Bersenam dan makan makanan seimbang
Untuk sihat dan kekalkan berat badan, kena amalkan pemakanan sihat disamping senaman yang berterusan.
Bersenam bersama rakan-rakan
Bersenam dan bersukan bersama rakan-rakan lebih menarik dan bersemangat daripada bersenam bersendirian.
Hadiri kelas aerobik dengan tunjuk ajar Instructor bertauliah
Hadiri kelas aerobik dengan tujuk ajar instructor bertauliah akan menjadikan senaman anda lebih teratur dan berkesan.
Mendaftar Di Gym
Jika ada duit lebih, elok juga mendaftarkan diri di Gym kerana disini terdapat kelengkapan senaman yang lengkap dengan penunjukajar dan jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman. Anda akan kurus lebih cepat disini.
Berumur tetap amalkan gaya hidup sihat
Walaupun sudah berumur, tetapi ini tidak akan membataskan dan menjadi alasan untuk anda bersenam dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Friday, July 13, 2012
Info Pemakanan : Tentang Koko, Teh Herba dan Susu
Koko Lebih Baik Daripada Teh
Penyelidik dari University Hospital of Cologne di Jerman telah melakukan ulangkaji terhadap 10 ujian yang telah diterbitkan sejak tahun 1966 iaitu ujian untuk melihat perubahan pada tekanan darah antara pengambilan koko dengan teh. Penyelidik ini mendapati pengambilan makanan yang tinggi kandungan koko mampu merendahkan tekanan darah manakala pegambilan teh tidak memberikan apa-apa kesan. Bahan yang ada pada koko iaitu 'polyphenol' dan 'procyanids' dipercayai lebih membantu mengurangkan risiko penyakit jantung berbanding 'flavonoids' yang ada pada teh. Kajian ini telah diterbitkan dalam Achives of Internal Medicine pada April 2007.
Teh Herba Semasa Hamil
Ada sesetengah teh herba selamat untuk diambil semasa hamil. Ini termasuklah kulit buah-buahan sitrus, halia, lemon, kulit oren dan juga 'rose hip'. Walaubagaimanapun, ada teh herba yang mengandungi bahan farmasological yang diketahui mampu mengganggu kandungan. Teh 'chamomile' misalnya diyakini boleh menimbulkan kesan buruk pada uterus. Oleh itu, pengambilan teh ini sangat dilarang. Oleh sebab terlalu banyak teh herba yang dijual di pasaran dan tidak ada polisi khas untuk mengklasifikasikannya, lebih baik ibu hamil mengambilnya secara berkadar atau lebih tepat, usah ambil langsung.
Minum Susu Atasi Rambut Gugur
Rambut terhasil daripada protein keratin. Jadi tidak hairanlah jika protein daripada produk tenusu mampu menyokong pertumbuhan rambut. Kebanyakkan susu diperkayakan dengan Vitamin A. Inilah vitamin penting untuk mengelakkan rambut gugur kerana masalah rambut gugur sebenarnya berpunca daripada kekurangan Vitamin A.
Tuesday, July 10, 2012
Kaedah Simpan Madu Dengan Baik
Madu bukan sahaja enak dimakan begitu sahaja dan kaya dengan khasiat tetapi madu juga boleh digunakan didalam hidangan mahupun minuman sebagai pengganti gula. Madu amat terkenal kerana memiliki banyak manfaat bagi kesihatan dan juga kecantikan. Meskipun ia dapat disimpan sehingga bertahun lamanya, namun madu juga boleh rosak jika salah menyimpannya.
Berikut diberikan beberapa cara yang sesuai untuk penyimpanan madu. Hasilnya, ia dapat disimpan dalam jangka waktu yang lebih panjang dan tidak hilang manfaatnya.
- Jangan biarkan madu disimpan di tempat terbuka, apatah lagi di udara yang lembab. Madu bersifat mudah menarik air yang memungkinkan madu berkurang kualitinya.
- Simpan madu di dalam bekas berkaca. Pastikan penutup ditutup dengan rapat. Jangan sesekali menyimpan madu di dalam bekas logam atau plastik kerana asid pada madu dibimbangi akan bereaksi pada bekas logam dan boleh menjadi racun jika dimakan
- Simpan madu dalam suhu bilik, di dalam bekas kaca yang kedap udara. Jangan simpan di dalam peti sejuk untuk menghindari berlakunya pengkristalan. Madu jernih lebih baik disimpan ditempat sejuk dan dingin.
- Hindarkan daripada terdedah kepada sinar matahari. Ini kerana nutrisi di dalam madu akan menjadi rosak dan seterusnya boleh mengurangkan manfaat madu.
