Bersenam dan makan makanan seimbang

Untuk sihat dan kekalkan berat badan, kena amalkan pemakanan sihat disamping senaman yang berterusan.

Monday, October 29, 2012

Apa Yang Kita Makan Tentukan Kesihatan Diri

TIDAK dinafikan setiap individu mahu kesihatan mereka berada pada tahap optimum, sama ada dari segi fizikal atau mental. Namun cara hidup yang semakin pantas, sibuk dan sentiasa mengejar masa menyebabkan ramai hilang fokus hingga mengabaikan diri demi mencapai kejayaan yang bersifat materialistik. Walaupun wang yang dicari, ia bukan penyelesaian kepada segala persoalan hidup dan apabila kesihatan merosot, kualiti hidup juga merudum hingga menyebabkan seseorang itu menjadi murung. Kesihatan mental dan fizikal saling berkait rapat. Kedua-duanya...

Tuesday, October 9, 2012

Kebaikan Susu Ibu : Elak Alahan

ALAHAN terhadap makanan di kalangan kanak-kanak kecil bukan masalah baru, malah perangkaan menunjukkan masalah berkenaan semakin meningkat di negara membangun di rantau Asia Pasifik. Menurut Pertubuhan Alahan Dunia (WAO), antara 30 hingga 40 peratus daripada masyarakat dunia kini terjejas akibat satu jenis keadaan alahan atau lebih.Sekiranya gaya berkenaan berterusan meningkat tanpa sebarang langkah pencegahan, 50 peratus rakyat Malaysia dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya satu jenis alahan menjelang 2020. Pakar Pediatrik Alahan,...

Monday, October 8, 2012

7 Ancaman Utama Kesihatan Wanita

BERDASARKAN kajian didapati ancaman besar terhadap kesihatan wanita sebenarnya boleh dicegah. Dalam bab menjaga kesihatan diri sendiri, tiada orang lain yang lebih layak untuk memikul tanggungjawab ini. Mungkin ramai tidak sedar, menjaga kesihatan yang menjadi harta paling berharga dalam hidup kita adalah satu amanah kerana ia membolehkan kita menjalankan tugasan harian termasuk bekerja, menguruskan rumah tangga dan menjalankan ibadat dengan lebih baik. Memang tidak dapat dinafikan, wanita lebih peka dalam menjaga kesihatan. Namun ia perlu...

Serat Epal Pengikat Lemak

KITA bukan tidak biasa dengan epal malah ia boleh didapati di mana saja, baik di pasar raya mahupun di pasar malam. Harganya juga berpatutan, bergantung kepada jenis dan asal usul epal. Manfaatnya kepada kesihatan memang diperakui ramai cuma ramai kurang mengambil tahu khasiat buah ini. Jika masih kurang percaya, berikut beberapa fakta mengenai epal: Penyelidik menyarankan epal sebaiknya dimakan begitu saja. Kajian membandingkan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...