elakkan menggunakan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut daripada bahan sintetik (tiruan)
Elakkan menggunakan bantal dan tilam daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung bantal dan tilam dengan air panas bagi membunuh pijat atau serangga kira-kira dua...
Wednesday, July 4, 2012
Tip Perolehi Kulit Sihat
Keadaan kesihatan kulit sebenarnya mencerminkan keadaan kesihatan tubuh seseorang. Kulit perlu dijaga dan dirawat untuk mengekalkan kesegaran, kelembapan dan kesihatan. Caranya tidaklah sesukar yang disangka, ia boleh dijaga dengan amalan-amalan sihat setiap hari.
1. Perbanyakkan minum air. Dengan meminum air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari, boleh mengelakkan dihidrasi yang mengakibatkan hilangnya kelembapan kulit.
2. Bersihkan wajah. Hal ini wajib dilakukan. Bersihkanlah kulit sekurang-kurangnya dua kali sehari,...
Tuesday, July 3, 2012
Kenapa Duduk Lama Kemudian Bangun Je Rasa Pening dan Gelap?
Ketika sedang duduk mengemas barang-barang yang tidak berguna di bawah meja, tiba-tiba anda dipanggil berjumpa dengan ketua anda. Anda bangun secara tiba-tiba dan tidak semena-mena anda berasa pening dan pandangan menjadi gelap?Jika anda sering mengalami keadaan demikian, berhati-hatilah. Ini kerana, risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kegagalan jantung.
Keadaan yang dikenali dengan istilah hipotensi ortostatik ini biasanya berlaku penurunan tekanan darah secara tiba-tiba. Hasil penemuan didapati melalui kajian yang dilakukan terhadap...
Monday, July 2, 2012
Penyakit Gout : Punca, Pencetus dan Kaedah Rawatan
Gout adalah salah satu bentuk artritis yang tertua sekali dan merupakan di antara penyakit yang makanan menjadi punca utamanya. Kemunculan gout sering terjadi secara tiba-tiba dan bukannya beransur-ansur seperti kebanyakkan penyakit yang lain. Gout boleh berlaku hanya dalam jangka waktu semalaman terutamanya setelah anda memakan sesuatu yang menjadi kepantangan bagi pesakit gout. Sendi yang terkena itu biasanya amat sakit apabila disentuh, sehingga berat sehelai kain cadar pada kaki pun terasa perit.
PUNCA GOUT
Gout terjadi apabila terdapat timbunan...
Sunday, July 1, 2012
Makanan Berdasarkan Jenis Kulit Wajah
Bagaimana caranya untuk memilih makanan mengikut jenis kulit iaitu kulit kering, berminyak dan sensitif? Berikut disenaraikan panduan yang boleh diikuti dalam memilih makanan yang sesuai mengikut jenis kulit masing-masing:
Kulit Kering
Lazimnya, kulit kering agak kasar permukaannya. Untuk melembutkannya, penambahan kandungan vitamin A adalah penting kerana ia mampu memperlambatkan proses penuaan dan mengurangkan cela. Selain daripada mengamalkan pengambilan bayam dan lobak merah, produk tenusu (seperti mentega, keju dan susu), kekacang serta biji-bijian...
Khasiat Susu Soya Untuk Ibu Hamil
Protein merupakan bahan penting untuk membentuk pelbagai sel baru. Pembentukan sel baru pada janin sudah tentu merupakan sebahagian daripada proses perkembangannya. Sementara vitamin B, khususnya vitamin B6 diperlukan oleh janin dalam membentuk saluran penghantar isyarat atau pesan daripada otak melalui sistem saraf iaitu neurotransmitter. Bagi ibu sendiri, vitamin B dapat mengurangkan bahkan mencegah masalah mual dan muntah di awal kehamilan.
Selain itu vitamin B1, B2 dan B3 yang terkandung di dalam susu soya juga berfungsi membantu proses pembentukan...
Subscribe to:
Posts (Atom)