- Jangan menyimpan madu bersama makanan dan bahan yang berbau (durian, tempoyak, petai, belacan dan sebagainya). Ini kerana madu mudah menyerap bau-bauan di sekelilingnya.
Tips Cegah Bau Mulut (Halitosis)
Bau mulut atau 'halitosis' merupakan masalah umum yang sering berlaku di kalangan orang dewasa. 'Halitosis' ini biasanya terjadi kerana pemecahan protein oleh bakteria di mulut. Namun demikian ada beberapa penyebab lain yang membuatkan mulut berbau iaitu seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, mulut kering, sisa makanan tertinggal di celah-celah gigi, sinusitis dan 'pneumonia'. Dalam sesetengah kes, bau mulut merupakan petanda bahawa ada masalah kesihatan lain yang lebih serius. Oleh itu, bagaimana bau mulut dapat diatasi? Memandangkan bau mulut selalunya disebabkan oleh masalah pada mulut, sangat membantu jika anda mengunjungi doktor gigi untuk memastikan penyebabnya. Jangan sesekali merawatnya sendiri. Ini akan memburukkan keadaan. Bagaimanapun, langkah-langkah berikut boleh membantu anda menghindarkan diri daripada masalah mulut berbau :
- Selain memberus gigi, penting untuk membersihkan celah-celah gigi dengan 'dental floss'
- Gunakan pembersih lidah dan berus lidah hingga ke bahagian belakang (pangkal lidah)
- Gunakan formula ubat kumur yang disarankan doktor atau beli d farmasi. Waktu terbaik menggunakannya adalah sebelum tidur.
- Banyakkan minum air tetapi hidari minum terlalu banyak kopi
- Bersihkan mulut setelah mengambil produk susu, ikan dan daging
- Makanlah sayuran kaya serat dalam keadaan segar
- Tidak ada salahnya bila anda berkumur-kumur setelah makan. Apabila anda tidak memberus gigi, berkumurlah dengan air bersih
- Kunjungi doktor gigi secara teratur dan bersihkan gigi secara professional iaitu setiap enam bulan sekali
- Hindari makanan yang berbau menyengat misalnya bawang putih, bawang merah, petai dan lain-lain.
Monday, July 9, 2012
6 Kuasa Semulajadi Untuk Kulit
Penjagaan kulit badan terutamanya kulit wajah dengan menggunakan sumber semulajadi seperti tumbuhan, herba, buah-buahan dan makanan. Pastinya tidak salah untuk mencuba dan kosnya juga lebih murah. Berikut adalah 6 kuasa semulajadi untuk kesihatan kulit :
1. Kuasa Lidah Buaya
Lumurkan pati lidah buaya asli ke seluruh wajah bagi mengatasi kekeringan kulit. Patinya kaya dengan kuasa menyegar dan mampu menyejukkan kulit dengan bahan pelembab semulajadinya.
2. Nikmat Mandian Susu Buat Tubuh
Mandian susu adalah cara paling efektif untuk merawat kekeringan kulit tubuh. Resipinya mudah iaitu hanya tambahkan susu tepung asli bersama minya badam dan titisan madu ke dalam mandian air suam. Rendamkan tubuh selama 30 minit dan lakukan sebanyak tiga kali seminggu.
3. Hadiahkan Kulit Secawan Teh
Minuman teh herba seperti 'chamomile' dan pudina mampu membantu mencantikkan tekstur kulit dari dalam.
4. Bijiran Oat vs Bintik Hitam?
Cuba dulu, baru ketahui pemenangnya! Campurkan bijiran oat bersama dengan sedikit perahan pati lemon dan minyak zaitun. Kacau sehingga sebati. Kemudian, jadikan bancuhan itu sebagai scrub wajah. Bilas dengan air suam. Lakukan sebanyak tiga kali seminggu secara konsisten bagi melihat hasilnya!
5. Pati Lemon Kurangkan Kesan Kulit Berminyak
Campurkan dua sudu besar pati lemon ke dalam air suam dan beberapa titis cuka. Kemudian, rendam dan perah kapas wajah kedalamnya sebelum disapu pada wajah. Biarkan wajah kering seketika sebelum menggunakan sebarang produk wajah atau kosmetik yang lain. Amalan ini dapat membantu mengurangkan kesan kulit wajah berminyak malah turut membantu mengurangkan masalah kekerapan berpeluh.
6. Herba Untuk Wajah
Campurkan satu sudu besar herba 'saffron' bersama dua sudu besar madu. Kacau hingga sebati dan sapukan pada wajah. Ia dapat membantu mengurangkan kesan bintik hitam pada wajah.
Subscribe to:
Posts (Atom)










